Social Icons

Pages

Monday, January 9, 2012

Fw: [sim] INFO : Khasiat koko

koko ~ theobroma cacao
 
Assalamualaikum warahamtullah dan salam sejahtera,Beberapa bulan yang lepas, Laman-Seri telah menerima sepucuk email yang menceritakan tentang sejenis minuman yang menjadi favourite anak-anak berjenama xxxxxx. Kandungan email sangat meloyakan tekak hingga saya sendiri tak dapat menerima lagi minuman itu, walaupun setitik. Ðisebabkan email itu juga, saya telah berusaha mencari alternatif kepada minuman berperisa coklat itu, mari beramai-ramai kita minum koko.Koko bukanlah tanaman asing kerana sejak dari kecil lagi saya suka 'makan' isi koko yang rasanya manis-manis masam. Koko atau nama saintifiknya theobroma cacao adalah tanaman yang digunakan untuk membuat coklat. Nama genus theobroma bermakna 'makanan tuhan'. Pokok koko tergolong dalam keluarga malvaceae.Pokok koko berasal dari kawasan tropika Amerika iaitu Mexico yang didiami oleh kaum Indian Maya Aztec. Kaum Indian Maya Aztec amat menghargai biji koko. Malah biji koko amat bernilai daripada emas dan telah digunakan sebagai matawang di kawasan jajahan mereka.Apabila penjelajah Sepanyol mengetahui betapa berharga dan enaknya biji koko yang telah dijadikan minuman, mereka telah membawa keluar biji koko dari Mexico. Selama 100 tahun Spanyol menguasai biji koko dan menyembunyikannya dari negara luar.Hanya pada kurun ke-16, apabila Mexico mengeksport biji koko ke Sepanyol, ada beberapa kapal mereka telah ditawan. Bermula dari situ jugalah, biji koko mula tersebar ke barat Eropah. Pada kurun ke-17, penggunaan biji koko sebagai minuman juga telah menjadi popular di Switzerland, Eropah, Belgium dan Belanda. Hanya pada kurun ke-19 barulah ia berubah kepada bentuk coklat yang dimakan pada masa kini.
 
bunga koko di dahan
 
koko muda
 
koko matang di pokok
 
 
Pokok koko boleh mencapai sehingga 10 kaki tinggi. Buah koko tumbuh di dahan pokok. Anda juga boleh cuba memakan buahnya yang manis. Hanya biji koko sahaja yang tidak boleh dimakan mentah dan perlu dikeringkan dan diproses terlebih dahulu menjadi sebuk sebelum boleh dijadikan minuman coklat.Koko berpotensi mencegah penyakit jantungBanyak khasiat biji koko yang telah diproses menjadi coklat. Ðikatakan koko tidak menaikkan kolesterol dalam darah. Ia juga mengandungi sejumlah protein yang cukup, serta tiga jenis tenaga iaitu lemak, karbohidrat dan gula. Ðisebabkan koko mengandungi tiga jenis tenaga, secara sejarahnya ia telah digunakan sebagai makanan yang bertenaga.Kandungan tahap tenaganya amat tinggi iaitu 18500 kj/kg (2000 kcal/lb). Koko juga turut mengandungi catechin, serat, karbohidrat, vitamin B dan sebatian antioksidan yang tinggi. Selain itu, koko juga turut mengandungi kalsium, fosfat, vitamin A, vitamin C dan vitamin Ð dalam jumlah yang kecil.
 
 
isi koko
 
 
biji koko yang telah dikeringkan
 
Ðikatakan juga koko mengandungiantioksidan yang sama seperti wain merah. Antioksidan ini dikatakan menunjukkan kemungkinan untuk melindungi diri daripada penyakit jantung. Ini bermakna kepingan coklat hitam lebih baik daripada wain.
 
Kurangkan tekanan darah
 
Ðalam satu kajian terbaru yang dijalankan oleh penyelidik di Harvard mendapati koko mempunyai kebaikan signifikan dengan kesihatan. Sebanyak 21 kajian dengan penyertaan 2,575 peserta itu mendapati bahawa pengambilan koko dalam bentuk minuman coklat dapat dikaitkan dengan pengurangan tekanan darah, memperbaiki kesihatan pembuluh darah dan memperbaiki tahap kolseterol. Menurut Eric L. Ðing, PhÐ, dari Harvard Medical School, kebaikan kesihatan itu hasil daripada flavonoid polyphenolic dalam koko yang mempunyai potensi mencegah penyakit jantung.
 
kepingan coklat

 
coklat
 
Pernahkah anda terfikir mengapa coklat boleh menaikkan mood anda? Ini semuanya berikutan dengan kandungan phenylethylamine yang mempunyai kesan menaikkan mood yang terdapat dalam koko. Walaupun kesan ini amat positif kepada mereka yang berada dalam keadaan murung atau tertekan, tetapi ia dikatakan boleh menjadi negatif kepada mereka yang mudah mengalami kegelisahan atau serangan panik.Walaupun coklat dan serbuk koko tidak mempunyai tahap kafein yang tinggi, namun keduanya memiliki kuantiti xanthines yang signifikan yang dikatakan amat toksik kepada kucing dan anjing. Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk memberi haiwan peliharaan anda memakan coklat. Theobromine dalam koko pula dikatakan mampu merehatkan otot yang melapisi saluran pencernaan. Ðikatakan dengan meminum coklat selepas makan mampu merehatkan perut anda.Apabila anda memakan coklat dan bukannya meminum serbuk koko asli tanpa pengawet, pastikan anda mempertimbangkan bahan-bahan yang perlu ditambah ke dalamnya. Kebanyakan kepingan coklat mengandungi gula yang mampu memberi kesan buruk kepada tahap insulin. Melainkan anda mengambil kepingan coklat yang bebas gula dan tanpa ditambah bahan-bahan lain seperti gula atau susu, anda boleh mendapat kebaikan khasiat koko.Jika anda mahukan kebaikan koko, adalah baik jika anda mengambil koko yang telah diproses dengan kandungan kalori yang serendah mungkin. Kesimpulannya, serbuk koko yang tidak diproses dan coklat hitam mampu menjadi tambahan kepada pemakanan sihat jika dipilih dan digunakan dengan sebaik mungkin.
 
Kombinasi coklat dan anggur tajamkan otak
 
Patinya, ramai yang gemar memakan coklat. Tahukah anda, memakan coklat bersama dengan anggur merah merupakan kombinasi yang baik untuk membantu anda menajamkan fikiran serta waspada?Terdapat polifenol, iaitu sebatian kimia yang banyak di dalam coklat dan anggur merah yang mampu membantu melebarkan pembuluh darah sehingga mempercepatkan pengaliran darah ke otak.Pelebaran pembuluh darah membantu oksigen dan gula ke dalam darah mengalir dengan lebih cepat ke otak. Cara ini menjadikan otak lebih tajam sehingga pengiraan yang sukar menjadi lebih mudah dan cepat. Selain itu, polifenol akan lebih efektif apabila dikombinasikan berbanding sekiranya ia bekerja sendirian.Teori ini menyokong dua kajian lain yang dilakukan oleh Universiti Northumbria sebelumnya yang mengkaji kesan polifenol pada fikirannya. Pertamanya, orang dewasa yang sihat diminta menjalani serangkaian ujian darah setelah meminum kapsul resveratol, iaitu bahan yang bermanafaat yang terdapat di dalam buah anggur.Hasil kajian tersebut menunjukkan terpdat peningkatan aliran darah ke otak setelah responden meminum suplemen tersebut. Malah, kesannya dilihat lebih bagus dan lebih besar di kalangan responden yang lebih tua. Ia berlaku kerana aliran darah ke otak akan menurun secara semulajadi sesuai dengan penambahan usia.Resveratrol juga mampu membantu tubuh membakar makanan-makanan ringan (junk food). Kajian menunjukkan terdapat cukup banyak manfaat kesihatan di dalam kombinasi kedua-dua makanan ini dan ia tidak dilihat mempunyai kesan-kesan sampingan yang memudaratkan.Walaupun coklat menawarkan khasiat dan kebaikan kepada kesihatan tubuh, namun begitu pengambilannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
 
 
Sumber : MW#1434, MW#1438 dan En.Wikipedia ~ theobroma cacao

0 comments:

buah hati saya

 

* ADIK*

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers


1.10.2011 - Lahir seorang puteri Nur Aisyah Syafiyah dgn tali pusat terbeli 2 kali dgn berat 3kg dan pjg 49cm. lilit kepala 32.5cm. biru semua muka kesan terbelit, jaundise 2 hari dah ok ada bg ubat,

10 hari timbang masih 3kg

16.10.2011 - start batuk jangkit drpd Along/ ayah

20 hari - berat naik 3.5kg

30 hari - berat 3.7kg, pjg 52.5cm, BMI 13.6

31.10.2011 - masuk ICU sebab batuk sampai biru muka tahan nafas.

16.12.2011 - 2 bln berat 5.8kg, pjg 60cm, BMI 16

26.1.2012 - 3 bln berat 6.7kg, pjg 62, BMI 17.4 lilit kepala 41cm

20.2.2012 - 4bln berat 7kg, pjg 63cm, BMI 18.3, UK 44cm, masuk walker boleh gerak keblkg dan depan

20.3.2012 - 5 bln berat 7.5kg, pjg 65cm, BMI 18.5 UK 44cm

20.4.2012 - 6 bln berat 8kg, pjg 65cm, BMI 18.3 UK 44.5cm, boleh meniarap, melentang, angkat dada, faham bile org marah, bla sebut bai-bai cepat2 nk ikut, pandai cari ibu apbila naik walker

7 1/2 bln - boleh duduk

8 bln - demam campak kecik2, boleh merangkak, tumbuh 2 btg gigi bawah

10.6.2012 - tumbuh gigi bawah 2 btg

8.7.2012 - bersunat di Klinik Latifah

11.7.2012 - 8 bln, boleh berdiri sendiri, sudah boleh mkn mcm2,

19.8.2012 - boleh berjalan byk tapak masa raya,dan boleh bunyi 'angah' 'mama' 'ayah'

1.9.2012 - 11 bulan cekap berjalan dan suka pergi ke pintu nk kuar, ke CH dan Hat yai masa raya

Sample Text

Sample Text

BERSIHKANLAH HATI KAMI
KUATKANLAH IMAN KAMI

MURAHKANLAH REZEKI KAMI
JAUHILAH KAMI DARI BENCANA
There was an error in this gadget

* ALONG *

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers 09.03.2004 - Lahir puteraku, berat 3.05kg, pjg 51cm. 09.06.2004 (3 bln) - First time meniarap... sekali jer pastu 4 bulan baru meniarap terus... 09.10.2004 (7 bln) - start tumbuh gigi... xx.12.2004 - dpt demam sekam(tompok merah2 seluruh bdn)... xx.02.2005 - First time naik flight ke Langkawi... 09.03.2005 (1 th) - First time jln lepas tgn di rumah Asoka, masa tue aku tgh lipas baju terus terlepas baju2 nk sambut dia jln ke arah aku... xx.06.2005 - Pindah ke Blok Mawar 28.08.2005 - Berjalan ke Kelantan n Terengganu - kenduri Suria... xx.03.2006 (2 thn) - Start bercakap.. walaupun bahasa Perancis... xx.03.2006 (2 thn) - Start x pakai pampers.. 2006 - dah 5 kali ke Cameron Highland sebab dok kat Tapah xx.08.2006 - dapat Basikal pertama... 09.03.2007 - Hepi besday yang ke 3 tahun sayang... 01.06.2007 - Pindah ke Putrajaya... Ibu dpt kerja kat sana.. 24.10.2007 - kena demam campak (chicken pox) Umur 3 tahun dah pandai tulis nama sendiri (AMMAR, hafal ABC, 123-> 20, hari, waktu solat, alif ba ta.., doa mkn, doa tidor Umur 3 tahun setengah - sgt pandai cakap sejak tengok 611, boleh hafal warna dlm bahasa melayu dan translate ke English Umur 4 thn - mengenal semua huruf A-Z, a-z, kira 1-100, Umur 4 thn 2 bln - boleh baca 2 suku kata, BUKU, SAYA BOLA, suka main game hp/ computer Umur 5 thn - wakil tadika pertandingan silat dan persembahan menari, dpt anugerah Pelajar Cemerlang Tabika KEMAS dan dapat No.1 Umur 6 thn - Wakil Pidato Peringkat TABIKA KEMAS dapat No 1, Wakil Pidato Peringkat Parlimen Putrajaya dapat No 3 (Negara Malaysia Yang ku Cintai), masuk pertandingan membaca, pertandingan mewarna, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang, start buat Math 28+32...41-29... Darjah 1 di Sek. Keb Minden Height.. 1 Zamrud Umur 7 tahun - sdg memahirkan diri in English, suka baca word English.. kalau salah pun tetap akan sebut dan akan tanya kita... balik sekolah ptg main basikal dan terus nk wat homework... kalau x dak homework tetap akan baca/tulis/lukis/warna...x sempat nk mandi dah... dah pandai berdikari di rumah sorang2 kalau ayah ada kelas... mandi, makan, pakai baju sekolah sendiri... basuh kasut sekolah sendiri... hari2 nk mandikan adik... suka main buih sabun tiup buat belon ngan adik.. dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A Umur 8 Tahun - SKMH 2 Zamrud, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A juga.. lancar baca JAwi.. baca IQRA 4 pd bln 9, boleh baca Al Quran agak lancar...

* ANGAH *

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers 26.09.2008 - Lahir Puteriku berat 2.50kg, 49cm pjg.. Jam 12.40tghari, Jumaat, di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra, Kedah... Hari ke-6 - Kena tahan Wad 2 hari sebab jaundise tinggi 350 bacaan.. dibawah lampu biru 3 biji... hari ke-10 - Timbang berat turun 2.3kg... Hari ke-14 - Kena amik darah banyak utk experimen sebab kuning... Hari ke-20 - Timbang berat naik 2.4kg... 24 hari masih kena kuning... prolong jaundise Hari ke-30 - Badan start naik 2.8kg... 2 bln - Berat naik 3.5kg... pandai senyum, pandang bola merah, 3 bln - Berat 5.5kg.. pandai ckp haaa... gigigigi..., hantar pengasuh kak su 2 minggu je badan susut sebab kurang jagaan dan susu... terus minta Acu tolong jaga.. 4 bln - Berat 7.5kg... boleh meniarap, first time tido di Hotel Sri Malaysia, mandi kolam, sudah mula angkat badan nk duduk..start mkn nestum, bubur nasi... 5 bln - First time picnic kat Bagan Lalang dr 8am - 5pm, bergambar ngan kuda.... 6 bln - Berat 8.0kg, boleh golek2, bercuti di Marina Cove ikut ibu berkursus.. 7 bln - Berat 8.5kg, boleh duduk, kenal orang terutama ibu, ayah, along, acu, nk main x mau tido, suka org agah2 akan gelak besar.. 8 bln - berat naik byk 8.9kg.. boleh angkat badan utk merangkak, x mau mkn...hanya minum susu saja...kalau mkn akan muntah sehabisnya... 8 bln 14 hari - Pandai angkat tangan kalau org ckp "babai".. mak tuk ajar.. 9 bln - Start pegang botol sendiri, tumbuh gigi 4 btg terus,tumbuh gigi bawah dulu, bangun sediri dan meniti tepi sofa, berani jln pegang tangan sebelah 10 bln - Faham arahan, berjalan 2-3 tapak tanpa bantuan, suka buli Irin... 11 bln - Dah pandai berjalan tanpa bantuan... 26.09.2010 - Genap umur 1 tahun.. sambut besday di rumah Presint 9, Putrajaya.. 03.12.2010 - Start hantar sekolah kat taska PERMATA... 2bln asyik menangis.. x serasi... mak tok tolong jaga 2 minggu baru ok ke sekolah... 1 thn 2bln - rapat ngan cikgu Bella, mkn sikit2 kat sekolah, masih belum berkawan.. hari2 duduk atas cikgu time nk amik balik sekolah.. sgt manja ngan cikgu... 1 thn 5 bln - baru mula berkawan..nama kwn kiki, baby muiz... dlm buku laporan harian, menari, dgr cerita, tengok tv, main bola, menyanyi... 1 thn setengah - ckp mik yg hujung2 ja IBU-> bu, AYAH -> yah, ALONG -> yong... xx.07.2010 - Bercuti di Bagan Lalang terjatuh dan gigi atas patah... xx.10.2010 - gigi start buruk 1 tahun 8 bulan - First time naik flight ke Sabah... 2 thn - Hapi besday...sambut kat Presint 11, Putrajaya...suka baby.. pantang jumpa baby akan lari dan sentuh baby tersebut x kira dimana2 saja... 3.1.2011 - Start sekolah baru kat Taska Cahaya Mata, Penang, first time pergi ok jer... cuma x faham cikgu ckp loghat Penang.. diam jer kat sekolah... tapi balik umah akan pot pet2 sampai tertido... 3.2.2011 - sebulan dah sekolah kalau tanya mkn apa kat sekolah... hari2 akan jawab nasi goreng, nasi lemak, telur, ayam, sayur... sambil buat mimik muka/mata... 28.02.2011 - boleh ckp agak lancar ada sebutan yang masih kurang jelas, huruf 'L' bunyi 'Y', 'k'k bunyi 'T', 'R' bunyi 'y'..., membahasakan diri 'adik', pandai buat lawak/main2 ngan org cth (sayang ayah jer x sayang ibu)... suka main air mandi basuh tangan... dah start nk kencing di bilik air... sangat manja... suka nyanyi dan dgr lagu 'insyaallah'... tadika di Cahayamata Minden Height dgn Cikgu Zah.. 3 tahun - masuk tadika Hadanah, pandai baca ABC, 123 dan doa2, suka ckp diri sendiri cantik dan sgt marah kalau org ckp 'Angah x cantik'...sudah pandai berdikari, berak kencing x pakai pampers, sudah mula mkn nasi dan sayur, 3 1/2 thn - boleh tulis nama sendiri, kenal dan boleh tulis abc dan 123, x pakai pampers tido mlm..