Social Icons

Pages

Wednesday, September 28, 2011

INFO : 10 Tanda Hamil


Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
 

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!


Friday, September 23, 2011

Warded 3 days


salam semua.....
dah lama x updated blog...
malas sgt2.. bukan apa...

untuk makluman semua aku skang tgh mc sampai 27hb Sept nie...
lama kan... aku dpt mc 13 hari weihuuuuu...
sgt2 seronot taw... berjaya juga aku nk cuti awai tanpa menjejaskan AL aku...

alkisahnya aku kena tahan ward 3 mlm sebabnya... baby premature 35 weeks..
pastu kedudukanya pula melintang.... jadi doktor dah kecoh2 suh aku dok ward...

siap kena cucuk ubat tuk matang paru2 baby laks...
mmg sgt sakit ubat tue... 2 jarum... fuhhhhh mmg berbaloi2 la kena cucuk ..

masa aku masuk tue mmmg ada rasa sakit juga perut aku...
pastu hilang bila dok sepital...

kalau sakit bila2 masa jer diorang akan operate perut aku..
tapi ok pula... so, balik rehat kat umah jer la...

hari nie aku gie checkup balik kat klinik....
alhamdullillah.... baby dah turun kedudukan yg betul..
so, ada harapan la aku nk bersalin normal...

ngeri tau dgr nk kena operate..
harap2 Allah permudahkan urusan aku nk bersalin normal...






aku masuk ward Hospitak Sultan Azlan Shah, Sg Petani...
sepital nie baru... semua equipment baru2 belako...
dan yg penting org x ramai...

ada satu mlm tue tinggal aku sorang2...
waaaaa... takut aku nk tido sorang2 wei...



katil aku yg hujung tue...

menu mkn agak sedap2 juga....

lauk nie aku paling suka....

apapun syabas la kepada semua doktor dan pakar di Hospital Sultan Azlan Shah...
layanan dan tumpuan yg diberi mmg terbaeekkk....

kalau diizinkan tuhan aku dpt bersalin normal... aku akan bersalin kat Putra Medical Center Alor Setar....

doakan yer kawan2 supaya aku dpt bersalin normal....
menghitung detik2 dah nie...



Monday, September 12, 2011

Master UPM

Alhamdullillah... akhirnya tercapai juga impian 2011 nk sambung belajar..


lepas nie bertambah bz la cheq...


nk urus family..... tambah2 nk urus baby baru lagi... nk kojer lagi... dan nk kelas lagie...

sib baik kelas dekat jer...


waaa... harap2 lepas nie aku leh la aku kurus dgn jayanya..

alasan penat dan x sempat mkn..


maka senang la berat aku turun.. (kuang...kuang...kuang... psstttt jgn gelak kuat2... )











aku akan berusaha bersungguh2...

impian nk capai A dlm semua subjek...


mmg aku akan buat sungguh2 la kali nie... nk tebus pointer masa degree dulu...

mmg aku sendiri x puas hati ngan pointer aku dpt masa degree dulu.....

sebab rasanya aku boleh dpt lebih dari itue... ( ya la tue kan....)


harap Allah memberkati usaha aku kali ini... AMINNNN....






Gambo Raya kami 4 beranak dulu..

Aku tayang gambo kami sekeluarga dulu...

gambo yg lain nanti aku upload...

kena amik kat adik aku.. dlm FB dah upload...


nanti aku rajin aku edit skit baru aku upload ok...


mmg skang nie malas sgt2 nk menaip... baca blog org mmg rajin lagi..

nk update blog sendiri mmg malas sgt2....



lepas solat raya kami bergambo dulu sementara tunggu mak balik dari kubur tok aku kat masjid..

aku x pergi kubur tok sebab mira nk susu.. so, aku balik dulu aar..


lepas semua ada baru kami salam beraya sekeluarga... (gambo sekeluarga nanti aku upload...)


nie gambo kami 4 beranak dulu....







budak dah ngantuk... sebab bangun awai...















layan gambo poyos kami by jurufoto Ammar...













































Di Pagi Raya...

dah basi punya cerita baru nk upload kan...


almaklumlah kemalasan melanda lagi... (minggu nie kiranya dah masuk 36week usia baby dlm perut aku nie...x sabar nk tunggu dia kuar...eeeee)


mai tengok gambo di pagi raya pertama... kami ke masjid utk menunaikan solat sunat hari raya..
pada mulanya aku mcm malas nk ke masjid.. takut si Mira buat perangai..


tapi mak ajak pergi juga... lagipun si mira pun mengamuk nk ikut ke masjid... so, aku pun pergi juga la... (dlm hati kalau dia buat perangai mmg aku tunggu tengok dia jer la.. x solat raya la aku..)


tapi dia sgt2 ok kali nie...





parking jauh nau tau... sebab kami antara yg lmbat


belakang tue adik aku ngan Izzah





nie si Izzah anak saudara aku ler..




gud girl yg dah besar... x buat perangai...




Izzah yg buat perangai... so, kuyah (adik aku) pula x leh solat mcm aku tahun lepas...





mak dan teh (Adik aku juga)

kakak x dtg.. dlm pantang lagi...




sempat lagi bergambo dlm masjid...








INFO : Rahsia Di Dalam Ais.

0
Jangan ingat minum ais tidak elok untuk kesihatan. ia juga ada kebaikan disebalik keburukan

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.



Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Kebaikan air sejuk
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  • Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.
  • Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut

Sumber : Health, Tips, Unik by johnjimat
24 Mac 2011
 

Monday, September 5, 2011

INFO : Khasiat jagung

Khasiat jagung



Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera, 

Jagung adalah sejenis sayuran yang amat popular di seluruh dunia. Jagung banyak digunakan salam kebanyakan hidangan seperti bubur, bijirin dan sayur. Selain rasanya yang sedap, jagung merupakan sumber terbaik zat dan vitamin yang biasanya hanya ditemui dalam sayuran. 

Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing. Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh. Ia sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak, kolestrol dan rendah kalori. 

Menurut kajian saintis makanan dari Universiti Cornell New York, USA, jagung yang dimasak sama ada dikukus, direbus atau dibakar, membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asid ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung. 

Nama saintifik jagung ialah zea mays. Walaupun sering dikaitkan dengan warna kuning, sebenarnya terdapat pelbagai varieti jagung yang terdiri daripada warna yang berbeza. Ini termasuklah merah, merah jambu, hitam, ungu dan biru. 

Jagung = maize = Zea mays


Varieti jagung eksotik dikumpulkan untuk menambah kepelbagaian genetik apabila terpilih dalam pembiakan domestik yang baru.


Jagung berlainan jenis/varieti


Melalui kajian terkini telah mendapati kebaikan antioksidan daripada jagung variety berbeza sebenarnya datang daripada kombinasi fitozat yang berbeza. Bagi jagung berwarna kuning, semuanya adalah antioksidan karotenoid yang terdapat di dalamnya. Ia juga kaya dengan pekatan lutein dan zeaxanthin. 

Bagi jagung berwarna biru, semuanya adalah berkaitan anthocyanin yang terdapat di dalamnya. Terdapat satu jenis asid hydroxybenzoic di dalam jagung berwarna ungu – asid protocatechuic – yang turut dikaitkan dengan aktiviti antioksidan kuat dalam variety ini yang menyebabkan warnanya menjadi ungu. 


Pokok jagung matang


Pokok matang yang sedang mengeluarkan hasil


Batang jagung dan rambut/bulu


Tidak dapat dinafikan ramai yang menganggap jagung sebagai sumber makanan yang kosong atau sebagai snek ringan, tetapi sebenarnya jagung makanan yang kaya fitozat unit yang menyediakan pelbagai kebaikan antioksidan. 

Jagung merupakan sumber baik vitamin C dan juga mineral mangan. Antioksidan fitozat dalam jagung terdiri daripada anthocyanin, beta-karotena, asid caffeic, asid coumarid, asid ferulic, lutein, asid syringic, asid vanilic, asid protocatechuic dan zeaxanthin. Jagung juga turut mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Dikatakan juga jagung rendah lemak karbohidrat, tinggi dalam serat, mengandungi asid folik, niacin, vitamin A, thiamine, vitamin B, asid panthothenic, fitokimia, vitamin E, zink, besi, mangan dan fosforus. 

Biji jagung


Longgokan jagung di tapak tuaian di India


Kebaikan produk jagung 

Minyak jagung 

Minyak jagung dihasilkan daripada biji jagung atau 'germ' (jumlah keseluruhan kandungan minyak daripada setiap biji jagung adalah 4%).Minyak jagung baik untuk kesihatan kerana mengandungi vitamin E yang tinggi,lemak tak tepu dan sumber asid lemak Omega 6 yang baik untuk kulit.Minyak jagung juga mampu menurunkan kolestrol darah dan mengurangkan risiko sakit jantung. 

Tepung jagung 

Biji jagung kering digiling kasar untuk memisahkan kulit dan isinya. Kemudian ia digiling halus dan diproses untuk dibuat tepung. Tepung jagung sedap dibuat lempeng (pancakes), roti jagung dan kuih-muih. Tepung jagung juga digunakan untuk memekatkan sos atau kuah. 

Empeng jagung 

Emping jagung atau (corn flakes)adalah bijirin sarapan yang baik. Emping jagung adalah campuran jagung, ekstrak 'malt', garam, vitamin, zat besi dan anti-oksida yang boleh meningkatkan daya tumpuan, melawan keletihan dan mencegah anemia. Emping jagung rendah lemak dan diperkaya dengan vitamin A, C dan zat besi. Emping jagung selalu juga dijadikan sebagai bahan dalam membuat biskut, kek dan kuih-muih. 

Bertih jagung atau 'popcorn' 

'Popcorn' merupakan snek ringkas yang sedap dan berkhasiat. Ia rendah kalori. Secawan 'popcorn' tanpa minyak hanya mengandungi 30 kalori sementara yang berminyak pula hanya 55 kalori. Walau ditambah mentega cair pun,kalorinya hanya 90-120 sahaja. 'Popcorn' bukan sahaja kaya dengan karbohidrat, rendah lemak tetapi berserat tinggi juga. Ini membuatkan ia menjadi snek yang berkhasiat dan mengenyangkan. American Dietetic Association menyenaraikan 'popcorn' sebagai snek berserat tinggi dalam senarai "10 Great Ways to Fiber Up". The American Diabetes Association pula menyatakan bahawa 'popcorn' sebagai pengganti kanji dalam diet mengawal berat badan. 

10 pengeluar jagung terbesar pada tahun 2009
Country
Production (tonnes)
Note
333,010,910
163,118,097
51,232,447
20,202,600
17,629,740
17,300,000
15,299,900
13,121,380
12,050,000
10,486,300
World
817,110,509
[A]
No symbol = official figure, A = Aggregate (may include official, semi-official or estimates).[24]


bunga jantan


Jambak bunga jantan yang kecil yang dipanggil jumbai (tassel)


putik jagung muda


Baik untuk sistem penghadaman 

Disebabkan kandungan serat yang tinggi, jagung dikatakan sesuai untuk dimakan bagi tujuan pencegahan penyakit berkaitan pencernaan seperti sembelit dan buasir. Kandungan antioksidan yang terdapat dalam jagung juga dikatakan mampu membantu dalam mengurangkan risiko kanser kolon dan penyakit Alzheimer. Dikatakan jagung mampu membantu penyerapan air semasa pencernaan sekaligus memudahkan pergerakan usus. 

Melindungi jantung 

Niasin, asid folik dan vitamin C dikatakan mampu melindungi jantung daripada pelbagai masalah. Vitamin-vitamin ini boleh membantu mencegah pembentukan homosisteine (asid amino) dalam tubuh, sekaligus mencegah penyakit jantung yang tertentu. Ia juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol, mengurangkan risiko hipertensi dan membantu menstabilkan tahap gula. Kalori yang terdapat dalam jagung dikatakan mampu membantu tubuh dalam metabolisme seharian. 

Bagus untuk ibu hamil 

Fitokimia yang dikatakan mampu membantu menentang penyakit kronik turut ditemui dalam jagung. Thiamine membantu dalam mengekalkan kesihatan saraf dan fungsi kognitif (perkembangan otak janin). Asid folat mencegah kerosakan otak bayi saat kelahiran. Jagung juga dikatakan mampu mencegah kecacatan saluran neutral untuk bayi yang baru dilahirkan melalui cara pembekalan asid folik secukupnya kepada wanita hamil. 

Memelihara kesihatan sel otak 

Jagung merupakan sumber thiamin (vitamin B1) yang sangat penting bagi kesehatan sel otak dan fungsi kognitif sebab thiamin diperlukan untuk membentuk acetylcholine yang berfungsi memaksimumkan komunikasi antara sel otak dalam proses berfikir dan konsentrasi jika kadar zat ini menurun maka akan menyebabkan pikun dan penyakit Alzheimer. Kepikunan sering kali timbul akibat stress dan akibat tekanan beban pada otak yang menumpu, utamanya pada para pelajar. Oleh kerana itu, para remaja sebaiknya memilih jagung sebagai kudapan yang tidak hanya sekedar mengisi perut, tapi juga menyehatkan bagi otak dan tubuhnya. 

Jagung juga kaya akan asid pentotenat (vitamin B5) yang berperan dalam proses metabolisme karbohidrat, protein dan lemak untuk diubah menjadi energi. Ini bererti, jagung sangat disarankan bagi pengidap obesiti. 

Memelihara kesihatan mata 

Kandungan beta-karotena yang terdapat dalan jagung baik untuk kesihatan mata dan penglihatan. 

Menentang kanser 

Selain itu, kandungan antioksidan dalam jagung juga amat cukup untuk merendahkan risiko pelbagai penyakit kanser dan telah terbukti berkesan dalam menentang tumor kanser dalam tubuh terutamanya jenis kanser payudara dan limfa (hati). Asid ferulic jenis fenolik (zat anti kanser) dan anthocyanin yang terdapat dalam jagung dikatakan bertanggungjawab untuk bahan anti kanser yang membunuh setiap radikal bebas yang menguasai tubuh. 

Jagung dikatakan bagus untuk para perokok kerana mengandung betacryptoxanthin yang dapat menurunkan risiko kanser paru–paru. Ketagihan terhadap rokok terkadang amat menyulitkan niat perokok untuk berhenti, namun jangan biarkan tabiat buruk ini memberi efek buruk bagi kesihatan terus-menerus. 

Menurut Journal Cancer Epidemiology, biomarkers and prevention, mereka yang banyak mengambil makanan yang mengandung betacryptoxanthin terbukti mengalami penurunan risiko kanser paru–paru sebanyak 27%, hasil yang sama juga menunjukkan bahwa perokok yang mengambil jagung dalam diet mereka mengalami penurunan kanser paru–paru sebesar 37% dibandingkan dengan perokok yang kurang memakan jagung. 

Lain-lain manafaat 

Kulit dan rambut atau bulu (corn silk) jagung juga digunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah. Kulit dan rambut halus jagung itu ditumbuk halus sebelum ditampal pada kudis dan biarkan hingga kering. 

Jagung dan produk jagung seperti emping, minyak, tepung, kanji amat baik dimakan oleh mereka yang menghadapi masalah membuang air kecil. Malah, rambut jagung juga dikatakan mempunyai manfaat yang tersendiri kerana mampu mengatasi gangguan buang air kecil, termasuk rasa sakit ketika membuang air kecil serta pembengkakan radang pundi kencing. Hal ini disebabkan kandungan kalium yang tinggi sehingga mempunyai efek diuretik yang merangsang serta melawaskan kencing. Rambut jagung juga dikatakan mampu menguatkan hati dan menurunkan tekanan darah. Ia juga dikatakan mampu mengontrol pendarahan semasa melahirkan dan membantu mengubati tekanan darah tinggi dan gangguan air dari dalam tubuh (oedema). Cara mendapatkan manafaat ini ialah dengan merebus semangkuk rambut jagung dan dua gelas air. Biarkan airnya mendidih sehingga airnya kering menjadi kira-kira satu gelas kemudian diminum dua kali sehari. 

Pengunaan dalam industri kosmetik 

Khasiat jagung tidak terbatas jika dimakan begitu sahaja. Untuk tujuan kosmetik, jagung turut mempunyai kebaikannya. Dikatakan jagung yang telah dijadikan tepung banyak digunakan dalam penghasilan kosmetik. Ia juga boleh dijadikan sebagai ubat sapu atau tampal untuk melegakan kerengsaan kulit. Malah, produk daripada jagung dikatakan boleh digunakan sebagai bahan ganti produk karcinogenik petroleum yang merupakan komponen utama dalam penyediaan kosmetik. 

Walaupun terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat ubatan jagung, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari. 

Laman-Seri : Sedikit perkongsian dengan pembaca. Jika anda berpeluang bercuti ke Cameron Highland, jangan terpedaya dengan penjual sayur yang banyak menjual jagung manis yang dikatakan ditanam di sana. Jagung yang dijual semurah 12 batang untuk RM20 sebenarnya jagung yang dibawa naik ke Cameron Highland dari bandar Ipoh dan sekitarnya. 

Tips mengenali jagung manis Cameron : 
* Jagung Cameron saiznya kecil sedikit dibandingkan jagung Ipoh 
* Kulit luar jagung Cameron sangat mulus (seperti baldu) dan lembut manakala jagung dari Ipoh kulitnya keras dan kasar. 
* Gigi jagung Cameron tidak berapa cantik (tidak lurus dalam barisan), warna gigi tidak sekata kerana terdapat warna kuning dan sedikit kuning cair menghampiri putih. Manakala jagung Ipoh giginya lurus tersusun rapi dan warnanya kuning hampir sekata. 
* Jagung Cameron rasanya lemak-lemak sangat manis. Jagung Cameron boleh dimakan mentah dan tidak akan menyebabkan kembung perut. Manakala jagung Ipoh jika dimakan mentah, rasanya tidak semanis jagung Cameron dan boleh menyebabkan kembung perut. 

Bukan hendak menyuruh memboikot jagung Ipoh, tapi alang-alang sudah naik sampai ke Cameron, dapatkanlah jagung Cameron asli/ori. Anda boleh mendapatkan tips membeli jagung Cameron ini daripada seorang peniaga (Melayu) jagung bakar di sana (tak ingat pula nama gerainya). Tiada niat provokasi, tapi jangan sampai tertipu dengan helah peniaga sayur Cameron yang hanya ingin mengaut keuntungan... 


buah hati saya

 

* ADIK*

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers


1.10.2011 - Lahir seorang puteri Nur Aisyah Syafiyah dgn tali pusat terbeli 2 kali dgn berat 3kg dan pjg 49cm. lilit kepala 32.5cm. biru semua muka kesan terbelit, jaundise 2 hari dah ok ada bg ubat,

10 hari timbang masih 3kg

16.10.2011 - start batuk jangkit drpd Along/ ayah

20 hari - berat naik 3.5kg

30 hari - berat 3.7kg, pjg 52.5cm, BMI 13.6

31.10.2011 - masuk ICU sebab batuk sampai biru muka tahan nafas.

16.12.2011 - 2 bln berat 5.8kg, pjg 60cm, BMI 16

26.1.2012 - 3 bln berat 6.7kg, pjg 62, BMI 17.4 lilit kepala 41cm

20.2.2012 - 4bln berat 7kg, pjg 63cm, BMI 18.3, UK 44cm, masuk walker boleh gerak keblkg dan depan

20.3.2012 - 5 bln berat 7.5kg, pjg 65cm, BMI 18.5 UK 44cm

20.4.2012 - 6 bln berat 8kg, pjg 65cm, BMI 18.3 UK 44.5cm, boleh meniarap, melentang, angkat dada, faham bile org marah, bla sebut bai-bai cepat2 nk ikut, pandai cari ibu apbila naik walker

7 1/2 bln - boleh duduk

8 bln - demam campak kecik2, boleh merangkak, tumbuh 2 btg gigi bawah

10.6.2012 - tumbuh gigi bawah 2 btg

8.7.2012 - bersunat di Klinik Latifah

11.7.2012 - 8 bln, boleh berdiri sendiri, sudah boleh mkn mcm2,

19.8.2012 - boleh berjalan byk tapak masa raya,dan boleh bunyi 'angah' 'mama' 'ayah'

1.9.2012 - 11 bulan cekap berjalan dan suka pergi ke pintu nk kuar, ke CH dan Hat yai masa raya

Sample Text

Sample Text

BERSIHKANLAH HATI KAMI
KUATKANLAH IMAN KAMI

MURAHKANLAH REZEKI KAMI
JAUHILAH KAMI DARI BENCANA
There was an error in this gadget

* ALONG *

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers 09.03.2004 - Lahir puteraku, berat 3.05kg, pjg 51cm. 09.06.2004 (3 bln) - First time meniarap... sekali jer pastu 4 bulan baru meniarap terus... 09.10.2004 (7 bln) - start tumbuh gigi... xx.12.2004 - dpt demam sekam(tompok merah2 seluruh bdn)... xx.02.2005 - First time naik flight ke Langkawi... 09.03.2005 (1 th) - First time jln lepas tgn di rumah Asoka, masa tue aku tgh lipas baju terus terlepas baju2 nk sambut dia jln ke arah aku... xx.06.2005 - Pindah ke Blok Mawar 28.08.2005 - Berjalan ke Kelantan n Terengganu - kenduri Suria... xx.03.2006 (2 thn) - Start bercakap.. walaupun bahasa Perancis... xx.03.2006 (2 thn) - Start x pakai pampers.. 2006 - dah 5 kali ke Cameron Highland sebab dok kat Tapah xx.08.2006 - dapat Basikal pertama... 09.03.2007 - Hepi besday yang ke 3 tahun sayang... 01.06.2007 - Pindah ke Putrajaya... Ibu dpt kerja kat sana.. 24.10.2007 - kena demam campak (chicken pox) Umur 3 tahun dah pandai tulis nama sendiri (AMMAR, hafal ABC, 123-> 20, hari, waktu solat, alif ba ta.., doa mkn, doa tidor Umur 3 tahun setengah - sgt pandai cakap sejak tengok 611, boleh hafal warna dlm bahasa melayu dan translate ke English Umur 4 thn - mengenal semua huruf A-Z, a-z, kira 1-100, Umur 4 thn 2 bln - boleh baca 2 suku kata, BUKU, SAYA BOLA, suka main game hp/ computer Umur 5 thn - wakil tadika pertandingan silat dan persembahan menari, dpt anugerah Pelajar Cemerlang Tabika KEMAS dan dapat No.1 Umur 6 thn - Wakil Pidato Peringkat TABIKA KEMAS dapat No 1, Wakil Pidato Peringkat Parlimen Putrajaya dapat No 3 (Negara Malaysia Yang ku Cintai), masuk pertandingan membaca, pertandingan mewarna, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang, start buat Math 28+32...41-29... Darjah 1 di Sek. Keb Minden Height.. 1 Zamrud Umur 7 tahun - sdg memahirkan diri in English, suka baca word English.. kalau salah pun tetap akan sebut dan akan tanya kita... balik sekolah ptg main basikal dan terus nk wat homework... kalau x dak homework tetap akan baca/tulis/lukis/warna...x sempat nk mandi dah... dah pandai berdikari di rumah sorang2 kalau ayah ada kelas... mandi, makan, pakai baju sekolah sendiri... basuh kasut sekolah sendiri... hari2 nk mandikan adik... suka main buih sabun tiup buat belon ngan adik.. dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A Umur 8 Tahun - SKMH 2 Zamrud, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A juga.. lancar baca JAwi.. baca IQRA 4 pd bln 9, boleh baca Al Quran agak lancar...

* ANGAH *

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers 26.09.2008 - Lahir Puteriku berat 2.50kg, 49cm pjg.. Jam 12.40tghari, Jumaat, di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra, Kedah... Hari ke-6 - Kena tahan Wad 2 hari sebab jaundise tinggi 350 bacaan.. dibawah lampu biru 3 biji... hari ke-10 - Timbang berat turun 2.3kg... Hari ke-14 - Kena amik darah banyak utk experimen sebab kuning... Hari ke-20 - Timbang berat naik 2.4kg... 24 hari masih kena kuning... prolong jaundise Hari ke-30 - Badan start naik 2.8kg... 2 bln - Berat naik 3.5kg... pandai senyum, pandang bola merah, 3 bln - Berat 5.5kg.. pandai ckp haaa... gigigigi..., hantar pengasuh kak su 2 minggu je badan susut sebab kurang jagaan dan susu... terus minta Acu tolong jaga.. 4 bln - Berat 7.5kg... boleh meniarap, first time tido di Hotel Sri Malaysia, mandi kolam, sudah mula angkat badan nk duduk..start mkn nestum, bubur nasi... 5 bln - First time picnic kat Bagan Lalang dr 8am - 5pm, bergambar ngan kuda.... 6 bln - Berat 8.0kg, boleh golek2, bercuti di Marina Cove ikut ibu berkursus.. 7 bln - Berat 8.5kg, boleh duduk, kenal orang terutama ibu, ayah, along, acu, nk main x mau tido, suka org agah2 akan gelak besar.. 8 bln - berat naik byk 8.9kg.. boleh angkat badan utk merangkak, x mau mkn...hanya minum susu saja...kalau mkn akan muntah sehabisnya... 8 bln 14 hari - Pandai angkat tangan kalau org ckp "babai".. mak tuk ajar.. 9 bln - Start pegang botol sendiri, tumbuh gigi 4 btg terus,tumbuh gigi bawah dulu, bangun sediri dan meniti tepi sofa, berani jln pegang tangan sebelah 10 bln - Faham arahan, berjalan 2-3 tapak tanpa bantuan, suka buli Irin... 11 bln - Dah pandai berjalan tanpa bantuan... 26.09.2010 - Genap umur 1 tahun.. sambut besday di rumah Presint 9, Putrajaya.. 03.12.2010 - Start hantar sekolah kat taska PERMATA... 2bln asyik menangis.. x serasi... mak tok tolong jaga 2 minggu baru ok ke sekolah... 1 thn 2bln - rapat ngan cikgu Bella, mkn sikit2 kat sekolah, masih belum berkawan.. hari2 duduk atas cikgu time nk amik balik sekolah.. sgt manja ngan cikgu... 1 thn 5 bln - baru mula berkawan..nama kwn kiki, baby muiz... dlm buku laporan harian, menari, dgr cerita, tengok tv, main bola, menyanyi... 1 thn setengah - ckp mik yg hujung2 ja IBU-> bu, AYAH -> yah, ALONG -> yong... xx.07.2010 - Bercuti di Bagan Lalang terjatuh dan gigi atas patah... xx.10.2010 - gigi start buruk 1 tahun 8 bulan - First time naik flight ke Sabah... 2 thn - Hapi besday...sambut kat Presint 11, Putrajaya...suka baby.. pantang jumpa baby akan lari dan sentuh baby tersebut x kira dimana2 saja... 3.1.2011 - Start sekolah baru kat Taska Cahaya Mata, Penang, first time pergi ok jer... cuma x faham cikgu ckp loghat Penang.. diam jer kat sekolah... tapi balik umah akan pot pet2 sampai tertido... 3.2.2011 - sebulan dah sekolah kalau tanya mkn apa kat sekolah... hari2 akan jawab nasi goreng, nasi lemak, telur, ayam, sayur... sambil buat mimik muka/mata... 28.02.2011 - boleh ckp agak lancar ada sebutan yang masih kurang jelas, huruf 'L' bunyi 'Y', 'k'k bunyi 'T', 'R' bunyi 'y'..., membahasakan diri 'adik', pandai buat lawak/main2 ngan org cth (sayang ayah jer x sayang ibu)... suka main air mandi basuh tangan... dah start nk kencing di bilik air... sangat manja... suka nyanyi dan dgr lagu 'insyaallah'... tadika di Cahayamata Minden Height dgn Cikgu Zah.. 3 tahun - masuk tadika Hadanah, pandai baca ABC, 123 dan doa2, suka ckp diri sendiri cantik dan sgt marah kalau org ckp 'Angah x cantik'...sudah pandai berdikari, berak kencing x pakai pampers, sudah mula mkn nasi dan sayur, 3 1/2 thn - boleh tulis nama sendiri, kenal dan boleh tulis abc dan 123, x pakai pampers tido mlm..