Social Icons

Pages

Monday, August 30, 2010

Cerita Pasal Persiapan Raya..

ok.... walaupun aku masih malas nkupload gambo... tapi masih ada mood nk menaip story about 2-3 days ago...

mcm biasa.. setiap kali weekend actvt kami sekeluarga ialah mencari baju raya... mana taknya... baju ammar masih belum cukup lagi.. baju Big Boss lagi la satu helai x beli lagi.. aku pula yg tolong susahkan hati utk diorg nie.... yg diorg nie relex jer....

so, pujuk2 si Ammar ajak dia beli juga la.. apasai x tau budak sorang nie cukup malas nk berjalan cari baju raya.. mungkin sebab dia posa kut... so, mmg penat la kalau bab nk memilih nie.. last2 we all terjah ke Metro Kajang again.... yer agian.... sebab.. Big Boss ckp nk beli baju Melayu kat Kajang jer.. aku ok jer... janji ada baju raya kan.. kang aku sorang laks yg pakai baju raya...uuuuuhuhuuu sian aku kang...

cari punya cari mmg x jumpa baju Melayu color Biru yg nk tema aku n mira tue... last2 cari baju kasual utk Ammar jer... kasut raya dia.... tup2 habis around Rm200 juga.... hohohhoo mmg baju skang mayak mahai oooo....

pastu terus berbuka kat umah kakak aku kat Pandan Indah tue.... aku ckp la kat dia baju melayu x jumpa2 lagi... pastu dia syorkan aku ke Jln TAR.... "uiiihhhh mmg tempat sure ada nyer..." tapi mmg malas nk bawa budak kecik 2 owang nie... org mesti ramai.. terus kakak aku offer nk jaga diorg... so, apa lagi aku n Big Boss pun merempit la naik motor dengan penuh gigih nk cari baju raya.... sib baik ada.... kalo tak... mmg sorang biru sorang lagi ntah la apa colornya....

so, skang baju kasual Big Boss jer belum beli lagi.. ntah la bila pula nk gie cari... kang nanti bajet kelain laks kan... aku risau jer nie... sib baik ada bonus kan.. dpt la support balik yg kurang tue kan.... "psstttt dah tanya admin nie... 1 Sept masuk bonus.." yeayyyyyy

gambo baju raya aku nanti aku upload yer.... skang mmg busy tahap GABAN..... kang aku cuci cantek & bersih aku upload kan... hahahhha

cuti raya laks mcmana... haaaa... aku start 8-16 Sept.... haa ko mmg raya sakan la.....

nak beraya ngan orang baru... ada baby adik aku baru lahir.... huuuuh x sabar nk tengok n peluk baby baru niehhhh.....

hari nie akuplan nk mkn laksa... x buat la... beli jer kat BARAM.... harap2 ada la...



Wednesday, August 25, 2010

Malas

aceli aku ada byk modal nk upload dlm blog nie... tapi disebabkan kemalasan tahap gaban.... + keja yg menimbun2 nie malasnyer nk tunggu nk upload gambo budak2 nie...

  • ada gambo main bunga api...
  • ada gambo main tepi kolan ikan...
  • ada gambo dak mira 1st time masuk opis aku...
  • ada gambo juadah berbuka puasa....
  • ada gambo kasut raya aku...

semua ada... tapi memandangkan aku malas tahap gaban... aku simpan jer la dulu gambo2 tue jadi "tapai" jap.. kang kalau aku rajin n x byk keja sgt aku upload ok...

hari nie nk masak apa laks haa.... ponin mak cik .. sebab si jantan sorang tue asik nk mkn ayam masak kicap jer.. dah naik jemu makcik... hhuuhhu....

esok insyaallah Big Boss balik... cuti 5 hari tue... mau x balik... boleh la tolong tengok2 budak2 nie jap.. leh la makcik lopaih kan ponat leloh nie jap.... kan....

hari Sabtu nie plan nk gie berbuka puasa umah kakak aku.. kat Pandan Indah tue.... minggu lepas mmg murah rezeki aku... hari Jumaat abg ipar aku ajak berbuka umah dia... Sabtu sepupu Big Boss ajak berbuka umah dia...

nmpk gayanya bila pula turn umah we all..... entah la... sibuk sgt semenjak dua menjak nie... cari baju raya bebudak nie la... nie belum lagi baju Big Boss... huhuhuuuu ponatnya.... aju aku dah settle.... tp kalau terjumpa yg berkenan mmg aku grab lagi nie... selagi x raya selagi tue semua akan jadi baju raya....

tapi raya tahun nie kena berjimat skit... almaklumlah.. byk lagi bajet untuk ke lain kan.... so, raya kali nie raya yg berhemah... "perbelanjaan berhemah"

stop dulu kat sini.. jap aku nk cari salam masuk umah jika tiada org dirumah... ok cauuuuuuuu



Thursday, August 19, 2010

~~~Anger Management...~~~



--
~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

~~~Lidah orang yang berakal terletak
di belakang hatinya. Hati orang yang
bodoh terletak di belakang lidahnya~~~


TUITION : 25 Tips dan Petua bagi anak pandai dalam bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Maafle kalau petua-petua yang saya beri ni agak tidak tersusun sebab ni terus keluar dari minda saya dan lebih dalam berbentuk ˜point form' dan tidak terlalu panjang penjelasannya, kalau ada. Ini sekadar pencetus idea dan terpulang kepada anda untuk mentafsirnya dan mengambil langkah-langkah yang perlu. Idea-idea dan petua-petua ini datang dari:-

1. Pengalaman peribadi sendiri masa belajar dulu

2. Hasil kajian saya masa nak tulis buku

3. Pengalaman dari mengajar kanak-kanak

4. Pemerhatian saya

5. Artikel2 yang pernah saya baca

So kalau rough sikit idea-idea saya ni mintak maafle banyak2. Ni saya guna teknik brain storming dimana kita luahkan sahaja apa yang terlintas di fikiran. Kalau ada komen ke kritikan ke x ada masalah..hantar sahaja ke email saya di cikgutuition@ yahoo.com

1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi. Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.

2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi.


Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk menagajar.

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda. Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.

11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.

12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati. Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain¦Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel TVIQ 552 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.

15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.

16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.

17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!

18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.

19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.

20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.

21. Kalau anak anda sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.

22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.

23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English- Malay macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda ˜berfikir' bahasa Inggeris.

25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.

Ha.Dah 25 tips yang saya bagi.Maybe next time kalau ada mood camni saya akan beri lagi tips2 dan petua2 yang boleh anda praktikkan.

Akhir kata, Jangan terlalu fikirkan kesilapan dan kelemahan orang lain, tapi sebaiknya kita lihat dulu kelemahan diri kita dan ahli-ahli keluarga kita dan bagaimana kita boleh

memperbaikinya. .


Petua Mudah Untuk Panjang Umur

Rahsia panjang umur ternyata hanya sesederhana merekahnya sebuah senyuman. Semakin lebar senyum dan semakin dalam lipatan di sekitar mata Anda ketika tersenyum, semakin besar pula kemungkinan Anda untuk hidup lebih lama.




Kaitan antara senyum dan umur panjang ini diungkapkan oleh peneliti dalam riset yang dimuat di jurnal Psychological Science. Temuan baru ini menambah bukti lain bahwa hidup dengan kebahagiaan dan gembira memberi pengaruh kuat bagi kualiti kesehatan dan harapan hidup. Peneliti percaya, lebarnya senyuman dan dalamnya kerutan di sekitar mata adalah cermin positif dari hidup seseorang yang dapat diterjemahkan dalam kesehatan jangka panjang yang lebih baik.




Kesimpulan ini merupakan hasil studi terhadap foto-foto berusia tua. Para ahli dari Wayne State University, Michigan, meneliti 230 gambar pemain liga bisbol yang dicetak dengan data registrasi tahun 1952. Daftar ini memuat semua profil dan statistik pemain, seperti tarikh lahir, berat, status perkahwinan, dan karier. Para ahli lalu membuat peringkat pemain berdasarkan bentuk senyuman. Ada kelompok pemain yang tak tersenyum sama sekali, tersenyum parsial (sebagian otot di sekitar mulut saja yang aktif), serta tersenyum lebar (ditandai tawa lepas dengan gigi yang tampak, pipi yang naik, dan lipatan di sekitar mata). Foto-foto ini lalu dibandingkan dengan usia dan harapan hidup setiap pemain. Hasil analisis menunjukkan, 184 pemain tercatat sudah meninggal. Mereka yang masuk kategori "tanpa senyum" hidup dengan usia rata-rata 72.9 tahun




Di antara kelompok "senyum parsial', harapan hidupnya rata-rata mencapai 75 tahun. Adapun mereka yang senyumnya paling lebar memiliki usia rata-rata 79.9 tahun atau tujuh tahun lebih panjang dari rekannya yang "jarang senyum". Riset juga menemukan bahwa "senyuman palsu" tidak akan memberikan manafaat yang sama karena penambahan angka harapan hidup hanya terlihat pada pemain yang memiliki senyuman asli yang dikenal dengan Duchenne smiles.




Senyuman Duchenne mengaktifkan sekelompok otot di sekitar mulut dan mata. Istilah ini dimunculkan oleh seorang ahli saraf pada abad ke-19. Senyuman ini berbeda dengan senyum palsu yang hanya melibatkan otot di sekitar mulut. Jadi mulai saat ini, tersenyumlah dengan lepas agar Anda tetap sehat dan panjang umur!


TIPS : Mengelak leteran isteri

7 Tip elak leteran isteri

Ogos 13, 2010
Bagaimana mengelak dileteri isteri. Ada caranya:
wife husband fight
 
1. Pendekatan diplomatik
Andai isteri sedang berleter, anda guna pendekatan diplomatik untuk tidak menghangatkan lagi emosi si dia.

2. Beri penjelasan

Berdiam diri bukanlah penyelesaian terbaik bagi mengurangkan leteran isteri. Sebaliknya adalah lebih baik anda berterus terang dan memberikan penjelasan yang boleh menyenangkan hati isteri.
 
3. Jangan main api
Apabila isteri sudah berleter, anda pula janganlah membakar perasaannya untuk berkeras dan bergaduh. Gunakan pendekatan terbaik memperbaiki komunikasi dan menjaga hatinya.
 
4. Renung diri
Memang lelaki kuat egonya. Namun, tidak salah mengurangkan rasa ego dengan menilai kembali sikap diri sendiri. Anda mungkin bersikap pemalas dan tidak mengambil berat hingga menjadi punca isteri berleter.

5. Bantu isteri

Tidak jatuh standard dan maruah anda sebagai lelaki jika saling membantu isteri menguruskan rumah tangga. Jika Isnin hingga Jumaat isteri yang memasak, apa kata hujung minggu anda pula ke dapur?
 
6. Duduk berbincang
Kurang komunikasi antara sebab mengapa masalah berleter menjadi semakin genting. Rasanya, mungkin ada baiknya jika suami isteri duduk berbincang antara empat mata bagi menyelidik masalah sebenar yang dihadapi.
 
7. Hangatkan kembali hubungan
Suami menyedari 'sindrom' berleter hampir tidak berlaku ketika awal percintaan, namun tahukah lelaki mengapa wanita membebel? Jawapannya ialah suami sudah kurang memberi perhatian dan terhakis sifat gentlemen.

 

Menara Jam Terbesar Dunia di Makkah


 





 





Jam terbesar di dunia akan mula berdetik di menara pencakar langit Makkah dan Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing.

Menara jam yang Makkah akan menjadi sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich dan juga dibina dibangunan kedua tertinggi di dunia.

Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) digunakan semenjak 126 tahun.

Waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridan dunia kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia menurut ulama dan cendikiawan Islam.

Arab Saudi akan melakukan ujian terhadap apa yang disifatkannya sebagai menara jam terbesar di dunia di Tanah Suci Makkah sepanjang bulan Ramadan ini. 

Menara jam empat muka berkenaan akan menjadi pencakar langit tertinggi di negara itu apabila siap dengan ketinggian kira-kira 600 meter, menjadikan ia sebagai bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.


Jam berkenaan juga bakal menenggelamkan Big Ben di London yang pernah menjadi menara jam empat muka terbesar dunia, dengan jarumnya dikatakan lima kali lebih besar. Dan ditulis dengan kalimah ALLAH di atasnya akan diterangi dua juta cahaya LED.

Dengan garis pusatnya berukuran 40 meter, jam Arab Saudi itu juga adalah lebih besar berbanding jam di Cevahir Mall di Istanbul yang mempunyai ukuran muka 36 meter pada bumbung telus cahaya di kompleks beli-belah Turki berkenaan. 

Turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijua yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan  bagi lima waktu solat fardu.


Kompleks jam di Makkah yang direka jurutera Jerman dan Swiss membabitkan projek bernilai $800 juta (RM2.56 bilion) akan menghadap Kaabah yang menjadi tumpuan seluruh umat Islam di seluruh dunia ketika mereka mengerjakan solat lima waktu setiap hari dan menjadi sebahagian usaha Arab Saudi membangunkan bandar raya yang dilawati berjuta jemaah haji setiap tahun. 

Tempoh ujian selama tiga bulan menara jam itu akan bermula pada minggu pertama Ramadan. 

Hanya satu daripada empat muka jam berkenaan setakat ini siap dan diliputi 98 juta keping kaca jubin. AP

Tuesday, August 17, 2010

Picasa Cameron Highland






Picasa Bowling




Picasa Bagan Lalang

20 Julai 2009

4 Jun 2009




Picasa Ammirah

jgn termuntah laks tengok gambo si Mira nie... hehehee
lepas nie nk add lagi kat sini.....
layanzzzzzzzzzz









































































buah hati saya

 

* ADIK*

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers


1.10.2011 - Lahir seorang puteri Nur Aisyah Syafiyah dgn tali pusat terbeli 2 kali dgn berat 3kg dan pjg 49cm. lilit kepala 32.5cm. biru semua muka kesan terbelit, jaundise 2 hari dah ok ada bg ubat,

10 hari timbang masih 3kg

16.10.2011 - start batuk jangkit drpd Along/ ayah

20 hari - berat naik 3.5kg

30 hari - berat 3.7kg, pjg 52.5cm, BMI 13.6

31.10.2011 - masuk ICU sebab batuk sampai biru muka tahan nafas.

16.12.2011 - 2 bln berat 5.8kg, pjg 60cm, BMI 16

26.1.2012 - 3 bln berat 6.7kg, pjg 62, BMI 17.4 lilit kepala 41cm

20.2.2012 - 4bln berat 7kg, pjg 63cm, BMI 18.3, UK 44cm, masuk walker boleh gerak keblkg dan depan

20.3.2012 - 5 bln berat 7.5kg, pjg 65cm, BMI 18.5 UK 44cm

20.4.2012 - 6 bln berat 8kg, pjg 65cm, BMI 18.3 UK 44.5cm, boleh meniarap, melentang, angkat dada, faham bile org marah, bla sebut bai-bai cepat2 nk ikut, pandai cari ibu apbila naik walker

7 1/2 bln - boleh duduk

8 bln - demam campak kecik2, boleh merangkak, tumbuh 2 btg gigi bawah

10.6.2012 - tumbuh gigi bawah 2 btg

8.7.2012 - bersunat di Klinik Latifah

11.7.2012 - 8 bln, boleh berdiri sendiri, sudah boleh mkn mcm2,

19.8.2012 - boleh berjalan byk tapak masa raya,dan boleh bunyi 'angah' 'mama' 'ayah'

1.9.2012 - 11 bulan cekap berjalan dan suka pergi ke pintu nk kuar, ke CH dan Hat yai masa raya

Sample Text

Sample Text

BERSIHKANLAH HATI KAMI
KUATKANLAH IMAN KAMI

MURAHKANLAH REZEKI KAMI
JAUHILAH KAMI DARI BENCANA
There was an error in this gadget

* ALONG *

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers 09.03.2004 - Lahir puteraku, berat 3.05kg, pjg 51cm. 09.06.2004 (3 bln) - First time meniarap... sekali jer pastu 4 bulan baru meniarap terus... 09.10.2004 (7 bln) - start tumbuh gigi... xx.12.2004 - dpt demam sekam(tompok merah2 seluruh bdn)... xx.02.2005 - First time naik flight ke Langkawi... 09.03.2005 (1 th) - First time jln lepas tgn di rumah Asoka, masa tue aku tgh lipas baju terus terlepas baju2 nk sambut dia jln ke arah aku... xx.06.2005 - Pindah ke Blok Mawar 28.08.2005 - Berjalan ke Kelantan n Terengganu - kenduri Suria... xx.03.2006 (2 thn) - Start bercakap.. walaupun bahasa Perancis... xx.03.2006 (2 thn) - Start x pakai pampers.. 2006 - dah 5 kali ke Cameron Highland sebab dok kat Tapah xx.08.2006 - dapat Basikal pertama... 09.03.2007 - Hepi besday yang ke 3 tahun sayang... 01.06.2007 - Pindah ke Putrajaya... Ibu dpt kerja kat sana.. 24.10.2007 - kena demam campak (chicken pox) Umur 3 tahun dah pandai tulis nama sendiri (AMMAR, hafal ABC, 123-> 20, hari, waktu solat, alif ba ta.., doa mkn, doa tidor Umur 3 tahun setengah - sgt pandai cakap sejak tengok 611, boleh hafal warna dlm bahasa melayu dan translate ke English Umur 4 thn - mengenal semua huruf A-Z, a-z, kira 1-100, Umur 4 thn 2 bln - boleh baca 2 suku kata, BUKU, SAYA BOLA, suka main game hp/ computer Umur 5 thn - wakil tadika pertandingan silat dan persembahan menari, dpt anugerah Pelajar Cemerlang Tabika KEMAS dan dapat No.1 Umur 6 thn - Wakil Pidato Peringkat TABIKA KEMAS dapat No 1, Wakil Pidato Peringkat Parlimen Putrajaya dapat No 3 (Negara Malaysia Yang ku Cintai), masuk pertandingan membaca, pertandingan mewarna, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang, start buat Math 28+32...41-29... Darjah 1 di Sek. Keb Minden Height.. 1 Zamrud Umur 7 tahun - sdg memahirkan diri in English, suka baca word English.. kalau salah pun tetap akan sebut dan akan tanya kita... balik sekolah ptg main basikal dan terus nk wat homework... kalau x dak homework tetap akan baca/tulis/lukis/warna...x sempat nk mandi dah... dah pandai berdikari di rumah sorang2 kalau ayah ada kelas... mandi, makan, pakai baju sekolah sendiri... basuh kasut sekolah sendiri... hari2 nk mandikan adik... suka main buih sabun tiup buat belon ngan adik.. dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A Umur 8 Tahun - SKMH 2 Zamrud, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A juga.. lancar baca JAwi.. baca IQRA 4 pd bln 9, boleh baca Al Quran agak lancar...

* ANGAH *

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers 26.09.2008 - Lahir Puteriku berat 2.50kg, 49cm pjg.. Jam 12.40tghari, Jumaat, di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra, Kedah... Hari ke-6 - Kena tahan Wad 2 hari sebab jaundise tinggi 350 bacaan.. dibawah lampu biru 3 biji... hari ke-10 - Timbang berat turun 2.3kg... Hari ke-14 - Kena amik darah banyak utk experimen sebab kuning... Hari ke-20 - Timbang berat naik 2.4kg... 24 hari masih kena kuning... prolong jaundise Hari ke-30 - Badan start naik 2.8kg... 2 bln - Berat naik 3.5kg... pandai senyum, pandang bola merah, 3 bln - Berat 5.5kg.. pandai ckp haaa... gigigigi..., hantar pengasuh kak su 2 minggu je badan susut sebab kurang jagaan dan susu... terus minta Acu tolong jaga.. 4 bln - Berat 7.5kg... boleh meniarap, first time tido di Hotel Sri Malaysia, mandi kolam, sudah mula angkat badan nk duduk..start mkn nestum, bubur nasi... 5 bln - First time picnic kat Bagan Lalang dr 8am - 5pm, bergambar ngan kuda.... 6 bln - Berat 8.0kg, boleh golek2, bercuti di Marina Cove ikut ibu berkursus.. 7 bln - Berat 8.5kg, boleh duduk, kenal orang terutama ibu, ayah, along, acu, nk main x mau tido, suka org agah2 akan gelak besar.. 8 bln - berat naik byk 8.9kg.. boleh angkat badan utk merangkak, x mau mkn...hanya minum susu saja...kalau mkn akan muntah sehabisnya... 8 bln 14 hari - Pandai angkat tangan kalau org ckp "babai".. mak tuk ajar.. 9 bln - Start pegang botol sendiri, tumbuh gigi 4 btg terus,tumbuh gigi bawah dulu, bangun sediri dan meniti tepi sofa, berani jln pegang tangan sebelah 10 bln - Faham arahan, berjalan 2-3 tapak tanpa bantuan, suka buli Irin... 11 bln - Dah pandai berjalan tanpa bantuan... 26.09.2010 - Genap umur 1 tahun.. sambut besday di rumah Presint 9, Putrajaya.. 03.12.2010 - Start hantar sekolah kat taska PERMATA... 2bln asyik menangis.. x serasi... mak tok tolong jaga 2 minggu baru ok ke sekolah... 1 thn 2bln - rapat ngan cikgu Bella, mkn sikit2 kat sekolah, masih belum berkawan.. hari2 duduk atas cikgu time nk amik balik sekolah.. sgt manja ngan cikgu... 1 thn 5 bln - baru mula berkawan..nama kwn kiki, baby muiz... dlm buku laporan harian, menari, dgr cerita, tengok tv, main bola, menyanyi... 1 thn setengah - ckp mik yg hujung2 ja IBU-> bu, AYAH -> yah, ALONG -> yong... xx.07.2010 - Bercuti di Bagan Lalang terjatuh dan gigi atas patah... xx.10.2010 - gigi start buruk 1 tahun 8 bulan - First time naik flight ke Sabah... 2 thn - Hapi besday...sambut kat Presint 11, Putrajaya...suka baby.. pantang jumpa baby akan lari dan sentuh baby tersebut x kira dimana2 saja... 3.1.2011 - Start sekolah baru kat Taska Cahaya Mata, Penang, first time pergi ok jer... cuma x faham cikgu ckp loghat Penang.. diam jer kat sekolah... tapi balik umah akan pot pet2 sampai tertido... 3.2.2011 - sebulan dah sekolah kalau tanya mkn apa kat sekolah... hari2 akan jawab nasi goreng, nasi lemak, telur, ayam, sayur... sambil buat mimik muka/mata... 28.02.2011 - boleh ckp agak lancar ada sebutan yang masih kurang jelas, huruf 'L' bunyi 'Y', 'k'k bunyi 'T', 'R' bunyi 'y'..., membahasakan diri 'adik', pandai buat lawak/main2 ngan org cth (sayang ayah jer x sayang ibu)... suka main air mandi basuh tangan... dah start nk kencing di bilik air... sangat manja... suka nyanyi dan dgr lagu 'insyaallah'... tadika di Cahayamata Minden Height dgn Cikgu Zah.. 3 tahun - masuk tadika Hadanah, pandai baca ABC, 123 dan doa2, suka ckp diri sendiri cantik dan sgt marah kalau org ckp 'Angah x cantik'...sudah pandai berdikari, berak kencing x pakai pampers, sudah mula mkn nasi dan sayur, 3 1/2 thn - boleh tulis nama sendiri, kenal dan boleh tulis abc dan 123, x pakai pampers tido mlm..