Social Icons

Pages

Friday, November 19, 2010

Fw: [sim] INFO : Teknik Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.

Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.

Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.

Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.

Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.

Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.

ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau
pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.

Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.

Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian


TIPS : Kenali ciri-ciri lelaki pendera

Kenali ciri-ciri lelaki pendera


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tentu anda pernah menonton movie
Sleeping with the Enemy lakonan Julia Roberts atau Enough yang dilakonkan oleh si cantik manis Jennifer Lopez. Kedua-dua movie ini mengisahkan suami pendera yang bersikap kejam terhadap isteri sendiri.

Punya suami yang kasar dari segi pertuturan dan tingkah laku, kaki dera mahupun panas baran yang ringan sangat melayangkan kaki dan tangan, pasti mahu dielak oleh semua wanita. Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang isteri boleh duduk di bawah satu bumbung dan tidur pula sekatil dengan suami si kaki tempeleng, gemar caci maki, sepak terajang dan pukulan yang menjadi santapan harian isteri malang.

Tidak kurang juga begitu banyak kes isteri yang dizalimi suami disiarkan di dada akhbar. Lebih menyedihkan, terdapat juga tragedi hitam di mana ada suami yang hilang pertimbangan sanggup memukul isteri dengan kejam sehingga menemui ajal. Senario sebegini ternyata begitu membimbangkan golongan wanita kerana suami yang diharapkan menjadi pelindung, kini tidak teragak-agak meragut nyawa isteri sendiri. Suami menzalimi isteri, mengapa lelaki hilang pertimbangan? Apakah punca ia berlaku dan bagaimana cara untuk mengatasinya?

Sebenarnya, ramai wanita yang sudah dapat membaca ciri lelaki sebegini ada pada pasangan mereka sejak sebelum berkahwin lagi. Akan tetapi, lantaran rasa cinta buta yang mendalam, mereka sering menutup mata dan memekakkan telinga akan kelemahan ini dan akhirnya tindakan poyo ini memakan diri sendiri apabila melangkah ke alam perkahwinan.

Choopp! Nanti dulu! Sebelum anda terjebak dengan suami zalim begini, adalah lebih wajar jika anda kenali ciri-ciri lelaki pendera sebelum anda mendirikan rumahtangga. Apakah ciri-ciri lelaki yang suka mengasari wanita? Bagi wanita yang belum berkahwin, perhatikan 16 sikap yang akan disenaraikan dalam entry ini. Jika sikap sebegini ada pada teman lelaki atau pasangan anda, maka belum terlambat untuk anda mengundur diri.

1 – Extra romantis

Jangan cair bila pasangan terlalu kerap melontarkan kata-kata romantis seperti 'abang tak boleh hidup tanpamu' atau 'abang akan tetap setia selamanya' ataupun 'cinta abang sentiasa mekar untukmu'... [NB: uik.. uik... geli pulak BG menaip ayat macam ni.....]

Sebaliknya, cuba berhati-hati dan berfikir dengan waras. Jangan termakan dengan ayat power 'tangkap leleh' atau janji manis yang diucapkannya. Perlu diingat, bahawa lelaki yang melakukan kekerasan pada mulanya akan bersikap extra lembut dan penyayang.

2 – Terburu-buru dalam hubungan

Tanda awal yang perlu diperhatikan ialah lelaki ini suka terburu-buru mengajak menjalinkan hubungan dengan lebih serius. Dia selalu kelihatan bersemangat untuk melangkah ke tahap yang selanjutnya lebih 'advance' seperti bertunang dan segera menikah, walaupun sebenarnya anda baru saja mengenalinya. Lelaki pendera akan cuba mendesak kerana mereka tahu bahawa mereka tidak dapat mempertahankan perilaku yang baik dan konsisten untuk jangkamasa yang lama.

Jika lelaki ini yang anda temui, tidak salah jika anda berwaspada. Jangan turut brsikap terburu-buru dengan mengiyakan apa saja ajakannya. Fikir dahulu dan ambil lebih masa untuk mengenalinya. Di samping itu, cuba jadi 'Inspector Gadjet' untuk mengetahui latar belakang dirinya sebanyak mungkin agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

3 – Asyik berbicara tentang diri sendiri

Lelaki pendera gemar berbicara panjang lebar dan apa saja yang menarik tentang dirinya. Dia sebenarnya cuba memancing dengan mengaburi 'judgement' anda dengan pelbagai kebaikan yang ada padanya. Tidak mustahil anda berkongsi minat yang sama iaitu bersamanya.

4 – Ambil berat yang berlebih-lebihan

Lelaki pendera benar-benar ingin mendengar tentang semua masalah yang anda alami pada peringkat awal perhubungan. Dia bahkan mungkin mempunyai masalah yang sama dirinya sendiri. Jadi berwaspadalah, dia mungkin melakukan satu dari dua perkara: dia mungkin sedang belajar semua tentang anda dan tidak mustahil satu hari nanti ia akan menjadi 'push button' atau senjata yang terbaik untuk memalukan anda di masa akan datang, atau dia mungkin mendorong anda untuk merasakan bahawa sekurang-kurangnya dia memahami apa yang sedang anda alami.

5 – Cemburu buta

Kata orang, cemburu itu tandanya sayang. Kenyataan ini memang ada betulnya, tetapi jika cemburunya tidak keterlaluan. Jika sikapnya melampaui batas, terlalu mengawal, mengawasi, mengongkong anda dan bersikap
cemburu buta yang tidak munasabah, maka anda sememangnya layak untuk berwaspada. Hati-hati apabila pasangan anda asyik cemburu walaupun dengan teman sekerja, teman paling rapat mahupun cemburu dengan keluarga dan saudara-mara anda sendiri.

Selain itu, si dia juga selalu meminta anda meluangkan masa bersama dengannya dan tidak segan silu menagih perhatian anda hanya untuk dirinya sahaja. Dia juga mahu anda report memberikan laporan, ke mana anda pergi, dengan siapa anda keluar, sampai jam berapa dan pendek kata, apa saja yang anda lakukan. Perlu diingatkan, sikap cemburu sebegini boleh menjadikan manusia hilang pertimbangan dan tidak mustahil dia akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan anda sendiri.

6 – Mengawal atau mengongkong

Lelaki pendera lazimnya sangat suka mengawal atau menongkong pergerakan pasangan kerana dia sentiasa memerlukan masa dan perhatian pasangan. Lelaki pendera juga tidak mustahil akan mengawal kewangan kerana dia tidak suka jika pasangannya menunjukkan kemampuan mandiri atau berdikari.

7 – Terlalu emosi

Satu masa dia begitu ceria, gembira dan ramah bercerita, tetapi dalam sekelip mata dia berubah menjadi pemarah, baran dan langsung tidak mahu bercakap dengan anda. Ketika bersama dengannya juga, anda akan berasa tidak bebas. Kebiasaannya anda akan berhati-hati dalam berkata-kata kerana takut tersalah cakap yang akan mengundang amarah besar dirinya. Anda juga rasa keliru dengan sikapnya yang langsung tidak konsisten. Berhati-hatilah dengan lelaki yang bersikap begini kerana tidak mustahil satu hari nanti anda akan menjadi mangsa amarahnya.

Perhatikan bagaimana dia berbicara dengan orang tua anda atau rakan anda. Apakah dia berkasar atau bersikap tidak baik? Lihat juga pola tingkah lakunya. Lelaki yang kasar dalam hubungan sering kejam dalam situasi lain juga seperti melecehkan ahli keluarga yang lain, menyakiti haiwan kesayangan dan seorang 'road bully'. Atau dia orang yang sama sekali berbeza ketika bersama orang lain di sekeliling anda sehingga dia dilihat seolah-olah mempunyai dua identiti yang berbeza.

8 – Sering merendah-rendahkan

Seharusnya sebagai pasangan, seorang lelaki akan bangga atau memberi sokongan ketika anda menceritakan kejayaan yang anda perolehi. Akan tetapi, berlainan pula dengan lelaki si kaki pendera ini. Dia akan memperlecehkan atau merendah-rendahkan keupayaan anda.

Sebagai contoh, hanya kerana pakaian yang anda pakai tidak kena dengan seleranya, dia mengutuk anda tanpa mengambil kira hati anda, sama ada anda sebagai temanita atau isteri.

Segala kehendaknya juga harus dituruti tanpa kompromi kerana jika tidak, dia akan mengugut dan mengancam. Sikap sebagini sebenarnya memberi kesan kepada pasangan kerana lambat laun, pasangan akan berasa tidak yakin pada diri sendiri. Sekiranya anda tidak mampu bertahan, maka kuatkan semangat, cekalkan hati dan yakinkan diri anda untuk tidak meneruskan lagi hubungan dengan lelaki sebegini.

9 – Tidak boleh dibantah atau dibangkang

Bukan saja kemahuannya harus diikuti, si lelaki pendera juga tidak boleh dibantah atau dibangkang, kerana lelaki jenis ini sukar menerima sebarang penolakan. Jika dibangkang, tidak mustahil anda menjadi mangsanya. Barang rumah dipecahkan, malah dinding dan meja atau kepala anda juga dihentaknya. Ketika ini pasangan akan takut tapi sebaiknya si lelaki pendera akan cepat-cepat meminta maaf dan berjanji tidak mengulanginya. Biasanya dengan pujukannya yang mendayu-dayu, hati pasangan akan cair. Inilah kebiasaan yang berlaku.

10 – Tidak sukar memohon maaf

Lelaki pendera ini memang pandai merayu dan memohon maaf setiap kali membuat kesalahan. Tetapi cara dia memohon maaf atau memberi penjelasan atas sikap salahnya seolah-olah ingin mengatakan bahawa anda turut bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. Jadi, mahu tidak mahu, anda akan turut merasa bersalah akibat terkeliru dengan alasan penjelasannya.

11 – Sentiasa menyalahkan

Walaupun dirinya yang melakukan kekerasan atau keganasan, namun lelaki ini cuba meyakinkan dengan meletakkan kesalahan tersebut pada orang lain. Lebih serius dahsyat lagi jika dia meletakkan kesilapan itu pada diri anda sendiri iaitu yang menjadi mangsanya. Dia tidak segan silu memberikan apa saja alasan bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu tanpa didorong atau dipengaruhi oleh orang lain ataupun anda sendiri.

12 – Suka memberi hadiah

Semalam dia memarahi anda dengan seteruk-teruknya tetapi hari ini dia meminta maaf dan menghadiahkan anda dengan barang-barang yang anda sukai. Dia mengandaikan yang dia boleh membeli jiwa hati anda dengan barang-barang hingga anda berasa serba salah dan tidak mahu memarahinya lagi atau terus saja memaafkannya. Lelaki pendera biasanya akan cuba menutup kesilapan mereka dengan mengaburi mata pasangan dengan cara begini.

13 – Hubungan kekeluargaan tidak rapat

Hubungannya dengan ahli keluarganya yang lain tidak rapat atau kurang mesra. Mereka mungkin telah mengecewakannya juga.

Lelaki pendera akan sentiasa memberi helah atau alasan untuk tidak menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan keluarga. Dia mungkin cuba untuk menghalang anda menghabiskan masa dengan mereka juga. Semakin dia boleh mengasingkan anda daripada orang lain, semakin kuat 'penguasaannya' terhadap anda.

14 – Mempunyai sejarah yang disembunyikan

Lelaki pendera biasanya enggan berkongsi sejarah perhubungan dengan bekas teman wanitanya. Dia mungkin mengelak dengan menceritakan yang buruk-buruk tentang mereka. Jika dia tidak segan silu memburuk-burukkan orang lain, bolehkan anda yakin yang anda tidak akan menjadi mangsa selanjutnya?

Dia juga mungkin pernah mengasari seseorang atau pun mendera diri sendiri. Pelaku biasanya mengulangi perbuatan mereka khususnya terhadap seseorang yang tidak melawan dan boleh dikawal. Lelaki yang pernah didera juga cenderung untuk menjadi pendera.

Tidak mustahil juga lelaki pendera pernah menghadapi masalah penyalahgunaan dadah atau alkohol.

15 – Seperti ada udang di sebalik mee

Lelaki pendera mempunyai sikap 'seperti ada udang di sebalik mee' kerana dia mengharapkan pulangan besar daripada 'pelaburan'nya. Dia mungkin nampak gembira untuk memenuhi keperluan dan keinginan anda sebagai keutamaannya, tetapi tidak lama kemudiannya dia mulai berkata, "Lihatlah semua yang saya lakukan untuk anda anda harus melakukan X, Y dan Z untuk saya..."



16 – Memberi peringatan seperti ancaman

Lelaki pendera sering mengingatkan anda akan kebaikan dirinya, kepentingannya dan betapa beruntungnya anda memilikinya. Walaupun dia mungkin juga mengakui bahawa dia berasa 'kalah' ketika dia merasa rendah diri kerana menginginkan anda kembali disampingnya

Jika anda mempunyai sebarang keraguan bahawa pasangan anda mungkin seorang pendera, jangan teragak-agak untuk mengundurkan diri daripadanya secara perlahan-lahan. Dengarlah nasihat daripada keluarga dan rakan-rakan yang boleh anda percaya. Jika anda tidak menyukai apa yang mereka katakan tentang dirinya dan anda cuba menidakkan nasihat mereka dengan mengatakan "Tapi kamu tidak mengerti" atau "Kamu tidak memahaminya" atau "Dia tidak seperti itu ...", besar kemungkinan anda tersasar dan mereka benar.

Berwaspadalah dengan kekerasan dan ancaman yang dilakukan oleh lelaki pendera. Perilaku sebegini tidak boleh diterima sama sekali. Adakah dia pernah terdorong untuk memukul atau mengasari anda atau orang lain secara terang-terangan? Apakah dia pernah melemparkan sesuatu pada anda ketika dia marah? Adakah dia pernah mengancam (acan-acan) untuk melakukannya? Apakah dia secara fizikal mengancam dengan orang lain? Apakah dia menumbuk dinding, pintu atau objek lain?

Cubalah selidik sejarah tingkah lakunya. Jika dia pernah terlibat dalam banyak perkelahian dengan orang lain, anda akan megetahi bahawa dia seorang yang keras dan tidak mustahil seorang pendera. Ini adalah tanda-tanda yang paling jelas bagi seorang pendera.

Demikian ciri-ciri lelaki pendera yang sempat dikongsikan untuk entry kali ini. Jika anda belum berkahwin dan masih dalam peringkat mengenali pasangan dan si dia mempunyai ciri-ciri yang tersenarai seperti di atas, maka masih belum terlambat untuk anda mengundurkan diri. Akan tetapi, jika sudah terlanjur mengahwini lelaki sebegini, maka berhati-hatilah. Jika diri anda dianiaya, jangan biarkan perkara buruk berlarutan. Kuatkan semangat dan buatlah laporan polis atau dapatkan bantuan daripada kaum keluarga.

Semoga bermanafaat

 


 


Monday, November 15, 2010

Kanak2 Cemerlang Tadika KDN

tersilap la pula print... ada "Bunga" KDN.. sepatutnya x dak bunga...
disebabkan tadika lain semua ada Bunga...sebab tue la ter"bunga" skali... antaranya tabika lain adalah..... Tabika KEMAS Bunga Tulip.. Bunga Kekwa.. Bunga Teratai... Bunga Raya... Bunga Kektus.. Bunga apa lgi ntah la.. x hingat dah...











beratue untuk amil sijil penyertaan tadika...


si kecik yg meragam2 dah...


persembahan PIDATO...





cayalah.. x dak kertas2 dah.. hafal sepenuhnya...





jenuh nak main2 ngan si Kecik nie...


aku tgh mkn nie... nyum3...


nasi tomato free...








kali nie bagi ayah pula naik pentas..








ramai juga org datang...














Tahun 2010 nie x de dapat No.1 ker No.2 Ker No.3....


Tahun nie dia bagi satu tadika cuma satu anugerah sahaja.. iaitu "Anugerah Pelajar Cemerlang"


dah x dak bajet kut.. entah la...


lagipun dia kombine semua (14 buah) Tadika KEMAS Parlimen Putrajaya di buat di Auditorium JAKIM, Putrajaya...


Pada 13 Nov 2010



Jam 7.30 pg...(ulangan 7.30 pg weiiii.. awaiii sungguhh...)


dan Ammar kena buat persembahan PIDATO bertajuk "Negara Malaysia Yangku Cintai"








Tuesday, November 9, 2010

FIRE FLY ke Sarawak??

terima kasih to FARAH.. sebab bagitau kat kakakmu ini new info..
akak dah booking dah... ke Serawak... 5 org (termasuk mak akak skali)..
berapa agak2 korang???...
ye murah jer... RM 0.01 seorg... campur aiport tax... seorg Rm18 pergi balik.. ok kan..
Ya Allah bagi la kelapangan kepada kami pada tarikh itu... AMIN....


2 Berita Gumbira..

ALHAMDULLILLAH... ALHAMDULLILLAH.. ALHAMDULLILLAH.....

syukur..... kepada Mu Ya ALLAH...

satu.... aku dah dapat surat conpom..

dua... Big Boss dapat PBU...

hehehheehe

Monday, November 8, 2010

I-City Shah Alam - Part 2

wah dah mcm kat paris pulok....






















tengok si budak kecik itew... sungguh sedap didukung org...
mmg pak long dia akan jadi mangsa utk dukung dia...



















buah hati saya

 

* ADIK*

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers


1.10.2011 - Lahir seorang puteri Nur Aisyah Syafiyah dgn tali pusat terbeli 2 kali dgn berat 3kg dan pjg 49cm. lilit kepala 32.5cm. biru semua muka kesan terbelit, jaundise 2 hari dah ok ada bg ubat,

10 hari timbang masih 3kg

16.10.2011 - start batuk jangkit drpd Along/ ayah

20 hari - berat naik 3.5kg

30 hari - berat 3.7kg, pjg 52.5cm, BMI 13.6

31.10.2011 - masuk ICU sebab batuk sampai biru muka tahan nafas.

16.12.2011 - 2 bln berat 5.8kg, pjg 60cm, BMI 16

26.1.2012 - 3 bln berat 6.7kg, pjg 62, BMI 17.4 lilit kepala 41cm

20.2.2012 - 4bln berat 7kg, pjg 63cm, BMI 18.3, UK 44cm, masuk walker boleh gerak keblkg dan depan

20.3.2012 - 5 bln berat 7.5kg, pjg 65cm, BMI 18.5 UK 44cm

20.4.2012 - 6 bln berat 8kg, pjg 65cm, BMI 18.3 UK 44.5cm, boleh meniarap, melentang, angkat dada, faham bile org marah, bla sebut bai-bai cepat2 nk ikut, pandai cari ibu apbila naik walker

7 1/2 bln - boleh duduk

8 bln - demam campak kecik2, boleh merangkak, tumbuh 2 btg gigi bawah

10.6.2012 - tumbuh gigi bawah 2 btg

8.7.2012 - bersunat di Klinik Latifah

11.7.2012 - 8 bln, boleh berdiri sendiri, sudah boleh mkn mcm2,

19.8.2012 - boleh berjalan byk tapak masa raya,dan boleh bunyi 'angah' 'mama' 'ayah'

1.9.2012 - 11 bulan cekap berjalan dan suka pergi ke pintu nk kuar, ke CH dan Hat yai masa raya

Sample Text

Sample Text

BERSIHKANLAH HATI KAMI
KUATKANLAH IMAN KAMI

MURAHKANLAH REZEKI KAMI
JAUHILAH KAMI DARI BENCANA
There was an error in this gadget

* ALONG *

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers 09.03.2004 - Lahir puteraku, berat 3.05kg, pjg 51cm. 09.06.2004 (3 bln) - First time meniarap... sekali jer pastu 4 bulan baru meniarap terus... 09.10.2004 (7 bln) - start tumbuh gigi... xx.12.2004 - dpt demam sekam(tompok merah2 seluruh bdn)... xx.02.2005 - First time naik flight ke Langkawi... 09.03.2005 (1 th) - First time jln lepas tgn di rumah Asoka, masa tue aku tgh lipas baju terus terlepas baju2 nk sambut dia jln ke arah aku... xx.06.2005 - Pindah ke Blok Mawar 28.08.2005 - Berjalan ke Kelantan n Terengganu - kenduri Suria... xx.03.2006 (2 thn) - Start bercakap.. walaupun bahasa Perancis... xx.03.2006 (2 thn) - Start x pakai pampers.. 2006 - dah 5 kali ke Cameron Highland sebab dok kat Tapah xx.08.2006 - dapat Basikal pertama... 09.03.2007 - Hepi besday yang ke 3 tahun sayang... 01.06.2007 - Pindah ke Putrajaya... Ibu dpt kerja kat sana.. 24.10.2007 - kena demam campak (chicken pox) Umur 3 tahun dah pandai tulis nama sendiri (AMMAR, hafal ABC, 123-> 20, hari, waktu solat, alif ba ta.., doa mkn, doa tidor Umur 3 tahun setengah - sgt pandai cakap sejak tengok 611, boleh hafal warna dlm bahasa melayu dan translate ke English Umur 4 thn - mengenal semua huruf A-Z, a-z, kira 1-100, Umur 4 thn 2 bln - boleh baca 2 suku kata, BUKU, SAYA BOLA, suka main game hp/ computer Umur 5 thn - wakil tadika pertandingan silat dan persembahan menari, dpt anugerah Pelajar Cemerlang Tabika KEMAS dan dapat No.1 Umur 6 thn - Wakil Pidato Peringkat TABIKA KEMAS dapat No 1, Wakil Pidato Peringkat Parlimen Putrajaya dapat No 3 (Negara Malaysia Yang ku Cintai), masuk pertandingan membaca, pertandingan mewarna, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang, start buat Math 28+32...41-29... Darjah 1 di Sek. Keb Minden Height.. 1 Zamrud Umur 7 tahun - sdg memahirkan diri in English, suka baca word English.. kalau salah pun tetap akan sebut dan akan tanya kita... balik sekolah ptg main basikal dan terus nk wat homework... kalau x dak homework tetap akan baca/tulis/lukis/warna...x sempat nk mandi dah... dah pandai berdikari di rumah sorang2 kalau ayah ada kelas... mandi, makan, pakai baju sekolah sendiri... basuh kasut sekolah sendiri... hari2 nk mandikan adik... suka main buih sabun tiup buat belon ngan adik.. dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A Umur 8 Tahun - SKMH 2 Zamrud, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A juga.. lancar baca JAwi.. baca IQRA 4 pd bln 9, boleh baca Al Quran agak lancar...

* ANGAH *

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers 26.09.2008 - Lahir Puteriku berat 2.50kg, 49cm pjg.. Jam 12.40tghari, Jumaat, di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra, Kedah... Hari ke-6 - Kena tahan Wad 2 hari sebab jaundise tinggi 350 bacaan.. dibawah lampu biru 3 biji... hari ke-10 - Timbang berat turun 2.3kg... Hari ke-14 - Kena amik darah banyak utk experimen sebab kuning... Hari ke-20 - Timbang berat naik 2.4kg... 24 hari masih kena kuning... prolong jaundise Hari ke-30 - Badan start naik 2.8kg... 2 bln - Berat naik 3.5kg... pandai senyum, pandang bola merah, 3 bln - Berat 5.5kg.. pandai ckp haaa... gigigigi..., hantar pengasuh kak su 2 minggu je badan susut sebab kurang jagaan dan susu... terus minta Acu tolong jaga.. 4 bln - Berat 7.5kg... boleh meniarap, first time tido di Hotel Sri Malaysia, mandi kolam, sudah mula angkat badan nk duduk..start mkn nestum, bubur nasi... 5 bln - First time picnic kat Bagan Lalang dr 8am - 5pm, bergambar ngan kuda.... 6 bln - Berat 8.0kg, boleh golek2, bercuti di Marina Cove ikut ibu berkursus.. 7 bln - Berat 8.5kg, boleh duduk, kenal orang terutama ibu, ayah, along, acu, nk main x mau tido, suka org agah2 akan gelak besar.. 8 bln - berat naik byk 8.9kg.. boleh angkat badan utk merangkak, x mau mkn...hanya minum susu saja...kalau mkn akan muntah sehabisnya... 8 bln 14 hari - Pandai angkat tangan kalau org ckp "babai".. mak tuk ajar.. 9 bln - Start pegang botol sendiri, tumbuh gigi 4 btg terus,tumbuh gigi bawah dulu, bangun sediri dan meniti tepi sofa, berani jln pegang tangan sebelah 10 bln - Faham arahan, berjalan 2-3 tapak tanpa bantuan, suka buli Irin... 11 bln - Dah pandai berjalan tanpa bantuan... 26.09.2010 - Genap umur 1 tahun.. sambut besday di rumah Presint 9, Putrajaya.. 03.12.2010 - Start hantar sekolah kat taska PERMATA... 2bln asyik menangis.. x serasi... mak tok tolong jaga 2 minggu baru ok ke sekolah... 1 thn 2bln - rapat ngan cikgu Bella, mkn sikit2 kat sekolah, masih belum berkawan.. hari2 duduk atas cikgu time nk amik balik sekolah.. sgt manja ngan cikgu... 1 thn 5 bln - baru mula berkawan..nama kwn kiki, baby muiz... dlm buku laporan harian, menari, dgr cerita, tengok tv, main bola, menyanyi... 1 thn setengah - ckp mik yg hujung2 ja IBU-> bu, AYAH -> yah, ALONG -> yong... xx.07.2010 - Bercuti di Bagan Lalang terjatuh dan gigi atas patah... xx.10.2010 - gigi start buruk 1 tahun 8 bulan - First time naik flight ke Sabah... 2 thn - Hapi besday...sambut kat Presint 11, Putrajaya...suka baby.. pantang jumpa baby akan lari dan sentuh baby tersebut x kira dimana2 saja... 3.1.2011 - Start sekolah baru kat Taska Cahaya Mata, Penang, first time pergi ok jer... cuma x faham cikgu ckp loghat Penang.. diam jer kat sekolah... tapi balik umah akan pot pet2 sampai tertido... 3.2.2011 - sebulan dah sekolah kalau tanya mkn apa kat sekolah... hari2 akan jawab nasi goreng, nasi lemak, telur, ayam, sayur... sambil buat mimik muka/mata... 28.02.2011 - boleh ckp agak lancar ada sebutan yang masih kurang jelas, huruf 'L' bunyi 'Y', 'k'k bunyi 'T', 'R' bunyi 'y'..., membahasakan diri 'adik', pandai buat lawak/main2 ngan org cth (sayang ayah jer x sayang ibu)... suka main air mandi basuh tangan... dah start nk kencing di bilik air... sangat manja... suka nyanyi dan dgr lagu 'insyaallah'... tadika di Cahayamata Minden Height dgn Cikgu Zah.. 3 tahun - masuk tadika Hadanah, pandai baca ABC, 123 dan doa2, suka ckp diri sendiri cantik dan sgt marah kalau org ckp 'Angah x cantik'...sudah pandai berdikari, berak kencing x pakai pampers, sudah mula mkn nasi dan sayur, 3 1/2 thn - boleh tulis nama sendiri, kenal dan boleh tulis abc dan 123, x pakai pampers tido mlm..