Social Icons

Pages

Saturday, December 10, 2011

Baby Aisyah







Progress baby Aisyah skang dah pandai isap tangan...

jari x pandai lagi...

tapi satu penumpuk dia nk jilat dan isap..

sungguh excellent sampai basah sarung tangan...

dan paling excellent tgn kanan saja yg diisap.


sungguh sedap yer....

kejap kang ibu ikat tangan dia....

dah pandai menangis manja2 gitu...

menangis sakit..

menangis lapar...

haihhhh syiok juga ada anak kecik nie kan..

sgt terhibur dengan telatah mereka....

suka3....





Gambar @ Bukit Bendera

Akhirnya dapat juga ke sini walaupun dah byk kali delayed... dan bermcm2 dugaan utk naik ke sini... nie pun kena Q pjg juga./. ghamai sunggoh arg ke sini..






kebetulan adik2 aku datang umah aku ajak diorg pergi..

last time masa aku dlm pantang mak dan kakak dah pergi... Big Boss dah bawa diorg pergi..

so, this is me and aisyah turn....



tapi ammar dan ammirah still ikut...




Big Boss yg take this pic.. so dia x dak dlm pic nie...



















beratur beli tiket









ngan teh.. adik aku



mak, ammirah, aku, izzah, kuyah, teh











my latest family picture





Tuesday, November 29, 2011

RENUNGAN : Baik hati vs murah hati

dah lama x updated blog... sebab saya sangat2 sibuk.. sebab sibuk...
1) nk ulik baby kesayangan lagi.. nama pun baby.. so attention mmg kena bagi 100%... kalau tak takut la apa2 perkara yang tak diingini berlaku pula kan...
2) sungguh banyak assignment loh.. tue la dah lapang2 kepala nk diserabutkan... kan dah x dak masa nk updated blog.. nie pun sambil buat assg sambil updated sket2 blog..
3) kerja rumah yg menimbun..(baju dah bertambah lagi nk mendobi kena asing2 baju baby... nk melipat... nk mengemas... fuh dah tambah lagi masa utk pakaian 5 org skan nie..)
4) cuti sekolah dsah bermula... so, kena jaga 3 org kat umah... mau x sempat semanya...
5) anak2 masuk dan kuar ward... aisyah seminggu kat sepital.. sambung ngan ammar pula baru lepas kuar ward operate tonsile... lepas nie nk berkhatan pula... fuhh.. mmg tahun nie penuh ngan pengisian masa ...
 
jom baca cerita bawah nie... nanti aku updated "HARI KELUARGA JKKP PP" .."IMPIAN KE BUKIT BENDERA YG DAH CAPAI" " KISAH BABY AISYAH YG DAH MEMBULAT DGN JAYANYA"... 
 

 

Baik hati vs murah hati



Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Menurut kamus Dewan, baik bermaksud sesuatu yang sinonim dengan berfaedah iaitu elok, bagus, berguna, menguntungkan dan berantonim atau berlawanan dengan merugikan. Manakala baik hati pula bermaksud suka menolong dan membuat kebajikan, mudah simpati dan pengasih. Murah bersinonim dengan rendah iaitu menjunam, turun, merosot, meleset dan berantonim dengan mahal. Murah hati pula bermaksud suka memberi, tidak kedekut, pengasih dan penyayang.

Jika diteliti, baik hati dan murah hati mempunyai takrifan yang hampir sama, tetapi sedarkah anda, baik hati dan murah hati adalah dua perkara yang tidak sama, walaupun kita sering menganggapnya sama.

Kita suka berbuat baik dan itulah juga yang diasuh dalam agama kita. Kita mudah kasihan dan cukup sensitif atas kesusahan orang lain. Itu juga merupakan satu sikap terpuji yang perlu kita semai dan bawa sepanjang hayat. Tetapi mungkin ada di antara kita yang pada awalnya ikhlas menolong, namun akhirnya sakit hati lalu hilang keikhlasan yang dulunya tebal. Hal inilah yang membezakan murah hati dan baik hati.

Baik hati

Kita layak dipanggil baik hati jika kita ringan tulang, kita rajin membantu mana yang perlu. Kita membantu seupaya kita. Seandainya seseorang itu datang kepada kita dan kita pada waktu itu berkemampuan, maka kita membantunya seadanya. Kita membantunya dengan penuh rasa ingin membantunya tanpa mengharapkan apa-apa timbal balas atas bantuan yang dihulur. Kita akan berasa puas seandainya bantuan kita itu dapat menyenangkan orang yang kita tolong. Inilah satu sikap yang kian luput dalam diri masyarakat moden pada hari ini. Sikap ini perlu ditanam kembali pada diri kita serta generasi mendatang agar hilang sikap pentingkan diri sendiri.

Murah hati

Namun dalam pada itu ada juga satu sikap yang perlu kita hindari kerana ia kelihatan baik, tetapi tanpa sedar, ia memakan diri sendiri. Jika dilihat secara luaran, ia sama seperti baik hati namun jika dinilai secara keseluruhan, ia bukan baik hati tetapi murah hati. Akibat dari murah hati ini, selalunya adalah makan hati. Kita cukup mudah membantu orang lain atas dasar kasihan, walaupun ia baik, perbezaan dengan baik hati adalah di mana orang yang baik hati akan melihat kemampuan untuk menolong serta impaknya terhadap dirinya.

Contohnya kita membantu orang yang kita sudah tahu akan menyusahkan kita kembali dengan perbuatannya. Kita juga mungkin pernah alami di mana kita kasihan dengan masalah yang dihadapi seseorang itu, lalu kita membantunya. Namun apabila dia sudah dibantu, kita mula makan hati dengan perbuatannya.

Inilah akibat murah hati. Kadangkala kita korbankan apa yang kita ada untuk membantu orang, sedangkan kita tahu yang kita juga memerlukan perkara itu di kemudian hari kelak. Namun disebabkan ingin membantu kerana kita rasa kita tidak memerlukannya sekarang, kita akan mula hilang keikhlasan apabila kita memerlukannya tetapi kita sudah tidak mempunyainya lagi dan kita pula terpaksa meminta pertolongan orang lain pula. Lebih buruk apabila pertolongan yang diharapkan itu tidak kunjung tiba.

Murah hati sering kali berakhir begini bahkan ianya sering juga menyebabkan rumahtangga goyah akibat kepincangan yang berlaku. Ada peribahasa yang berbunyi 'bagai bertanak di kuali' yang membawa maksud, terlalu murah hati sehingga binasa kerananya.

Bantulah, tetapi jangan sampai menjeruk rasa

Kita sentiasa boleh untuk bersikap baik hati tetapi bukan murah hati. Kita setiasa boleh membantu tetapi bukan membantu hingga menjeruk rasa. Kita sentiasa boleh kasihan tetapi ia tidak bermakna kita perlu berkorban hingga terkorban. Hal murah hati ini sering berlaku dalam keluarga sendiri. Kita kadang kala terpaksa membantu kaum keluarga tetapi kita juga sudah tahu sejarahnya dan kita juga sudah tahu tahap kemampuan yang kita mampu lakukan. Tetapi disebabkan kononnya kaum keluarga, kita teruskan dan seperti mana yang dijangkakan akhirnya kekecewaan berlaku. Apabila kekecewaan berlaku, kita sering mengungkit apa yang telah disalurkan. Bukankah ia sudah menghilangkan lebih banyak ganjaran dan keikhlasan?

Kita perlu tahu untuk menilai tahap bantuan yang mampu kita salurkan dan ia tidak menyusahkan kita. Kita tidak boleh menganggap yang kita sentiasa berada pada tahap yang baik dan berbelanja sesuka hati. Kita perlu mendahulukan keperluan diri. Mendahulukan keperluan diri bukan bererti kita seorang yang mementingkan diri sendiri. Jika kita pentingkan diri sendiri, kita tidak perlu memikirkan orang lain tetapi dahulukan diri sendiri bermaksud kita memikirkan diri kita dan seandainya kita sudah selesai keperluan tersebut, barulah ianya boleh disalurkan kepada yang lain, bukan sebaliknya.

Kadang kala kita tidak perasan yang orang baik hati lebih dihormati dan disegani dari orang yang murah hati. Orang yang baik hati akan terpancar karismanya dan orang akan datang kepadanya apabila benar-benar memerlukan. Tetapi orang yang murah hati sering kali dipergunakan oleh orang lain kerana sikap mudah kasihan yang tidak bertempat. Orang yang murah hati akan dilihat sebagai orang tidak berpendirian, justeru cukup mudah untuk diminta pertolongan walaupun ia tidak perlu. Tambahan lagi, sikap murah hati ini secara tidak langung melatih orang yang dibantu itu untuk menjadi lebih malas kerana bantuan yang diberikan itu bukan bantuan yang benar-benar perlu.

Tibalah masanya sekarang untuk kita memilih satu jalan yang jelas dalam hidup sama ada mahu menjadi orang yang baik hati dan sentiasa terawat hatinya atau menjadi orang yang mudah hati yang merosakkan jiwanya untuk jangka masa panjang. Kita perlu membantu orang lain, tetapi bantulah dengan hati yang baik, bukan hati yang murah.

Mudah-mudahan dengan keikhlasan hati, hidup kita lebih diberkati-Nya. Amiin.

Sumber : Ðr Azhar Sarip di MW#1448

--
~ 睡眠不足のママ ~
http://laman-seri.blogspot.com
http://little-kiosk.blogspot.com
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

__._,_.___
Recent Activity:
Bahan diatas disiarkan di Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
====================================================================
Web Rasmi SIM di http://www.sim.org.my |Koperasi SIM http://www.kosim.com.my
====================================================================
Group SIM ini adalah Yahoo Group Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) terbuka kepada semua yang aktif dan interaktif disemua peringkat umur. SIM percaya bahawa berkomunikasi secara interaktif dan terkawal melalui saluran ICT boleh mengeratkan silaturahim serta memberikan banyak faedah kepada individu dan kumpulan tanpa terikat dengan mana-mana pengaruh parti politik, badan komersial atau aliran fahaman serta kepercayaan. Namun SIM percaya bahawa nilai-nilai yang baik dan murni akan dapat diterima oleh semua pihak.

=========== MARI BANTU MEMBANTU SESAMA KITA =====================

Yahoo Group SIM juga telah berjaya menubuhkan Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia (KOSIM) , projek keusahawanan sosial Mangkuk Tingkat, program Kerja Dari Rumah (KDR) dan juga misi bantuan serta perubatan dibawah beberapa pertubuhan dan yayasan. SIM sekali lagi menempah sejarah apabila menubuhkan SIMCare iaitu sebuah pertubuhan bagi membantu sesama insan dalam sebarang bentuk diperlukan. Sertai SIMCare di http://www.simcare.org.my

=================== DISCLAIMER ============================
Group SIM tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.

Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di SIM tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik SIM melainkan jika dinyatakan sedemikian.

FACEBOOK SIM INTERAKTIF : http://www.facebook.com/pages/Sahabat-Interaktif-Malaysia/164360919526?ref=n
.

__,_._,___


Tuesday, November 15, 2011

kisah 2 beradik nie

lama x cerita perihal 2 beradik nie..

almaklumlah si ibu skang sgt2 bz...


so, nie ada la skit gambar terbaru diorng berdua nie..

kat pantai QB...


Si Ammar baru habis exam... hadiah x dak.. semua dah dpt masa first sem..

so, utk akhir tahun x dak dah la... (sib baik dpt juga hadiah hari tue..)

Sabtu nie kena buat juga operation tonsile tue sebab air dlm telinga dia still x kuar2..

so, doktor takut gegendang pecah doc suggest suh operation juga...


so, kitaorng setuju jer la... walaupun dia mcm biasa sajor.

tapi takut gegendang pecah risau juga kan...


lepas operation nie dia kena standby utk berkhatan pula.,..

byk sungguh agenda anak2 nie...


si mira pula ngan ragam dia...

pantang aku buat apa kat baby semua kena buat kat dia...

nk mandi dlm besen baby.. nk pakai pampers baby??? haru...

nak pakai minyak telon baby.. apa yg baby puna dia nk juga....


fuhh jenuh melayan dia...

tapi kalau aku ke dapur. cepat2 dia take over as a mother pada baby..

lagi la haru..

dia angkat baby nk riba mcm aku buat..'

nk dukung.. nk peluk mcm aku buat..

waaaaa susah2...


dia selalu tanya aku...

" nie mama baby ker?"

"sapa ibu baby nie"?

"boleh tak angah nk jadi ibu baby nie?"


siap boleh ckp ngan baby " esok ibu pegi work, ayah ke class, along ke school... baby duduk ngan angah... kita duduk 2 org kat umah... mcmana tue???


haiiyoooo Ammar dulu x dak nk kisah pun apa kita dok buat ngan baby...

si mira nie tunggu dan tengok satu2 apa yg kita buat kat baby...


pastu siap ikut lagi dan dia nk buat.. samapaikan nk pakaikan baby pampers pun dia nk buat... susu botol pun dia yg bancuhkan....


mak feninggggg.....





















Tuesday, November 8, 2011

Keluar wad kemaruk susu

lepas kuar ward betul2 dia rembat susu kaw2 punya...

sekali minum susu dah 4.5 oz.. sepatutnya umur dia baru 2-3 oz saja...


mungkin sebab dia kena posa satu mlm terus kemaruk susu..

dr. nk buat diagnosis so, kena la posa...

sian sgt baby masa tue...


tapi skang kitaorg susah hati pula tengok dia minum susu x kenyang2...

takut perut pecah pula kang...





nie budak lapar susu... nangis sekuat2nya.. dpt susu terus senyap...







bulat tak pipi saya???








Gambar Raya Haji 2011

raya kali nie x dak sedondon2...

sebab last minute baby baru kuar hospital...


so, persiapan ala kadar saja...

mlm raya sempat juga terjah QueensBay Mall jln2 kat JUSCO...

rembat juga baju baby.. 5-6 pasang...

sebab ada hari J card... ok la byk diskaun dapat..


so, raya kali nie kaum hawa baju pink..

kaum adam baju putih....


hikhikhik...








org dlm pantang yg x sedor diri..

nk juga menyolek2...



raya kan.. mestila nk cantex... x kan nk pakai kain batik kan...





suka sgt gambo nie sebab baby pandang kamera....










Cukur rambut Aisyah













inilah tok bidan yang cukur rambut Aisyah....
merangkap ayahanda tercinta..










Selamat Hari Raya Aidil Adha


Salam hari raya semua..

ini adalah raya pertama buat saya.. walaupun raya haji... namun ianya tetap bermakna..


sehari sebelum raya baru saya kuar wad... saya sakit batuk konkol.. (Dr. ckp batul konkol)

sian kat saya taw... ibu saya lagi la sedey... dlm pantang lagi dah kena duduk wad nk jaga saya...

5 hari saya di wad.. dan sehari di ICU.. huhuhuhu..... sgt2 sedey...


dr. ckp batuk konkol jie berjangkit... so, kami duduk wad yg dikuarantin...

saya dapat batuk ni dari along saya..

dia batuk2.. pastu dia kiss2 saya.. sebab tue saya pun dapat batuk nie..


saya belum lagi dapat imunisasi yg sebulan yg utk batuk konkol nie la....

Alhamdullillah... sekarang saya dah byk sihat... dah kurang batuk dah...


ibu dan ayah bawa saya pergi beli baju raya...

terima kasih ibu dan ayah...


jadi dapatlah saya beraya ngan baju baru...


sayang ibu... sayang ayah...


kui...kui...kui...kui....


from,

Nur Aisyah Syafiyah





Thursday, October 20, 2011

20 Hari dah..

sungguh la lama rasanya kali nie berpantang...


dah start boring mkn nasi 2 kali sehari...


mkn biskut kering... huhuhuhu...


bila pk nk kurus... ok la...telan jer la... walaupun tekak nie dah mula mintamee goreng...


pizza... mcd...waaaahhh tekak org dlm pantang.... hebat kan...


itu perkembangan aku..


baby Aisyah ok sihat... kuning dah habis terus... 3 kali ke klinik... x masuk ward...


muka semua dah normal...


Alhamdullillah...


nnti sambung lagi nk menetek jap..





Friday, October 14, 2011

NUR AISYAH SYAFIYAH

SALAM OKTOBER..


Tanggal 1 Oktober 2011 lahirlah seorang Puteri dlm family kami...


NUR AISYAH SYAFIYAH.... sedap tak nam tue..

sebenarnya kami dah kekeringan idea nk letak nama apa...


NUR = CAHAYA

AISYAH = YANG HIDUP BAHAGIA

SYAFIYAH = PENAWAR/UBAT


kalau ikut duedate 14 Oktober.. terawal 2 minggu lababy nie kuar...


byk kisah disebalik pregnant kali nie...


masa 7 bln dokto ada ckp baby songsang kejap melintang...

tup2 masa checkup 8 bln misi ckp dah x songsang...


tup2 masa masuk 9 bln dia pusing balik... melintang...

dah..... tak pasai2 aku kena admit kat sepital 3 hari... doktor takut aku sakit nk bersalin..


alih2 x sakit laks... dia suh balik rehat kat umah...

dah dpt mc 13 hari... ok la mc gov kira ok la kan...


kuar sepital aku cari juga air penawar bagi baby pusing balik...

dlm seminggu tue dengan kuasa Allah Alhamdullillah... baby pusing...


pastu aku sakit2 mlm 30 Sept tu... esoknya pergi check kat Putra Medical Centre (PMC) kat Alor Setar, Kedah (dari Penang ke Kedah 2 jam)... sampai PMC dah buka 4cm..

terus admit... kol 11am masuk labor room... kol 2.30pm bersalin...


Alhamdullillah... selamat juga bersalin secara normal... syukur kehadratmu ya Allah...

baby pun selamat.. cuma tali pusat dah terbelit 2 kali...

habis lebam muka dia....


jom tengok baby dari day 1 sampai hari nie day 14....






permata hatiku...

ALHAMDULLILLAH... dah 3 amanah yang Allah kurniakan....

harap kami dapat mendidik/menjaga mereka dengan sempurna hendakNya....



HARI PERTAMA



HARI KE-2




HARI KE-3




HARI KE-4



HARI KE-5




HARI KE-6




HARI KE-7



HARI KE-8




HARI KE-9





HARI KE-10




HARI KE-11




HARI KE-12




HARI KE-13





HARI KE-14

muka dia kurang lebam kan...

kesian kat dia....




























































































































buah hati saya

 

* ADIK*

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers


1.10.2011 - Lahir seorang puteri Nur Aisyah Syafiyah dgn tali pusat terbeli 2 kali dgn berat 3kg dan pjg 49cm. lilit kepala 32.5cm. biru semua muka kesan terbelit, jaundise 2 hari dah ok ada bg ubat,

10 hari timbang masih 3kg

16.10.2011 - start batuk jangkit drpd Along/ ayah

20 hari - berat naik 3.5kg

30 hari - berat 3.7kg, pjg 52.5cm, BMI 13.6

31.10.2011 - masuk ICU sebab batuk sampai biru muka tahan nafas.

16.12.2011 - 2 bln berat 5.8kg, pjg 60cm, BMI 16

26.1.2012 - 3 bln berat 6.7kg, pjg 62, BMI 17.4 lilit kepala 41cm

20.2.2012 - 4bln berat 7kg, pjg 63cm, BMI 18.3, UK 44cm, masuk walker boleh gerak keblkg dan depan

20.3.2012 - 5 bln berat 7.5kg, pjg 65cm, BMI 18.5 UK 44cm

20.4.2012 - 6 bln berat 8kg, pjg 65cm, BMI 18.3 UK 44.5cm, boleh meniarap, melentang, angkat dada, faham bile org marah, bla sebut bai-bai cepat2 nk ikut, pandai cari ibu apbila naik walker

7 1/2 bln - boleh duduk

8 bln - demam campak kecik2, boleh merangkak, tumbuh 2 btg gigi bawah

10.6.2012 - tumbuh gigi bawah 2 btg

8.7.2012 - bersunat di Klinik Latifah

11.7.2012 - 8 bln, boleh berdiri sendiri, sudah boleh mkn mcm2,

19.8.2012 - boleh berjalan byk tapak masa raya,dan boleh bunyi 'angah' 'mama' 'ayah'

1.9.2012 - 11 bulan cekap berjalan dan suka pergi ke pintu nk kuar, ke CH dan Hat yai masa raya

Sample Text

Sample Text

BERSIHKANLAH HATI KAMI
KUATKANLAH IMAN KAMI

MURAHKANLAH REZEKI KAMI
JAUHILAH KAMI DARI BENCANA
There was an error in this gadget

* ALONG *

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers 09.03.2004 - Lahir puteraku, berat 3.05kg, pjg 51cm. 09.06.2004 (3 bln) - First time meniarap... sekali jer pastu 4 bulan baru meniarap terus... 09.10.2004 (7 bln) - start tumbuh gigi... xx.12.2004 - dpt demam sekam(tompok merah2 seluruh bdn)... xx.02.2005 - First time naik flight ke Langkawi... 09.03.2005 (1 th) - First time jln lepas tgn di rumah Asoka, masa tue aku tgh lipas baju terus terlepas baju2 nk sambut dia jln ke arah aku... xx.06.2005 - Pindah ke Blok Mawar 28.08.2005 - Berjalan ke Kelantan n Terengganu - kenduri Suria... xx.03.2006 (2 thn) - Start bercakap.. walaupun bahasa Perancis... xx.03.2006 (2 thn) - Start x pakai pampers.. 2006 - dah 5 kali ke Cameron Highland sebab dok kat Tapah xx.08.2006 - dapat Basikal pertama... 09.03.2007 - Hepi besday yang ke 3 tahun sayang... 01.06.2007 - Pindah ke Putrajaya... Ibu dpt kerja kat sana.. 24.10.2007 - kena demam campak (chicken pox) Umur 3 tahun dah pandai tulis nama sendiri (AMMAR, hafal ABC, 123-> 20, hari, waktu solat, alif ba ta.., doa mkn, doa tidor Umur 3 tahun setengah - sgt pandai cakap sejak tengok 611, boleh hafal warna dlm bahasa melayu dan translate ke English Umur 4 thn - mengenal semua huruf A-Z, a-z, kira 1-100, Umur 4 thn 2 bln - boleh baca 2 suku kata, BUKU, SAYA BOLA, suka main game hp/ computer Umur 5 thn - wakil tadika pertandingan silat dan persembahan menari, dpt anugerah Pelajar Cemerlang Tabika KEMAS dan dapat No.1 Umur 6 thn - Wakil Pidato Peringkat TABIKA KEMAS dapat No 1, Wakil Pidato Peringkat Parlimen Putrajaya dapat No 3 (Negara Malaysia Yang ku Cintai), masuk pertandingan membaca, pertandingan mewarna, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang, start buat Math 28+32...41-29... Darjah 1 di Sek. Keb Minden Height.. 1 Zamrud Umur 7 tahun - sdg memahirkan diri in English, suka baca word English.. kalau salah pun tetap akan sebut dan akan tanya kita... balik sekolah ptg main basikal dan terus nk wat homework... kalau x dak homework tetap akan baca/tulis/lukis/warna...x sempat nk mandi dah... dah pandai berdikari di rumah sorang2 kalau ayah ada kelas... mandi, makan, pakai baju sekolah sendiri... basuh kasut sekolah sendiri... hari2 nk mandikan adik... suka main buih sabun tiup buat belon ngan adik.. dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A Umur 8 Tahun - SKMH 2 Zamrud, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A juga.. lancar baca JAwi.. baca IQRA 4 pd bln 9, boleh baca Al Quran agak lancar...

* ANGAH *

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers 26.09.2008 - Lahir Puteriku berat 2.50kg, 49cm pjg.. Jam 12.40tghari, Jumaat, di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra, Kedah... Hari ke-6 - Kena tahan Wad 2 hari sebab jaundise tinggi 350 bacaan.. dibawah lampu biru 3 biji... hari ke-10 - Timbang berat turun 2.3kg... Hari ke-14 - Kena amik darah banyak utk experimen sebab kuning... Hari ke-20 - Timbang berat naik 2.4kg... 24 hari masih kena kuning... prolong jaundise Hari ke-30 - Badan start naik 2.8kg... 2 bln - Berat naik 3.5kg... pandai senyum, pandang bola merah, 3 bln - Berat 5.5kg.. pandai ckp haaa... gigigigi..., hantar pengasuh kak su 2 minggu je badan susut sebab kurang jagaan dan susu... terus minta Acu tolong jaga.. 4 bln - Berat 7.5kg... boleh meniarap, first time tido di Hotel Sri Malaysia, mandi kolam, sudah mula angkat badan nk duduk..start mkn nestum, bubur nasi... 5 bln - First time picnic kat Bagan Lalang dr 8am - 5pm, bergambar ngan kuda.... 6 bln - Berat 8.0kg, boleh golek2, bercuti di Marina Cove ikut ibu berkursus.. 7 bln - Berat 8.5kg, boleh duduk, kenal orang terutama ibu, ayah, along, acu, nk main x mau tido, suka org agah2 akan gelak besar.. 8 bln - berat naik byk 8.9kg.. boleh angkat badan utk merangkak, x mau mkn...hanya minum susu saja...kalau mkn akan muntah sehabisnya... 8 bln 14 hari - Pandai angkat tangan kalau org ckp "babai".. mak tuk ajar.. 9 bln - Start pegang botol sendiri, tumbuh gigi 4 btg terus,tumbuh gigi bawah dulu, bangun sediri dan meniti tepi sofa, berani jln pegang tangan sebelah 10 bln - Faham arahan, berjalan 2-3 tapak tanpa bantuan, suka buli Irin... 11 bln - Dah pandai berjalan tanpa bantuan... 26.09.2010 - Genap umur 1 tahun.. sambut besday di rumah Presint 9, Putrajaya.. 03.12.2010 - Start hantar sekolah kat taska PERMATA... 2bln asyik menangis.. x serasi... mak tok tolong jaga 2 minggu baru ok ke sekolah... 1 thn 2bln - rapat ngan cikgu Bella, mkn sikit2 kat sekolah, masih belum berkawan.. hari2 duduk atas cikgu time nk amik balik sekolah.. sgt manja ngan cikgu... 1 thn 5 bln - baru mula berkawan..nama kwn kiki, baby muiz... dlm buku laporan harian, menari, dgr cerita, tengok tv, main bola, menyanyi... 1 thn setengah - ckp mik yg hujung2 ja IBU-> bu, AYAH -> yah, ALONG -> yong... xx.07.2010 - Bercuti di Bagan Lalang terjatuh dan gigi atas patah... xx.10.2010 - gigi start buruk 1 tahun 8 bulan - First time naik flight ke Sabah... 2 thn - Hapi besday...sambut kat Presint 11, Putrajaya...suka baby.. pantang jumpa baby akan lari dan sentuh baby tersebut x kira dimana2 saja... 3.1.2011 - Start sekolah baru kat Taska Cahaya Mata, Penang, first time pergi ok jer... cuma x faham cikgu ckp loghat Penang.. diam jer kat sekolah... tapi balik umah akan pot pet2 sampai tertido... 3.2.2011 - sebulan dah sekolah kalau tanya mkn apa kat sekolah... hari2 akan jawab nasi goreng, nasi lemak, telur, ayam, sayur... sambil buat mimik muka/mata... 28.02.2011 - boleh ckp agak lancar ada sebutan yang masih kurang jelas, huruf 'L' bunyi 'Y', 'k'k bunyi 'T', 'R' bunyi 'y'..., membahasakan diri 'adik', pandai buat lawak/main2 ngan org cth (sayang ayah jer x sayang ibu)... suka main air mandi basuh tangan... dah start nk kencing di bilik air... sangat manja... suka nyanyi dan dgr lagu 'insyaallah'... tadika di Cahayamata Minden Height dgn Cikgu Zah.. 3 tahun - masuk tadika Hadanah, pandai baca ABC, 123 dan doa2, suka ckp diri sendiri cantik dan sgt marah kalau org ckp 'Angah x cantik'...sudah pandai berdikari, berak kencing x pakai pampers, sudah mula mkn nasi dan sayur, 3 1/2 thn - boleh tulis nama sendiri, kenal dan boleh tulis abc dan 123, x pakai pampers tido mlm..