Social Icons

Pages

Wednesday, February 29, 2012

Selamat Tahun Lompat

Assalamualaikum...
haa... tajuk aku best tak?... nape yer org panggil tahun lompat??
sebab 4 thn skali baru dia lompat... dia x jln?? dia x lari?? dia terus lompat???

ntah la x sempat nk google nape begitu...
apapun Selamat Hari Lahir kepada yg lahir pada tarikh ini 29 Februari... tahun bila pun x kisah la kan... semoga sihat selalu...

bersembang pasai sihat nie.... aku selalu berdoa kepadaNYA agar aku sekeluarga sihat selalu...
kalau kita sihat alhamdullillah.... semua kerja dan aktiviti kita seharian akan berjalan dengan lancar...
semua brmula dengan sihat...

pagi2 tadi aku check tahap kesihatan ngan nurse kat tempat kerja aku nie... si Linda namanya...
semua ok.... berat aku 47.5kg??? mcm x cayer jer... sebab last 2 day aku ada timbang kat Tesco yg masukkan 20 sen tue... berat aku 50kg???

so, ada rasa skit syiok la tengok angka tue... dah la smlm melantak nasi ngan masak lemak cili padi ayam goreng.... fuhhhh sgt2 syiok oooo....

tinggi 151cm... so, BMI aku 20 kalau x silap aku la.... waaaaaa... kira ok la... (walaupun pada hakikatnya aku kena kurangkan lagi 2 kg)

tapi yg kurang syioknya... tekanan darah aku... rendah... 65/96 kalau x silap aku la...
tapi aku x dak la penin2 pun...
pastu si Linda ckp... mungkin sebab x mkn lagi kut sebabtue boleh rendah skit la....

ooooo kalau mcm tue agak berpuas hati juga la...


dah lari tajuk kan.... apapun happy2 selalu kay.....

peace....

p/s: gambo x dak hari nie... sebab??? x bawa hp...



INFO : Biji bijan bantu halang pembentukan tumor

 
 
Susunan : Bawang Goreng pada  9/24/2011 10:22:00 PM
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, bertemu lagi dalam segmen favorite iaitu FloraFauna. Dalam entry kali ini, Laman-Seri akan kongsikan informasi berkaitan bijan. Siapa tak kenal bijan? Rasa-rasanya semua orang kenal, malah kanak-kanak kecil pun tahu apa itu bijan atau sekurang-kurangnya mereka tahu apa itu sesame (Sesame Street...) 

Bijan atau nama saintifiknya sesamun indicum memiliki nilai khasiat yang tinggi. Ðikenali juga dengan nama sesame(Inggeris), pokok bijan merupakan herba tahunan yang banyak tumbuh di Asia, terutamanya di Myanmar, China dan India. Bijan juga dikenali sebagai 'lenga' (disebut 'lenge' dengan 'e' pepet).

Ðulu semasa kecil, saya dan adik-beradik amat gemar memakan 'biskut lenge'. Rasanya sangat sedap dan saya suka menggigit biji bijan. Kini, saya tidak lagi terjumpa biskut itu dijual di mana-mana. Jika ramai yang mengetahui khasiat bijan, tentu ada yang usaha untuk mempopularkan semula 'biskut lenge' ini.

Bijan tergolong dalam keluarga pedaliaceae dan ia juga merupakan tanaman komersial utama di Nigeria, Sudan dan Ethiopia. Pokok bijan hidup liar di tanah terbiar, biasanya di tanah berpasir atau tanah yang bersaliran baik dan terdedah kepada cahaya matahari.

Ia juga merupakan sejenis tumbuhan bermusim yang tumbuh menegak. Pokoknya tumbuh menegak setinggi satu meter dan bunganya kecil berbentuk loceng, berbau harum dan berwarna merah jambu atau ungu muda. Ðaun pokoknya bujur panjang dan berbau kuat. Tepi daunnya bergerigi, warnanya hijau dan berbulu halus.

pokok bijan
 
 
bunga bijan
 
 
 
 
kapsul bijan ~ closed up
 
 
Buah pula jenis kapsul. Biji buah berwarna putih kekuningan, coklat atau hitam. Biji yang telah kering mempunyai rasa seperti kacang. Terdapat dua jenis bijan iaitu putih dan hitam tetapi jenis putih adalah yang paling popular. Apabila kulit biji terkelupas, ia berwarna kuning air. Jika tidak terkelupas, biji bijan hitam kurang digunakan dan keharumannya lebih pekat daripada biji bijan putih. 
 
bijan putih dan bijan hitam
 
 
bijan ~ closed up


Sesame seed kernels, toasted (decorticated)
Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
2,372 kJ (567 kcal)
26.04 g
0.48 g
16.9 g
48.00 g
16.96 g
0.371 g
0.704 g
0.730 g
1.299 g
0.544 g
0.560 g
0.342 g
0.899 g
0.710 g
0.947 g
2.515 g
0.499 g
0.886 g
1.574 g
3.782 g
1.162 g
0.774 g
0.925 g
5.00 g
0.0 mg (0%)
131 mg (13%)
7.78 mg (60%)
346 mg (97%)
774 mg (111%)
406 mg (9%)
39 mg (3%)
Percentages are relative to US recommendationsfor adults.
Source: USDA Nutrient database
Khasiat yang diberikan oleh bijan terutamanya bijinya amat banyak. Bijinya dikatakan mampu memberi kebaikan kepada tubuh terutamanya kepada buah pinggang, limfa, usus dan hati. Biji bijan dikatakan kaya dengan besi, mangan, fosforus, protein, vitamin A, vitamin E, vitamin B1, serat, asid phytic dan mengandungi 55% minyak yang amat popular dalam masakan Cina. Biji bijan juga mengandungi dua bahan unik iaitu sesamin dan sesamolin. Kedua-dua bahan ini termasuk di dalam kumpulan serat istimewa yang dikenali sebagai lignans yang telah menunjukkan kesan dalam merendahkan kolesterol kepada manusia dn untuk mencegah tekanan darah tinggi dan meningkatkan bekalan vitamin E terhadap haiwan.

Sesamin juga dikatakan mampu melindungi hati daripada kerosakan oksidatif. Komponen ini juga merupakan sumber baik omega-6 dan asid lemak mono tidak tepu yang berupaya mencegah pembentukan selaput pada arteri dan menganjalkan selaput pada arteri dan menganjalkan kulit.

 
Siapa tak pernah makan kuih bom?

 
Simit, roti Turki dengan biji bijan

 
Tofu/tauhu bijan ~ Goma dofu (ごま豆腐)

 
Big Mac dengan roti bertabur bijan
Baik untuk kesihatan rambut

Bijan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam rawatan tradisional. Kegunaannya yang paling ketara dalam perubatan tradisional ialah ia boleh melebat serta menghitamkan rambut dan mengatasi masalah rambut kering dan uban.

Mantapkan payudara

Bijan amat kaya dengan arginine. Oleh itu biji bijan membantu menghalang pembentukan tumor, membantu menghapuskan toksik dalam hati dan buah pinggang, dan mampu memperbaiki sistem imun. Ia juga dikatakan mampu meningkatkan kesuburan.

Biji bijan juga amat berkesan dalam pembesaran dan pemejalan payudara wanita. Biji bijan ini boleh dimakan apabila dicampur dalam makanan atau minyaknya boleh disapu pada payudara.

Penjulap

Biji minyak bijan turut mempunyai kesan laksatif atau penjulap. Bagi mereka yang mengalami masalah cacing dalam usus, dengan memakan biji bijan mampu menghapuskan cacing ini dan mengeluarkannya daripada usus.

Membantu pencernaan

Kebaikan-kebaikan lain biji bijan untuk kesihatan ialah ia membantu pencernaan, merangsang peredaran darah dan sistem saraf. Bagi mereka yang mengamalkan pemakanan vegeterian, biji bijan yang kaya dengan sumber besi dan zink amat sesuai diambil kerana ia mampu menambah jumlah zat besi dan zink dalam tubuh akibat kurangnya pengambilan protein daripada makanan berdaging.

Lain-lain kegunaan

Bijan juga berkesan dalam menguatkan tubuh badan. Ia baik untuk hati dan limpa serta sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

Minyak ini juga banyak digunakan dalam kosmetik terutamanya dalam penghasilan sabun. Herba ini juga dikatakan memiliki ciri-ciri antireumatik dan antikanser. Apabila biji bijan telah diekstrak menjadi minyak, ia boleh digunakan untuk merawat jangkitan gusi. Minyak ini juga mampu digunakan untuk merawat periodontitis atau penyakit pada gusi. Caranya adalah dengan menyapu dua hingga tiga titis minyak ini pada gusi di waktu malam, terutamanya selepas menggosok gigi. Gusi perlu digosok dengan perlahan dan rawatan ini perlu diulang setiap malam dalam jangka masa minima tiga bulan.

Minyak biji bijan boleh digunakan untuk masalah kulit terbakar akibat terdedah pada matahari. Jika anda menyapu minyak bijan pada kulit sebelum berenang di dalam air berklorin di dalam kolam renang, ia mampu melindungi kulit daripada kesan klorin dalam air kolam renang.

Minyak biji bijan juga berupaya mengurangkan kesan yang disebabkan oleh terapi radiasi dan meneutralkan radikal bebas oksigen selain mampu menghalang pertumbuhan malignan melanoma. Jika disapu pada kulit berkedut, minyak ini boleh mengurangkan kedutan di wajah.

Minyak biji bijan juga mampu menambahkan perisa kepada masakan, terutamanya dalam hidangan gorengan seperti bihun goreng, mee goreng, koayteow goreng dan juga sedap bila dicampurkan ke dalam bubur nasi.

Bagi mereka yang mengalami masalah tumit kaki merekah, sapukan minyak biji bijan pada tumit selepas membersihkannya setiap malam sebelum tidur. Ðalam pada itu, daun pokok bijan yang kaya dengan bahan bermusilaj jika dicampurkan dengan herba lain dan mampu digunakan untuk merawat disenteri dan kolera.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat bijan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Sumber : MW#1440 dan En.Wikipedia ~ sesame
 
 
__,_._,___

Monday, February 27, 2012

Strawberi, epal buah cinta

 
SAMA baiknya dengan sayur-sayuran, buah-buahan juga membawa banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Selain memberi pelbagai sumber mineral untuk kesihatan buah-buahan boleh menaikkan rangsangan dan menyemarakkan kasih sayang terhadap pasangan.
Oleh sebab itu, buahan-buahan seperti strawberi dan epal antara buah yang dihubungkan dengan rasa cinta pasangan. Tidak hairan apabila strawberi bersama coklat menjadi antara menu popular untuk pasangan kekasih.
Ini diakui pakar pemakanan Indra Balaratnam, yang memberitahu sesetengah jenis buah-buahan boleh menghidupkan imaginasi dan menyemarakkan keintiman antara pasangan.

Pisang contohnya, kaya dengan vitamin B yang mampu meningkatkan metabolisme dan tenaga, sekali gus menguatkan nafsu seseorang.

"Bagi penggemar pisang, memakannya setiap hari selain baik untuk kulit juga mampu menaikkan rasa cinta pasangan. Apa kata anda cuba rasai kelazatan pisang bersama aiskrim, krim putar dan sedikit sos coklat sebagai manisan, kemudian kongsi bersama pasangan tersayang. Pasti anda akan dapat rasai perbezaannya," kata Indra.�

Selain itu anggur, berdasarkan mitos, adalah buah yang dikaitkan dengan kesuburan manusia. Strawberi pula sejak sekian lama dianggap buah yang sangat 'seksi' kerana warnanya yang merah menyala dan isinya yang lazat dan berair. Ia kaya vitamin C, menjadikannya makanan berkhasiat untuk menambah kesuburan.

"Sebab itu hidangan strawberi dengan aiskrim akan menjadikan suasana lebih romantik manakala strawberi yang dicicah bersama coklat cair menjadikan manisan lebih lazat serta mempengaruhi rasa cinta kepada pasangan," katanya.

Selain itu, masyarakat di Peru percaya avokado yang kaya dengan vitamin B6, membantu mengurangkan tekanan dan menjadi sebahagian daripada pengeluaran hormon testosterone.

Sebagai sajian pengikat kasih sayang, avokado boleh digunakan dalam banyak jenis masakan. Buahnya boleh dimasak puri untuk dijadikan kuah guacamole atau digaul bersama jagung manis untuk dijadikan snek sebelum tidur. Antara buah-buahan lain yang mampu meningkatkan rasa sayang dan cinta kepada pasangan ialah:


Tembikai

Pakar penyelidik mendapati likopena, beta karotena dan antioksidan dalam buah tembikai mempunyai keupayaan untuk mengendurkan saluran darah seterusnya meningkatkan keinginan seks. Selain dibuat jus, tembikai boleh menghidup�kan suasana percutian di pulau tropika yang indah jika dijadikan hidangan moktel.


Buah Tin

Bagi pasangan kekasih, bentuk dan rasa buah tin yang manis dapat menyemarakkan perasaan dan keintiman pasangan. Daripada segi pemakanan, buah tin kaya dengan asid amino yang membentuk hormon seksual.


Betik

Betik sering dianggap erotik dalam budaya masyarakat Barat. Selain kaya antioksidan dan vitamin C, betik menjadi sumber yang baik untuk meningkatkan kesuburan wanita. Sebagai buah serba guna, betik muda boleh dibuat kerabu atau salad untuk sajian romantik, betik masak pula lazat dimakan begitu saja apatah lagi jika disejukkan.


Bagi bekas model Steve Yap, yang mendirikan rumah tangga dengan isterinya Ellina Yap, sembilan tahun lalu mengakui, kini menjalani kehidupan berbeza.

Walaupun masih membabit�kan diri dalam industri filem, dia lebih suka meluangkan masa bersama isteri dan anak perempuan Xin Er yang masih kecil, di rumah.

"Detik bahagia bagi kami apabila dapat mengisar epal dan membuat sup pekat untuk Xin Er. Hanya dengan menyediakan sajian mudah untuk bayi, kami rasa begitu rapat dan menyemarakkan rasa sayang," kata Steve yang gemar makan jambu batu manakala Ellina memilih pear.

Bagi personaliti televisyen dan radio, Xandria Ooi dan penggubah muzik, Yuri Wong, berfikiran positif serta mempunyai keserasian sama ada dalam perwatakan mahupun minat adalah asas perhubungan yang baik.

Bagi pasangan ini, antara saat paling indah apabila mereka dapat memulakan hari yang indah dengan menyediakan salad buah-buahan untuk sarapan bersama dadih, madu, epal, pisang kaki, anggur dan taburan badam.

"Bagi kami, cara terbaik memulakan hari bahagia adalah dengan mengambil menu sarapan sihat dan berkhasiat sebelum memulakan kerja," kata Xandria yang menggemari �mangga manakala buah kegemaran Yuri ialah jambu air

Thursday, February 23, 2012

Rumah Baru Blog

salam semua... sihat ker... saya sekeluarga alhamdullillah sihat walafiat...

mula2 nk tanya cantek tak umah baru utk blog saya nie.... tukar cat jer.... haa.....
kasi nmpk new looks... skit.. almaklumlah dah setahun lebih asik yg tue jew... agak boring juga kan...

tapi kan... mcm x dek color lain kan.. asik2 color yg lebih kurang sama jer kan...
nk wat camno.. akak dah try tukar color lain.. tapi x kena ngan jiwa....
almaklumlah... hari2 nk visit ke sini... so, kena la ada selera skit bila nk nengoknya kan...

x dak new story sgt... cuma keja jer la mcm kacau bilau skit..
dah tukar boss baru lagi kacau ilau aku tengok...
bior jer la... dah bagi buah fikiran... tapi mcm nk ikut cara dia juga..
so, I follow jer la kan..
kang SKTSeksyen x capai jgn mare dah la yer....

pasai umah mcm biasa sgt2 bz anak 3 org nie kan.... baru ku tahu nape org anak 3 sgt3 sibuk....
mcm dulu ada byk masa nk senggang2.. skang mmg full / pack masa.... terkejar2 weih...

study.... minggu nie dah start sem baru.... result sem lepas???? boleh la agak memuaskan... target nk dpt A semua subjek... tapi x dpt.... tapi pointer still under satisfactionery.... skit lagi nk dean's list.... ermmmmm
cuba lagi tahun nie kan... mana taw.... leh dpt... harap2 dpt utk 1 sem pun jadi la kan....

lepas nie mmg aku akan lagi sibuk ler... sem dulu x per la lam pantang.. cuti pjg..... nnti ntah la aper cerita....



kang aku story mori lagi yer....

Peaceeee....................... from me...
ini gambo terbaru saye.... panas2 lagi.... snap semlm masa pergi Seminar anjuran PUSPANITA Sbrg Perai Utara... sgt2 best Seminar tue.. kang aku rajin aku kongsi ilmu yg aku dpt eh....

bai...bai.... muahhhh

Monday, February 20, 2012

Sekolah Ammirah dan Aisyah

dah lama upload gambo2 nie... nk story mori jer tak dan...
bz katakan....

so, skang ada masa skit so bolehla cerita pasai sekolah budak2 nie....

tempat nie nama seperti dibawah... sila baca yg jawi dulu....













kalau susah nk ngeja boleh baca yg rumi punya....



heheheee diorg nie sekolah kat Pusat Islam dlm USM nie...
mmg dekat bangat ngan umah aku...
sebelah bangunan umah aku jer... lintas jln terus nmpk sekolah dari rumah pung...
kalau nk jln pun boleh.... tapi pagi2 aku antar ngan Big Boss naik motor..
sebab malas nk jln pagi2 bawa baby takut selsema kan....
so naik motor cepat skit kan.... x sempat nk masuk gear 3 dah sampai....
mmg aku amat bersyukur dpt juga budak2 nie masuk sini..
kena Q amik no nk masuk sini..
ramai gilos org nk hantar anak2 kesini....
sebab bagus sgt managementnya....


setiap umur ada kelas asing2...
nanti kalau Aisyah dah boleh merangkak akan masuk kelas lain...
pastu umur setahun masuk kelas lain...
akan berganjak kelas la....

Ammirah pun kelas lain walaupun masuk satu pagar...



ini kelas Ammirah.....




 hasil keja utk setiap hari akan dipaparkan...

cukup seminggu cikgu akan bagi bawa balik hasil kerja anak2 kita....

 
ini kelas Aisyah...
ada tilam... byk.. x yah bawa... yg taska punya...
kita bawa kain lapik la takut termuak2 mcm Aisyah nie kan....


 
nie masa dia tgh tido cikgu angkat...




ada disediakan menda alah nie...
x tahu nk sebut apa...
aku panggil "nyet-nyet"


kalau balik aku amik mcm nie la dia lena lam keta


kalau x lena mcm nie la mata bulat nie....


kalau dipakaikan tudung mcm nie la rupanya anak dara montel aku nie...



yg pasti aku akan penyet2... dan cium smpai puas2 setiap hari lepas balik keja....
then baru buat keja lain....


ada taman mainan yg sgt2 luas....

 sebab tue Ammirah sgt2 suka setiap hari.....
mcm nie... la rupanya..... 


walaupun 'pagarnya' tiada... namun tetap ckp byk kalahkan cikgu....

Thursday, February 16, 2012

KOLEKSI PICASA NUR AISYAH SYAFIYAH

hari nie aku demam so, x pergi kerja... nk tido pun x larat juga kan.. so, edit2 la gambo budak nie...
inilah hasilnya...





AISYAH SEHARI
 

AISYAH SEBULAN


AISYAH SEBULAN SETENGAH


AISYAH 2 BLN


AISYAH 2 BLNN


AISYAH 2 BLN


AISYAH 3 BLN



AISYAH 3 BLN


AISYAH 23 BLN


AISYAH 3 BLN


AISYAH 4 BLN



AISYAH 4BLN


AISYAH 4 BLN


Wednesday, February 15, 2012

SKMH diantara sekolah kluster??

seronok pula bila dpt tahu Sek Keb Minden Heights... sek Ammar adalah sekolah kluster...

Senarai Sekolah Kluster 2012
Sekolah Menengah
NegeriSekolah
Kedah
  • SM Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani
Terengganu
  • SM Sains Dungun
Selangor
  • SM Kebangsaan Seafield, Subang Jaya
Pahang
  • SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah
  • SM Kebangsaan Alor Akar
Johor
  • SM Tinggi Kluang
  • SM Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar, Muar
Sekolah Rendah
NegeriSekolah
Kuala Lumpur
  • SK Taman Bukit Maluri
Melaka
  • SK Convent Infant Jesus 1
Sarawak
  • SK Agama Sibu
N.Sembilan
  • SK Seliau, Rantau
Selangor
  • SK USJ 2, Subang Jaya
Perlis
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Kangar
Pulau Pinang
  • SK Minden Heights, Gelugor
  • SK Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa, Bayan Lepas
Sekolah Kluster ini adalah telah dinilai dari aspek-aspek penyumbang kepada kecemerlangan pelajar serta kemenjadian dalam setiap bidang yang diterapkan. Sekolah kluster juga akan diberikan peruntukan khas bagi menambah lagi kemudahan serta pembangunan kecemerlangan yang seimbang pelajar.


Rujukan : http://www.xpresi.org/senarai-sekolah-kluster-2012-kpm/#ixzz1mQpk1Kui

Tuesday, February 14, 2012

TIPS : Teknik Bertengkar Secara Positif


Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."
(Riwayat Anas Bin Malik)
Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak mu
nasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan 'orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?'
Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee 'Sedang lidah lagi tergigit'. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata 'ok' kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.
Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."
(Riwayat Ibnu Mas'ud RA)
Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.
Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.
Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:
1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.
4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah 'aku' dan 'kau'.
8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.
9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.
15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.
17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.
Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.myatau sila hubungi Cik Nor di talian 03-90195303.
__._,_.___

buah hati saya

 

* ADIK*

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers


1.10.2011 - Lahir seorang puteri Nur Aisyah Syafiyah dgn tali pusat terbeli 2 kali dgn berat 3kg dan pjg 49cm. lilit kepala 32.5cm. biru semua muka kesan terbelit, jaundise 2 hari dah ok ada bg ubat,

10 hari timbang masih 3kg

16.10.2011 - start batuk jangkit drpd Along/ ayah

20 hari - berat naik 3.5kg

30 hari - berat 3.7kg, pjg 52.5cm, BMI 13.6

31.10.2011 - masuk ICU sebab batuk sampai biru muka tahan nafas.

16.12.2011 - 2 bln berat 5.8kg, pjg 60cm, BMI 16

26.1.2012 - 3 bln berat 6.7kg, pjg 62, BMI 17.4 lilit kepala 41cm

20.2.2012 - 4bln berat 7kg, pjg 63cm, BMI 18.3, UK 44cm, masuk walker boleh gerak keblkg dan depan

20.3.2012 - 5 bln berat 7.5kg, pjg 65cm, BMI 18.5 UK 44cm

20.4.2012 - 6 bln berat 8kg, pjg 65cm, BMI 18.3 UK 44.5cm, boleh meniarap, melentang, angkat dada, faham bile org marah, bla sebut bai-bai cepat2 nk ikut, pandai cari ibu apbila naik walker

7 1/2 bln - boleh duduk

8 bln - demam campak kecik2, boleh merangkak, tumbuh 2 btg gigi bawah

10.6.2012 - tumbuh gigi bawah 2 btg

8.7.2012 - bersunat di Klinik Latifah

11.7.2012 - 8 bln, boleh berdiri sendiri, sudah boleh mkn mcm2,

19.8.2012 - boleh berjalan byk tapak masa raya,dan boleh bunyi 'angah' 'mama' 'ayah'

1.9.2012 - 11 bulan cekap berjalan dan suka pergi ke pintu nk kuar, ke CH dan Hat yai masa raya

Sample Text

Sample Text

BERSIHKANLAH HATI KAMI
KUATKANLAH IMAN KAMI

MURAHKANLAH REZEKI KAMI
JAUHILAH KAMI DARI BENCANA
There was an error in this gadget

* ALONG *

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers 09.03.2004 - Lahir puteraku, berat 3.05kg, pjg 51cm. 09.06.2004 (3 bln) - First time meniarap... sekali jer pastu 4 bulan baru meniarap terus... 09.10.2004 (7 bln) - start tumbuh gigi... xx.12.2004 - dpt demam sekam(tompok merah2 seluruh bdn)... xx.02.2005 - First time naik flight ke Langkawi... 09.03.2005 (1 th) - First time jln lepas tgn di rumah Asoka, masa tue aku tgh lipas baju terus terlepas baju2 nk sambut dia jln ke arah aku... xx.06.2005 - Pindah ke Blok Mawar 28.08.2005 - Berjalan ke Kelantan n Terengganu - kenduri Suria... xx.03.2006 (2 thn) - Start bercakap.. walaupun bahasa Perancis... xx.03.2006 (2 thn) - Start x pakai pampers.. 2006 - dah 5 kali ke Cameron Highland sebab dok kat Tapah xx.08.2006 - dapat Basikal pertama... 09.03.2007 - Hepi besday yang ke 3 tahun sayang... 01.06.2007 - Pindah ke Putrajaya... Ibu dpt kerja kat sana.. 24.10.2007 - kena demam campak (chicken pox) Umur 3 tahun dah pandai tulis nama sendiri (AMMAR, hafal ABC, 123-> 20, hari, waktu solat, alif ba ta.., doa mkn, doa tidor Umur 3 tahun setengah - sgt pandai cakap sejak tengok 611, boleh hafal warna dlm bahasa melayu dan translate ke English Umur 4 thn - mengenal semua huruf A-Z, a-z, kira 1-100, Umur 4 thn 2 bln - boleh baca 2 suku kata, BUKU, SAYA BOLA, suka main game hp/ computer Umur 5 thn - wakil tadika pertandingan silat dan persembahan menari, dpt anugerah Pelajar Cemerlang Tabika KEMAS dan dapat No.1 Umur 6 thn - Wakil Pidato Peringkat TABIKA KEMAS dapat No 1, Wakil Pidato Peringkat Parlimen Putrajaya dapat No 3 (Negara Malaysia Yang ku Cintai), masuk pertandingan membaca, pertandingan mewarna, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang, start buat Math 28+32...41-29... Darjah 1 di Sek. Keb Minden Height.. 1 Zamrud Umur 7 tahun - sdg memahirkan diri in English, suka baca word English.. kalau salah pun tetap akan sebut dan akan tanya kita... balik sekolah ptg main basikal dan terus nk wat homework... kalau x dak homework tetap akan baca/tulis/lukis/warna...x sempat nk mandi dah... dah pandai berdikari di rumah sorang2 kalau ayah ada kelas... mandi, makan, pakai baju sekolah sendiri... basuh kasut sekolah sendiri... hari2 nk mandikan adik... suka main buih sabun tiup buat belon ngan adik.. dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A Umur 8 Tahun - SKMH 2 Zamrud, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A juga.. lancar baca JAwi.. baca IQRA 4 pd bln 9, boleh baca Al Quran agak lancar...

* ANGAH *

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers 26.09.2008 - Lahir Puteriku berat 2.50kg, 49cm pjg.. Jam 12.40tghari, Jumaat, di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra, Kedah... Hari ke-6 - Kena tahan Wad 2 hari sebab jaundise tinggi 350 bacaan.. dibawah lampu biru 3 biji... hari ke-10 - Timbang berat turun 2.3kg... Hari ke-14 - Kena amik darah banyak utk experimen sebab kuning... Hari ke-20 - Timbang berat naik 2.4kg... 24 hari masih kena kuning... prolong jaundise Hari ke-30 - Badan start naik 2.8kg... 2 bln - Berat naik 3.5kg... pandai senyum, pandang bola merah, 3 bln - Berat 5.5kg.. pandai ckp haaa... gigigigi..., hantar pengasuh kak su 2 minggu je badan susut sebab kurang jagaan dan susu... terus minta Acu tolong jaga.. 4 bln - Berat 7.5kg... boleh meniarap, first time tido di Hotel Sri Malaysia, mandi kolam, sudah mula angkat badan nk duduk..start mkn nestum, bubur nasi... 5 bln - First time picnic kat Bagan Lalang dr 8am - 5pm, bergambar ngan kuda.... 6 bln - Berat 8.0kg, boleh golek2, bercuti di Marina Cove ikut ibu berkursus.. 7 bln - Berat 8.5kg, boleh duduk, kenal orang terutama ibu, ayah, along, acu, nk main x mau tido, suka org agah2 akan gelak besar.. 8 bln - berat naik byk 8.9kg.. boleh angkat badan utk merangkak, x mau mkn...hanya minum susu saja...kalau mkn akan muntah sehabisnya... 8 bln 14 hari - Pandai angkat tangan kalau org ckp "babai".. mak tuk ajar.. 9 bln - Start pegang botol sendiri, tumbuh gigi 4 btg terus,tumbuh gigi bawah dulu, bangun sediri dan meniti tepi sofa, berani jln pegang tangan sebelah 10 bln - Faham arahan, berjalan 2-3 tapak tanpa bantuan, suka buli Irin... 11 bln - Dah pandai berjalan tanpa bantuan... 26.09.2010 - Genap umur 1 tahun.. sambut besday di rumah Presint 9, Putrajaya.. 03.12.2010 - Start hantar sekolah kat taska PERMATA... 2bln asyik menangis.. x serasi... mak tok tolong jaga 2 minggu baru ok ke sekolah... 1 thn 2bln - rapat ngan cikgu Bella, mkn sikit2 kat sekolah, masih belum berkawan.. hari2 duduk atas cikgu time nk amik balik sekolah.. sgt manja ngan cikgu... 1 thn 5 bln - baru mula berkawan..nama kwn kiki, baby muiz... dlm buku laporan harian, menari, dgr cerita, tengok tv, main bola, menyanyi... 1 thn setengah - ckp mik yg hujung2 ja IBU-> bu, AYAH -> yah, ALONG -> yong... xx.07.2010 - Bercuti di Bagan Lalang terjatuh dan gigi atas patah... xx.10.2010 - gigi start buruk 1 tahun 8 bulan - First time naik flight ke Sabah... 2 thn - Hapi besday...sambut kat Presint 11, Putrajaya...suka baby.. pantang jumpa baby akan lari dan sentuh baby tersebut x kira dimana2 saja... 3.1.2011 - Start sekolah baru kat Taska Cahaya Mata, Penang, first time pergi ok jer... cuma x faham cikgu ckp loghat Penang.. diam jer kat sekolah... tapi balik umah akan pot pet2 sampai tertido... 3.2.2011 - sebulan dah sekolah kalau tanya mkn apa kat sekolah... hari2 akan jawab nasi goreng, nasi lemak, telur, ayam, sayur... sambil buat mimik muka/mata... 28.02.2011 - boleh ckp agak lancar ada sebutan yang masih kurang jelas, huruf 'L' bunyi 'Y', 'k'k bunyi 'T', 'R' bunyi 'y'..., membahasakan diri 'adik', pandai buat lawak/main2 ngan org cth (sayang ayah jer x sayang ibu)... suka main air mandi basuh tangan... dah start nk kencing di bilik air... sangat manja... suka nyanyi dan dgr lagu 'insyaallah'... tadika di Cahayamata Minden Height dgn Cikgu Zah.. 3 tahun - masuk tadika Hadanah, pandai baca ABC, 123 dan doa2, suka ckp diri sendiri cantik dan sgt marah kalau org ckp 'Angah x cantik'...sudah pandai berdikari, berak kencing x pakai pampers, sudah mula mkn nasi dan sayur, 3 1/2 thn - boleh tulis nama sendiri, kenal dan boleh tulis abc dan 123, x pakai pampers tido mlm..