Social Icons

Pages

Monday, March 7, 2011

TIPS: Rangsang suami lebih romantik

 


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Boleh dikatakan, semua isteri di dunia ini amat sukakan sikap suami yang penuh perhatian, memanjakan isteri, memahami keluh kesah mereka, mendampingi dengan penuh kelembutan, menjaga bahasa nada ayat teguran agar tidak melukai isteri, lebih banyak maafnya daripada marahnya, pandai memujuk dan menggembirakan hati isteri, dan segala sikap yang menunjukkan betapa dia sayangkan anda. Tetapi, malangnya, tidak semua lelaki mampu menjadi yang terbaik sebegitu.

Semasa bercinta, lelaki biasanya bersikap demikian, namun setelah akad-nikah, biasanya sikap prihatin yang mereka tonjolkan akan lenyap begitu sahaja. Agaknya, mungkin sudah menjadi sikap semulajadi mereka suka berpura-pura begitu, tetapi janganlah isteri menjeruk rasa membiarkan sahaja atau hanya tahu merungut tanpa berbuat apa-apa. Jika mereka gagal menjadi suami yang terbaik untuk anda, andalah yang patut ada rangsangan positif dari sikap anda sendiri untuk menumbuhkan sisi romantik seorang suami.

Ðalam entry Isteri juga harus romantik yang lepas, kita telah lihat bagaimana isteri juga harus bersikap romantik. Kali ini Laman-Seri akan kongsikan tips-tips bagaimana untuk menumbuhkan sisi romantik seorang suami pula.

Tips # 1 – Manjakan, jangan bebankan

Tugas dan tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya sangat berat sebenarnya, jika boleh ditamsilkan, agak-agaknya beban amanah yang dipikulnya lebih besar dari Gunung Everest. Tidak salah sekiranya anda bantu meringankan beban yang ditanggungnya dengan memanjakan dirinya, jangan pula anda menambahkan bebannya. Oh ya! Bercakap tentang memanjakan suami, hendaknya ada batasannya juga. Tidak perlulah anda memanjakan suami sehingga anda sendiri yang menawarkan diri menggalas tanggungjawabnya hingga suami 'lupa' diri dan membebankan anda pula. Jangan melawan fitrah hidup yang telah digariskan syarak. Kelak akan lebih banyak menimbulkan kemudaratan dalam kehidupan berumahtangga.

Manja yang hendak disampaikan di sini ialah dalam bab mengikat memikat perutnya. Masakan kesukaan suami yang anda masak dengan rempah kasih sayang (愛情たっぷり入れて、ね!), dihidangkan dengan penuh keikhlasan dan dinikmati bersama teman separuh jiwanya yang setia di sisi, sungguh lebih bermakna daripada nasi bungkus tersedap sekalipun yang disantap sendirian tanpa isteri yang sentiasa sibuk dengan anak-anak, belog mahupun fesbuk. Ataupun minum petang sambil bersembang dengan gurauan dan usikan isteri mewujudkan suasana mesra untuk meredakan tekanan dari tempat kerja.

Tetapi jika suami balik ke rumah sudah pun terhidang dengan keluhan memanjang dari mulut isteri, cerita-cerita yang tidak berapa sedap didengar telinga kanan dan kiri, ada yang lebih teruk lagi suami baru sampai di hadapan pintu, sudah pun terkena leteran. Isteri tidak beri peluang langsung suami merehatkan badan apatah lagi fikiran dan perasaannya. Bagaimana hendak menghidupkan suasana romantik jika keadaan ini yang menjadi senario kehidupan kita setiap hari?

Tips # 2 – Temani, jangan sibuk sendiri

Walaupun mempunyai anak yang berderet yang boleh dibuat pasukan bola sepak, tidak semestinya mereka menjadi penghalang kemesraan anda dan suami. Jika suami minta perhatian dan layanan, cubalah dahulukan dia daripada yang lain. Jangan sampai suami cemburu dengan anak-anaknya sendiri, kerana sikap anda yang lebih mementingkan anak. Apatah lagi dengan teman-teman dan kerjaya anda, tentu suami mesti didahulukan sebelum yang lain. Malang sungguh jika anda sentiasa sibuk sehinggakan tidak sempat hendak menyentuh tangannya sekalipun. Tentu dia akan berasa sunyi dan bosan, bersendirian tanpa teman hidup yang sudi mendakapnya di saat dia menginginkan ketenteraman hati.

Bolehkah anda menjadi teman yang baik untuk dibawa bersembang atau berkongsi minat yang sama? Teman yang kelakar, gembira dan kurang stres? Mengapa isteri-isteri semakin lama semakin hilang serinya? Ya, kerana mereka terlalu tertekan dengan keadaan persekitaran dan bebanan tanggungjawab yang mereka pikul. Jika begitu, manalah ada hati hendak menyakat dan mengusik suami dengan manja? Kalau berjumpa, wajah muram saja yang ditayangpasangkan untuk suami, bak kata orang pasang 'muka ketat'. Lama kelamaan, suami pun jadi tertekan sama, dengan 'muka kelat' pula. Akhirnya hubungan menjadi tidak intim lagi dan mana mungkin harapkan suami romantik pada saat begini?

Tips # 3 – Berpisah sesekali

Untuk menumbuhkan rasa rindu kepada pasangan, eloklah sesekali 'out station'. Isteri pula kena berperanan menggunakan kemudahan komunikasi untuk menghubungi suami sekerap yang mungkin. Jangan tunggu suami menelefon dahulu, jika tidak dapat panggilan, jangan cepat-cepat sangat berkecil hati dan berasa curiga kepada kesetiaan suami. Rangsanglah suami, bila dan di mana pun, agar sentiasa mengingati anda, jika tidak anda dahulu yang memulainya, siapa lagi? Bukankah lelaki memang diciptakan dengan kekuatan akal dan kelemahan perasaan? Jadi, anda sebagai isteri yang memiliki kekuatan emosilah yang seharusnya bertindak terlebih dahulu. Jangan tunggu hingga orang luar yang mendahului anda.

Tips # 4 – Menjadi kekasih, bukan ibu atau bos

Apabila sudah menjadi ibu yang dituntut mendisiplinkan anak-anak, kadang-kadang sikap anda yang garang dan ketat kepada anak-anak akan terbawa-bawa pula jika bersama suami. Padahal suami sukakan isteri yang boleh memanjakannya.

Begitu pula jika isteri adalah seorang ketua di pejabat yang bergaji besar dan berpangkat tinggi, sikapnya di pejabat tentu tidak boleh dibawa sampai ke rumah. Takkanlah hendak jadi bos juga, mengarah suami semahu-mahunya. Ingatlah, semasa anda masih belum ada ikatan, suami jatuh cinta pada wanita yang berperanan sebagai kekasihnya, bukan ibu atau bosnya.

Siapa pun anda di luar rumah, di hadapan suami anda tetap sebagai isteri, kekasih dan belahan hatinya yang mesti sentiasa bersedia melimpahkan kasih sayang untuk mendapat balasan yang sama daripada suami.

Tips # 5 – Sering 'melakonkan' kisah teladan

Teladan yang terbaik yang boleh membangkitkan perasaan romantik ialah dengan 'melakonkan' sketsa rumahtangga Rasulullah SAW yang banyak dipetik dalam sirah baginda. Antaranya :

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan isterinya semasa mereka berada di rumah. Kadang kala baginda memotong kuku isterinya dan mandi junub bersama bagi mengeratkan ikatan kasih sayang. Rasulullah SAW sentiasa makan bersama isteri baginda. Baginda mengambil makanan lalu menyuapkan ke mulut isterinya dan begitu juga sebaliknya. Apabila baginda hendak meminum air, baginda akan minum dengan cawan yang sama digunakan oleh isterinya. Aisyah r.a. pernah meriwayatkan, "Suatu saat dalam keadaan haidh aku minum lalu memberikan gelasnya kepada Nabi, beliau minum dengan mulutnya pada bekas mulutku. D lain waktu dan dalam keadaan haidh pula aku menggigit daging yang bertulang, lalu aku berikan sisanya kepada Nabi, dan beliau menggigitnya di tempat bekas gigitanku." (Hadis riwayat Muslim)

Kata Aisyah r.a. dalam riwayat yang lain pula, "Ketika aku haid, tubuhku berpeluh, aku berikan cawan kepada Nabi dan baginda meminum di tempat mana aku minum." (Hadis riwayat Muslim)

Walaupun dalam sketsa di atas disebut Rasulullah SAW yang memulakan adegan romantik sebegini, tidak salah kiranya anda sebagai isteri yang memulakannya dahulu. Ikuti banyak lagi teladan dalam entry Teladan : Kemesraan rumahtangga Rasulullah SAW.

Tips # 6 – Mendoakan

Allah SWT yang menjaga hati suami ke mana akan berlabuh, apakah di pantai hati anda atau mungkin menyeleweng ke mana-mana arah angin bertiup. Pastikanlah kekuatan doa menjadi pegangan hidup anda. Supaya Allah SWT menjaga hatinya dari kejahatan hawa nafsu dan gangguan syaitan. Jika bukan Allah SWT, pada siapakah lagi yang layak anda harapkan untuk melindungi suami dari kejahatan dirinya sendiri?

Antara doa yang boleh diamalkan agar dikuniakan kesabaran dalam menemupuh alam rumahtangga ialah dengan mengamalkan QS 3:200 yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."

Suami yang romantik dekat dengan Allah SWT, hatinya penuh rahmat dan kasih sayang yang ikhlas kepada isteri dan anak-anak. Hanya Allah SWT saja yang mengizinkan suami anda memilih anda sebagai kekasih abadi baginya di dunia dan di negeri akhirat. Oleh itu, berusahalah dan berdoalah, jangan pernah menyerah kalah!

from: http://laman-seri.blogspot.com/2011/02/rangsang-suami-lebih-romantik.html


0 comments:

buah hati saya

 

* ADIK*

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers


1.10.2011 - Lahir seorang puteri Nur Aisyah Syafiyah dgn tali pusat terbeli 2 kali dgn berat 3kg dan pjg 49cm. lilit kepala 32.5cm. biru semua muka kesan terbelit, jaundise 2 hari dah ok ada bg ubat,

10 hari timbang masih 3kg

16.10.2011 - start batuk jangkit drpd Along/ ayah

20 hari - berat naik 3.5kg

30 hari - berat 3.7kg, pjg 52.5cm, BMI 13.6

31.10.2011 - masuk ICU sebab batuk sampai biru muka tahan nafas.

16.12.2011 - 2 bln berat 5.8kg, pjg 60cm, BMI 16

26.1.2012 - 3 bln berat 6.7kg, pjg 62, BMI 17.4 lilit kepala 41cm

20.2.2012 - 4bln berat 7kg, pjg 63cm, BMI 18.3, UK 44cm, masuk walker boleh gerak keblkg dan depan

20.3.2012 - 5 bln berat 7.5kg, pjg 65cm, BMI 18.5 UK 44cm

20.4.2012 - 6 bln berat 8kg, pjg 65cm, BMI 18.3 UK 44.5cm, boleh meniarap, melentang, angkat dada, faham bile org marah, bla sebut bai-bai cepat2 nk ikut, pandai cari ibu apbila naik walker

7 1/2 bln - boleh duduk

8 bln - demam campak kecik2, boleh merangkak, tumbuh 2 btg gigi bawah

10.6.2012 - tumbuh gigi bawah 2 btg

8.7.2012 - bersunat di Klinik Latifah

11.7.2012 - 8 bln, boleh berdiri sendiri, sudah boleh mkn mcm2,

19.8.2012 - boleh berjalan byk tapak masa raya,dan boleh bunyi 'angah' 'mama' 'ayah'

1.9.2012 - 11 bulan cekap berjalan dan suka pergi ke pintu nk kuar, ke CH dan Hat yai masa raya

Sample Text

Sample Text

BERSIHKANLAH HATI KAMI
KUATKANLAH IMAN KAMI

MURAHKANLAH REZEKI KAMI
JAUHILAH KAMI DARI BENCANA
There was an error in this gadget

* ALONG *

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers 09.03.2004 - Lahir puteraku, berat 3.05kg, pjg 51cm. 09.06.2004 (3 bln) - First time meniarap... sekali jer pastu 4 bulan baru meniarap terus... 09.10.2004 (7 bln) - start tumbuh gigi... xx.12.2004 - dpt demam sekam(tompok merah2 seluruh bdn)... xx.02.2005 - First time naik flight ke Langkawi... 09.03.2005 (1 th) - First time jln lepas tgn di rumah Asoka, masa tue aku tgh lipas baju terus terlepas baju2 nk sambut dia jln ke arah aku... xx.06.2005 - Pindah ke Blok Mawar 28.08.2005 - Berjalan ke Kelantan n Terengganu - kenduri Suria... xx.03.2006 (2 thn) - Start bercakap.. walaupun bahasa Perancis... xx.03.2006 (2 thn) - Start x pakai pampers.. 2006 - dah 5 kali ke Cameron Highland sebab dok kat Tapah xx.08.2006 - dapat Basikal pertama... 09.03.2007 - Hepi besday yang ke 3 tahun sayang... 01.06.2007 - Pindah ke Putrajaya... Ibu dpt kerja kat sana.. 24.10.2007 - kena demam campak (chicken pox) Umur 3 tahun dah pandai tulis nama sendiri (AMMAR, hafal ABC, 123-> 20, hari, waktu solat, alif ba ta.., doa mkn, doa tidor Umur 3 tahun setengah - sgt pandai cakap sejak tengok 611, boleh hafal warna dlm bahasa melayu dan translate ke English Umur 4 thn - mengenal semua huruf A-Z, a-z, kira 1-100, Umur 4 thn 2 bln - boleh baca 2 suku kata, BUKU, SAYA BOLA, suka main game hp/ computer Umur 5 thn - wakil tadika pertandingan silat dan persembahan menari, dpt anugerah Pelajar Cemerlang Tabika KEMAS dan dapat No.1 Umur 6 thn - Wakil Pidato Peringkat TABIKA KEMAS dapat No 1, Wakil Pidato Peringkat Parlimen Putrajaya dapat No 3 (Negara Malaysia Yang ku Cintai), masuk pertandingan membaca, pertandingan mewarna, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang, start buat Math 28+32...41-29... Darjah 1 di Sek. Keb Minden Height.. 1 Zamrud Umur 7 tahun - sdg memahirkan diri in English, suka baca word English.. kalau salah pun tetap akan sebut dan akan tanya kita... balik sekolah ptg main basikal dan terus nk wat homework... kalau x dak homework tetap akan baca/tulis/lukis/warna...x sempat nk mandi dah... dah pandai berdikari di rumah sorang2 kalau ayah ada kelas... mandi, makan, pakai baju sekolah sendiri... basuh kasut sekolah sendiri... hari2 nk mandikan adik... suka main buih sabun tiup buat belon ngan adik.. dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A Umur 8 Tahun - SKMH 2 Zamrud, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A juga.. lancar baca JAwi.. baca IQRA 4 pd bln 9, boleh baca Al Quran agak lancar...

* ANGAH *

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers 26.09.2008 - Lahir Puteriku berat 2.50kg, 49cm pjg.. Jam 12.40tghari, Jumaat, di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra, Kedah... Hari ke-6 - Kena tahan Wad 2 hari sebab jaundise tinggi 350 bacaan.. dibawah lampu biru 3 biji... hari ke-10 - Timbang berat turun 2.3kg... Hari ke-14 - Kena amik darah banyak utk experimen sebab kuning... Hari ke-20 - Timbang berat naik 2.4kg... 24 hari masih kena kuning... prolong jaundise Hari ke-30 - Badan start naik 2.8kg... 2 bln - Berat naik 3.5kg... pandai senyum, pandang bola merah, 3 bln - Berat 5.5kg.. pandai ckp haaa... gigigigi..., hantar pengasuh kak su 2 minggu je badan susut sebab kurang jagaan dan susu... terus minta Acu tolong jaga.. 4 bln - Berat 7.5kg... boleh meniarap, first time tido di Hotel Sri Malaysia, mandi kolam, sudah mula angkat badan nk duduk..start mkn nestum, bubur nasi... 5 bln - First time picnic kat Bagan Lalang dr 8am - 5pm, bergambar ngan kuda.... 6 bln - Berat 8.0kg, boleh golek2, bercuti di Marina Cove ikut ibu berkursus.. 7 bln - Berat 8.5kg, boleh duduk, kenal orang terutama ibu, ayah, along, acu, nk main x mau tido, suka org agah2 akan gelak besar.. 8 bln - berat naik byk 8.9kg.. boleh angkat badan utk merangkak, x mau mkn...hanya minum susu saja...kalau mkn akan muntah sehabisnya... 8 bln 14 hari - Pandai angkat tangan kalau org ckp "babai".. mak tuk ajar.. 9 bln - Start pegang botol sendiri, tumbuh gigi 4 btg terus,tumbuh gigi bawah dulu, bangun sediri dan meniti tepi sofa, berani jln pegang tangan sebelah 10 bln - Faham arahan, berjalan 2-3 tapak tanpa bantuan, suka buli Irin... 11 bln - Dah pandai berjalan tanpa bantuan... 26.09.2010 - Genap umur 1 tahun.. sambut besday di rumah Presint 9, Putrajaya.. 03.12.2010 - Start hantar sekolah kat taska PERMATA... 2bln asyik menangis.. x serasi... mak tok tolong jaga 2 minggu baru ok ke sekolah... 1 thn 2bln - rapat ngan cikgu Bella, mkn sikit2 kat sekolah, masih belum berkawan.. hari2 duduk atas cikgu time nk amik balik sekolah.. sgt manja ngan cikgu... 1 thn 5 bln - baru mula berkawan..nama kwn kiki, baby muiz... dlm buku laporan harian, menari, dgr cerita, tengok tv, main bola, menyanyi... 1 thn setengah - ckp mik yg hujung2 ja IBU-> bu, AYAH -> yah, ALONG -> yong... xx.07.2010 - Bercuti di Bagan Lalang terjatuh dan gigi atas patah... xx.10.2010 - gigi start buruk 1 tahun 8 bulan - First time naik flight ke Sabah... 2 thn - Hapi besday...sambut kat Presint 11, Putrajaya...suka baby.. pantang jumpa baby akan lari dan sentuh baby tersebut x kira dimana2 saja... 3.1.2011 - Start sekolah baru kat Taska Cahaya Mata, Penang, first time pergi ok jer... cuma x faham cikgu ckp loghat Penang.. diam jer kat sekolah... tapi balik umah akan pot pet2 sampai tertido... 3.2.2011 - sebulan dah sekolah kalau tanya mkn apa kat sekolah... hari2 akan jawab nasi goreng, nasi lemak, telur, ayam, sayur... sambil buat mimik muka/mata... 28.02.2011 - boleh ckp agak lancar ada sebutan yang masih kurang jelas, huruf 'L' bunyi 'Y', 'k'k bunyi 'T', 'R' bunyi 'y'..., membahasakan diri 'adik', pandai buat lawak/main2 ngan org cth (sayang ayah jer x sayang ibu)... suka main air mandi basuh tangan... dah start nk kencing di bilik air... sangat manja... suka nyanyi dan dgr lagu 'insyaallah'... tadika di Cahayamata Minden Height dgn Cikgu Zah.. 3 tahun - masuk tadika Hadanah, pandai baca ABC, 123 dan doa2, suka ckp diri sendiri cantik dan sgt marah kalau org ckp 'Angah x cantik'...sudah pandai berdikari, berak kencing x pakai pampers, sudah mula mkn nasi dan sayur, 3 1/2 thn - boleh tulis nama sendiri, kenal dan boleh tulis abc dan 123, x pakai pampers tido mlm..