Social Icons

Pages

Tuesday, February 8, 2011

ARTIKEL : Lambat kahwin, apa silapnya?

Assalamualaikum warahmatullah,

Seorang sahabat meluahkan 'sukarnya mencari jodoh yang sesuai' ... Apabila ditanya mengapa masih sendirian walaupun usianya sudah mencecah pertengahan tiga puluhan. Saya amat setuju dengannya, memang agak sukar untuk mencari calon suami yang benar-benar boleh diharapkan sebagai seorang pemimpin dan pelindung wanita. Tiba-tiba sahabat bertanya, apakah ada ayat dalam al-Quran yang boleh mendatangkan jodoh dengan cepat dan boleh membuat seseorang jatuh cinta kepada kita? Benarkah ada ayat-ayat al-Quran yang boleh diamalkan sebagai ayat pengasih?

Jawapan saya, "Entahlah, tidak pula saya ketahui." Memang ada banyak ayat-ayat al-Quran yang dikatakan mampu mengeratkan hubungan sesama keluarga, suami atau isteri dan anak-anak, tetapi ayat al-Quran untuk mendatangkan jodoh, tidak pernah saya ketahuan.

Al-Quran dibaca untuk difahami dan diamalkan menjadi petunjuk hidup, kalaulah ada ayat untuk mencari jodoh, pasti ramai yang menyalah-gunakan ayat tersebut untuk kepentingan nafsu mereka. Seperti jampi dan pengasih bomoh kepada pelanggan setianya.

Namun, al-Quran diturunkan untuk misi yang terlalu tinggi nilainya, jauh sekali kedudukannya dari sekadar memuaskan kemahuan nafsu seseorang. Tidak ada ayat khusus merangsang seseorang mencintai diri kita. Al-Quran bukan ilmu guna-guna atau jampi minyak senyonyok!

Lalu, mengapa ada juga yang lambat dapat jodoh? Bukan sedikit yang telah berikhtiar mendapatkan pendamping hidup yang baik, tetapi selalu gagal di tengah jalan. Apa silapnya? Kali ini Laman-Seri kongsikan kesilapan yang mungkin telah kita lakukan tanpa kita sedari.

Kesilapan 1 – Luntur keyakinan kepada Allah

Yang pertama, kesilapan anda ialah telah luntur keyakinan anda kepada Allah SWT. Putus harapan kepada-Nya, menyangka buruk atas ketentuan-Nya dan anda melihat kuasa-Nya lemah kerana tidak boleh memberi apa yang anda minta secepat yang anda mahukan.

Sesungguhnya Allah Taala Maha Halus perkiraan-Nya, setitis ilmu Allah yang jatuh ke bumi menyamai seluruh pengetahuan makhluk-Nya. Siapakah kita yang mahu menilai ketentuan Allah SWT? Pandangan mata dan ketajaman akal manusia takkan mampu menembus hijab-Nya. Apa yang kita rasa baik, belum tentu baik menurut ilmu Allah SWT dan apa yang kita rasa tidak baik boleh jadi itu yang baik di sisi-Nya. Allah Maha Mengetahui kelemahan diri kita. Mungkin jika jodoh anda datang sekarang, ia akan membahayakan agama anda, siapa tahu?

Kesilapan 2 – Berhenti berikhtiar

Kesilapan yang kedua ialah berhenti berikhtiar. Anda nampak tiada apa-apa hasil lalu anda putuskan untuk pasrah. Padahal, Allah Taala tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia sendiri yang mahu mengubahnya. Apakah cukup ikhtiar anda selama ini? Cuba senaraikan ikhtiar anda selama ini. Mungkin saja ikhtiar anda tidak cukup sebenarnya....

Apakah persediaan-persediaan yang perlu dilakukan? Kecantikan dalaman amat penting untuk menarik hati orang lain. Akhlak dan imej diri mesti dipertingkatkan dengan ilmu yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Rasulullah SAW memberi nasihat kepada para lelaki yang mahu memilih wanita untuk dijadikan isterinya dengan beberapa kesempurnaan imej diri seperti mana yang dinyatakan di dalam hadis baginda SAW yang bermaksud, "Wanita itu dikahwini kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya. Maka pilihlah yang kuat agamanya, nescaya kamu akan beruntung." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Cuba anda semak kembali adakah keempat-empat ciri itu telah dipersiapkan dalam diri anda? Jika ciri yang tiga tidak mampu, tidak usahlah membazirkan wang untuk membuat pembedahan pelastik dan sebagainya. Maka yang paling utama ialah yang kuat pegangan agamanya. Di situlah penilaian Allah SWT dan Rasul-Nya iaitu bagi lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah.

Kesilapan 3 – Guna cara yang bertentangan dengan Islam

Kesilapan berikutnya ialah menggunakan cara dan kaedah yang bertentangan dengan prinsip Islam. Ramai yang pergi meminta tilikan bomoh, mandi bunga, makan ubat jampi dan mengamalkan ilmu pelik-pelik yang sesat. Ada juga yang menjerumuskan diri dalam pergaulan bebas sehingga sanggup menjatuhkan maruah diri semurah-murahnya semata-mata mahu mencari lelaki idaman.

Jika niat dan caranya telah melanggar syariat Allah SWT, maka tidak hairanlah apabila hasilnya pun menjadi begitu tragik. Cari suami di kelab malam, maka akan dapat lelaki kaki perempuan berfoya-foya. Cari yang kaya dan segak, mungkin menimbulkan sakit hati kerana cemburu. Cari yang lebih tua, belum tentu amanah dari yang muda. Yang paling selamat ialah cari yang soleh dan beriman, tidak tinggal sembahyang walaupun tidak sesegak artis tersohor.

Biasanya sikap terlalu memilih yang sempurna boleh menjejaskan jodoh. Pemilih sangat, tetapi tidak mahu istikharah, tidak bertanya pandangan Allah SWT dan langsung menolak tanpa menimbang dengan teliti. Mungkin niat berkahwin telah dicemari oleh niat mahu menunjuk-nunjuk hebat kepada masyarakat sehingga memilih mengikut pandangan masyarakat awam yang jahil.

Memang orang akan kagum jika anda mendapat lelaki gagah, berduit dan tinggi darjatnya tetapi niat anda mesti diperbetulkan. Perkahwinan itu ialah ibadat. Anda mahu menyelamatkan agama dan kehormatan anda dengan cara berkahwin, bukan mahukan glamor dan pujian orang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Ada tiga golongan yang pasti mendapat pertolongan Allah, orang yang berjihad, hamba yang manu membebaskan dirinya dan orang yang mahu berkahwin demi memelihara kesucian dirinya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kesilapan 4 – Penyakit psikologi

Kesilapan keempat, penyakit psikologi yang dibiarkan membelenggu hati. Dilihat dari mata biasa, semuanya OK; baik hati, peramah, mesra, suka menolong, ilmu dan amalnya cukup, hartanya lebih dari cukup, wajah dan penampilannya solehah. Lalu apa yang silap? Sifat malu yang tidak bertempat, rendah diri yang melampau, putus asa kerana pernah menjalin kisah cinta tapi berhujungkan 'broken heart', masih mencintai lelaki yang tidak sudi dan penyakit-penyakit psikologi lainnya... yang mendera perasaan sendiri. Ubatnya hanya satu, bina imej diri yang baru. Anda tidak akan mampu melakukannya sendirian, anda perlukan sahabat yang ikhlas dan mahu menolong. Tidak salah mencurahkan perasaan kepada orang yang amanah supaya dia boleh menolong anda menemukan calon suami yang soleh.

Jodoh perlu dicari diusahakan

Ramai wanita yang terlewat jodohnya bila ditanya, "Apakah agaknya yang menyebabkan jodoh anda 'liat' hingga hari ini?" Kebanyakan mereka menjawab, sudah takdir agaknya, atau memang jodoh lambat atau tiada jodoh langsung". Jawapan sebegini seolah-olah mereka sudah berputus asa dan hampir-hampir berbau 'menyalahkan' takdir Allah pula. Ada pula yang menjawab, "Buat apa kahwin, kalau tak pasti akan bahagia" atau "Kahwin itu menyusahkan sahaja".

Hemmm.... BG tak boleh komen sebab kadang kala memang ada betulnya jawapan mereka. Meskipun perkahwinan tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan, namun ia adalah fitrah dan sunah Rasulullah SAW. Berkahwin dikatakan dapat menambahkan iman, mengawal diri daripada berbuat dosa, mematangkan seseorang dengan memikul amanah dan tanggungjawab dengan menjalani kehidupan yang lebih mencabar.

Pernah baca berita ini? Zhang Mengqian seorang gadis, pelajar Universiti Sains Elektronik dan Teknologi di Chengdu, Sichuan di China terkejut apabila ribuan lelaki bujang menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya. Ribuan lelaki tersebut menunggu di perkarangan asrama pelajar berkenaan selepas dia menyatakan sedang mencari kekasih yang sesuai menerusi satu mesej pada kad, sempena Hari Wanita.

Kejadian itu berlaku di universiti yang mempunyai nisbah 25 orang lelaki bagi setiap wanita. Pada mulanya, setiap pelajar wanita di universiti itu diminta menulis hasrat yang mereka ingini. Mengqian menulis : "Nama saya ialah Zhang Mengqqian, pelajar gred satu. Saya fikir saya seorang yang menarik tetapi anehnya saya tidak mempunyai teman lelaki. Bagaimanapun, saya percaya kepada takdir. Jika anda mempunyai impian yang sama, sila datang ke bangunan asrama saya dan jeritkan nama saya antara pukul 12.30 hingga 12.50 tengahari pada 11 Mac 2010. saya akan melihat anda dari asrama. Jika anda sesuai dengan citarasa saya, saya akan turun dan berjumpa dengan anda."

Mungkin kerana terkejut melihat ribuan lelaki yang hadir, pelajar itu langsung tidak keluar dari biliknya. (Agensi 15 Mac 10)

Menarik sungguh cerita ini. Ia membuktikan bukan soal jodoh yang tiada, tetapi tiada usaha untuk memudahkan jopdoh itu terjadi. Buktinya apabila dibuka laluan, bukan seorang dua lelaki yang datang, bahkan sampai beribu-ribu yang hadir. Maka tepatlah teori yang mengatakan jodoh juga seperti mencari pekerjaan, kena diusahakan untuk mendapatkannya. Tidak boleh tinggal terperuk di dalam rumah, tetapi mengharapkan suatu hari dapat bekerja di Putrajaya. Sesuatu itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha, jika hendakkan pekerjaan, maka kenalah usaha beli surat khabar atau surf internet untuk mengintai peluang jawatan kosong, isi borang, kirimkan resume, interview, berdoa dan seterusnya bertawakal. Begitu jugalah jika hendak makan, tidak mungkin tiba-tiba ada makanan terhidang di depan mata. Kena usaha beli barang mentah di pasar, potong sayur dan siang ikan, menggoreng, tanak nasi dan hidangkan. Usaha untuk makan juga tidak terhenti di situ, kena pula kaut nasi, ambil lauk dan suapkan ke mulut. Itulah usaha namanya.

Mencari jodoh juga memerlukan usaha. Bukanlah maksudnya anda mesti melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Mengqian, tetapi apa yang cuba disampaikan ini sini ialah, betapa perlunya ada sedikit usaha untuk memulakan sesuatu perkara. Hampir semua perkara di dunia ini tidak terjadi dengan sendiri, tidak ada satu aktivitipun yang tidak memerlukan usaha, ia memerlukan usaha (walaupun sedikit) untuk memperolehinya, betul?

Anda tak hendak kahwin kerana takut tidak bahagia? Jika ini yang anda fikirkan, nanti dulu! Bahagia atau tidak, sebahagian besarnya berpunca daripada diri kita sendiri. Bukankah telah dijelaskan tadi, hampir semua perkara di dunia ini memerlukan walaupun sedikit usaha, untuk memperolehinya? Jadi, soal bahagia atau tidak pun boleh bermula daripada usaha yang kita lakukan, berdoa dan bertawakal.

Renung-renungkan....
Rujukan asal : Dr Juanda Jaya & Dr HMTuah 


0 comments:

buah hati saya

 

* ADIK*

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers


1.10.2011 - Lahir seorang puteri Nur Aisyah Syafiyah dgn tali pusat terbeli 2 kali dgn berat 3kg dan pjg 49cm. lilit kepala 32.5cm. biru semua muka kesan terbelit, jaundise 2 hari dah ok ada bg ubat,

10 hari timbang masih 3kg

16.10.2011 - start batuk jangkit drpd Along/ ayah

20 hari - berat naik 3.5kg

30 hari - berat 3.7kg, pjg 52.5cm, BMI 13.6

31.10.2011 - masuk ICU sebab batuk sampai biru muka tahan nafas.

16.12.2011 - 2 bln berat 5.8kg, pjg 60cm, BMI 16

26.1.2012 - 3 bln berat 6.7kg, pjg 62, BMI 17.4 lilit kepala 41cm

20.2.2012 - 4bln berat 7kg, pjg 63cm, BMI 18.3, UK 44cm, masuk walker boleh gerak keblkg dan depan

20.3.2012 - 5 bln berat 7.5kg, pjg 65cm, BMI 18.5 UK 44cm

20.4.2012 - 6 bln berat 8kg, pjg 65cm, BMI 18.3 UK 44.5cm, boleh meniarap, melentang, angkat dada, faham bile org marah, bla sebut bai-bai cepat2 nk ikut, pandai cari ibu apbila naik walker

7 1/2 bln - boleh duduk

8 bln - demam campak kecik2, boleh merangkak, tumbuh 2 btg gigi bawah

10.6.2012 - tumbuh gigi bawah 2 btg

8.7.2012 - bersunat di Klinik Latifah

11.7.2012 - 8 bln, boleh berdiri sendiri, sudah boleh mkn mcm2,

19.8.2012 - boleh berjalan byk tapak masa raya,dan boleh bunyi 'angah' 'mama' 'ayah'

1.9.2012 - 11 bulan cekap berjalan dan suka pergi ke pintu nk kuar, ke CH dan Hat yai masa raya

Sample Text

Sample Text

BERSIHKANLAH HATI KAMI
KUATKANLAH IMAN KAMI

MURAHKANLAH REZEKI KAMI
JAUHILAH KAMI DARI BENCANA
There was an error in this gadget

* ALONG *

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers 09.03.2004 - Lahir puteraku, berat 3.05kg, pjg 51cm. 09.06.2004 (3 bln) - First time meniarap... sekali jer pastu 4 bulan baru meniarap terus... 09.10.2004 (7 bln) - start tumbuh gigi... xx.12.2004 - dpt demam sekam(tompok merah2 seluruh bdn)... xx.02.2005 - First time naik flight ke Langkawi... 09.03.2005 (1 th) - First time jln lepas tgn di rumah Asoka, masa tue aku tgh lipas baju terus terlepas baju2 nk sambut dia jln ke arah aku... xx.06.2005 - Pindah ke Blok Mawar 28.08.2005 - Berjalan ke Kelantan n Terengganu - kenduri Suria... xx.03.2006 (2 thn) - Start bercakap.. walaupun bahasa Perancis... xx.03.2006 (2 thn) - Start x pakai pampers.. 2006 - dah 5 kali ke Cameron Highland sebab dok kat Tapah xx.08.2006 - dapat Basikal pertama... 09.03.2007 - Hepi besday yang ke 3 tahun sayang... 01.06.2007 - Pindah ke Putrajaya... Ibu dpt kerja kat sana.. 24.10.2007 - kena demam campak (chicken pox) Umur 3 tahun dah pandai tulis nama sendiri (AMMAR, hafal ABC, 123-> 20, hari, waktu solat, alif ba ta.., doa mkn, doa tidor Umur 3 tahun setengah - sgt pandai cakap sejak tengok 611, boleh hafal warna dlm bahasa melayu dan translate ke English Umur 4 thn - mengenal semua huruf A-Z, a-z, kira 1-100, Umur 4 thn 2 bln - boleh baca 2 suku kata, BUKU, SAYA BOLA, suka main game hp/ computer Umur 5 thn - wakil tadika pertandingan silat dan persembahan menari, dpt anugerah Pelajar Cemerlang Tabika KEMAS dan dapat No.1 Umur 6 thn - Wakil Pidato Peringkat TABIKA KEMAS dapat No 1, Wakil Pidato Peringkat Parlimen Putrajaya dapat No 3 (Negara Malaysia Yang ku Cintai), masuk pertandingan membaca, pertandingan mewarna, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang, start buat Math 28+32...41-29... Darjah 1 di Sek. Keb Minden Height.. 1 Zamrud Umur 7 tahun - sdg memahirkan diri in English, suka baca word English.. kalau salah pun tetap akan sebut dan akan tanya kita... balik sekolah ptg main basikal dan terus nk wat homework... kalau x dak homework tetap akan baca/tulis/lukis/warna...x sempat nk mandi dah... dah pandai berdikari di rumah sorang2 kalau ayah ada kelas... mandi, makan, pakai baju sekolah sendiri... basuh kasut sekolah sendiri... hari2 nk mandikan adik... suka main buih sabun tiup buat belon ngan adik.. dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A Umur 8 Tahun - SKMH 2 Zamrud, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A juga.. lancar baca JAwi.. baca IQRA 4 pd bln 9, boleh baca Al Quran agak lancar...

* ANGAH *

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers 26.09.2008 - Lahir Puteriku berat 2.50kg, 49cm pjg.. Jam 12.40tghari, Jumaat, di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra, Kedah... Hari ke-6 - Kena tahan Wad 2 hari sebab jaundise tinggi 350 bacaan.. dibawah lampu biru 3 biji... hari ke-10 - Timbang berat turun 2.3kg... Hari ke-14 - Kena amik darah banyak utk experimen sebab kuning... Hari ke-20 - Timbang berat naik 2.4kg... 24 hari masih kena kuning... prolong jaundise Hari ke-30 - Badan start naik 2.8kg... 2 bln - Berat naik 3.5kg... pandai senyum, pandang bola merah, 3 bln - Berat 5.5kg.. pandai ckp haaa... gigigigi..., hantar pengasuh kak su 2 minggu je badan susut sebab kurang jagaan dan susu... terus minta Acu tolong jaga.. 4 bln - Berat 7.5kg... boleh meniarap, first time tido di Hotel Sri Malaysia, mandi kolam, sudah mula angkat badan nk duduk..start mkn nestum, bubur nasi... 5 bln - First time picnic kat Bagan Lalang dr 8am - 5pm, bergambar ngan kuda.... 6 bln - Berat 8.0kg, boleh golek2, bercuti di Marina Cove ikut ibu berkursus.. 7 bln - Berat 8.5kg, boleh duduk, kenal orang terutama ibu, ayah, along, acu, nk main x mau tido, suka org agah2 akan gelak besar.. 8 bln - berat naik byk 8.9kg.. boleh angkat badan utk merangkak, x mau mkn...hanya minum susu saja...kalau mkn akan muntah sehabisnya... 8 bln 14 hari - Pandai angkat tangan kalau org ckp "babai".. mak tuk ajar.. 9 bln - Start pegang botol sendiri, tumbuh gigi 4 btg terus,tumbuh gigi bawah dulu, bangun sediri dan meniti tepi sofa, berani jln pegang tangan sebelah 10 bln - Faham arahan, berjalan 2-3 tapak tanpa bantuan, suka buli Irin... 11 bln - Dah pandai berjalan tanpa bantuan... 26.09.2010 - Genap umur 1 tahun.. sambut besday di rumah Presint 9, Putrajaya.. 03.12.2010 - Start hantar sekolah kat taska PERMATA... 2bln asyik menangis.. x serasi... mak tok tolong jaga 2 minggu baru ok ke sekolah... 1 thn 2bln - rapat ngan cikgu Bella, mkn sikit2 kat sekolah, masih belum berkawan.. hari2 duduk atas cikgu time nk amik balik sekolah.. sgt manja ngan cikgu... 1 thn 5 bln - baru mula berkawan..nama kwn kiki, baby muiz... dlm buku laporan harian, menari, dgr cerita, tengok tv, main bola, menyanyi... 1 thn setengah - ckp mik yg hujung2 ja IBU-> bu, AYAH -> yah, ALONG -> yong... xx.07.2010 - Bercuti di Bagan Lalang terjatuh dan gigi atas patah... xx.10.2010 - gigi start buruk 1 tahun 8 bulan - First time naik flight ke Sabah... 2 thn - Hapi besday...sambut kat Presint 11, Putrajaya...suka baby.. pantang jumpa baby akan lari dan sentuh baby tersebut x kira dimana2 saja... 3.1.2011 - Start sekolah baru kat Taska Cahaya Mata, Penang, first time pergi ok jer... cuma x faham cikgu ckp loghat Penang.. diam jer kat sekolah... tapi balik umah akan pot pet2 sampai tertido... 3.2.2011 - sebulan dah sekolah kalau tanya mkn apa kat sekolah... hari2 akan jawab nasi goreng, nasi lemak, telur, ayam, sayur... sambil buat mimik muka/mata... 28.02.2011 - boleh ckp agak lancar ada sebutan yang masih kurang jelas, huruf 'L' bunyi 'Y', 'k'k bunyi 'T', 'R' bunyi 'y'..., membahasakan diri 'adik', pandai buat lawak/main2 ngan org cth (sayang ayah jer x sayang ibu)... suka main air mandi basuh tangan... dah start nk kencing di bilik air... sangat manja... suka nyanyi dan dgr lagu 'insyaallah'... tadika di Cahayamata Minden Height dgn Cikgu Zah.. 3 tahun - masuk tadika Hadanah, pandai baca ABC, 123 dan doa2, suka ckp diri sendiri cantik dan sgt marah kalau org ckp 'Angah x cantik'...sudah pandai berdikari, berak kencing x pakai pampers, sudah mula mkn nasi dan sayur, 3 1/2 thn - boleh tulis nama sendiri, kenal dan boleh tulis abc dan 123, x pakai pampers tido mlm..