Social Icons

Pages

Thursday, October 14, 2010

ARTIKEL : Melayan suami 'anak emak'

 

SHARING IS CARING KAN....

 

Melayan suami 'anak emak'


LELAKI biasanya menjadi 'anak emak' kerana lebih akrab dengan ibu berbanding bapa.

Assalamualaikum warahmatullah,

Siapa yang tidak pernah mendengar ungkapan 'anak emak'...? Rasa-rasanya, kita semua tahu apa yang dimaksudkan dengan 'anak emak' ini, ya. Memanglah semua orang ada emak dan semuanya anak emak, tetapi bila disebut-sebut si polan atau si polanah itu 'anak emak', semacam ada sesuatu yang negatif tidak kena dengan si polan atau si polanah tersebut.

"KALAU ummie buat kari, sedap. Tapi kalau you yang buat I tak berapa seleralah," pedihnya telinga Hazimah sudah tidak terasa dek lali mendengar ungkapan 'semanis' itu daripada bibir suaminya. Bagi dirinya ungkapan sebegitu tidak lagi memberikan sebarang erti kerana kalau melenting, suami akan mengadu kepada ibunya dan beliau pula yang mendapat malu nanti. Nasiblah bersuamikan 'anak emak'.

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas? Bagaimana perasaan anda? Silap haribulan, ada muka yang disimbah kari! Kui... kui... kui.... Harapan saya, tidak pernah adalah lebih beruntung. Namun jika anda pernah mengalaminya, harap dapat bersabar dan cuba habiskan artikel ini. Hari ini saya hendak berceloteh berkenaan lelaki yang sudah bergelar suami sebenarnya 'anak emak'! Jiwa wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.

Ke semua peribadi terpuji tersebut sudah tentunya terbentuk atas asuhan ibu bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya. Kisah anak lelaki yang dikaitkan sebagai 'anak emak' bukan perkara baru. Segala-gala dilakukan 'anak emak' selalu 'direportkan' kepada ibu. Secara umumnya 'anak emak' dikaitkan dengan anak lelaki yang terlalu dimanjai ibu kerana 1,001 alasan.

Menurut Kaunselor Berdaftar Universiti Malaya, Hushim Salleh, berkata 'anak emak' boleh mendatangkan kesan positif apabila anak berkenaan mengambil berat dan menghormati ibunya itu, sesuai zahirnya yang perlu bertanggungjawab menjaga ibu apatah lagi sekiranya ketika itu beliau masih belum mendirikan rumah tangga. Ia mungkin bukan masalah apabila lelaki masih lagi bujang, bagaimanapun, konsep 'anak emak' boleh mendatangkan kesan negatif dan konflik boleh terjadi apabila anak berkenaan sudah menjengah alam rumahtangga dan menjadi seorang suami 'anak emak' kepada seorang wanita. Alamak... tersilap pilih rupanya...

Tindakan suami menuruti segala permintaan ibu membuatkan si isteri acapkali menjeruk rasa. Malah, ada rumahtangga yang berantakan, gara-gara tingkah laku suami yang berlebih-lebihan mengikut telunjuk emak dia. Bukanlah maksud saya hendak menyuruh suami menderhaka kepada emaknya sendiri, tetapi taat kepada emak ibu pun ada batasnya. Taat kepada emak ibu bukan bermakna tidak mengapa suami boleh nusyuz kepada isteri sendiri. Ingat tu!

Siapakah yang dikatakan suami 'anak emak' ini?

Menurut Ahli Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Md. Zain pula, mengikut teori Sigmund Freud, secara semulajadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan bapa. Erk... biasanya, bila kita sebut 'anak emak', istilah ini agak condong kepada kaum lelaki. Mengapa? Seperti kata prof Dr. Azhar, 'anak lelaki lebih cenderung bersama emak/ibu', oleh sebab itu, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka... dan lahirlah istilah 'anak emak'.

Selain itu, suasana keluarga itu sendiri apabila bapa jarang sekali berada di rumah atas urusan kerja menyebabkan kaum ibu perlu mengendalikan segala permintaan anak sekaligus membina ikatan yang lebih akrab. Adakalanya personaliti bapa yang garang, pendiam dan kurang mesra membuat anak lelaki lebih selesa dengan ibu yang lemah-lembut.

Saya sendiri pernah mengenali beberapa orang lelaki yang dikatakan 'anak emak'. Apa yang hendak dilakukan, semuanya diminta pandangan emak/ibu. Sifat begini sangat terpuji, tetapi ada kalanya agak merimaskan. Iyalah... kalau sampai hendak beli 'spentot' pun kena tanya emak, haiya... syusahlah. Bukan sahaja diri sendiri yang syusah, emak pun syusah nak menjawab... hik.. hik...

Tidak dinafikan, semasa anak lelaki masih bujang keakraban bersama ibu itu mungkin tidak mengundang masalah, walau bagaimanapun, sebaliknya setelah mendirikan rumahtangga, wanita baru dalam kehidupannya mungkin menyebabkan suami perlu membahagikan perhatian.

Seorang lelaki yang bergelar suami seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membahagikan kasih sayang antara seorang isteri dan ibu. Lelaki juga perlu jelas kepentingan yang patut diberi antara wanita yang dicintai dan wanita yang disanjung tinggi dalam hidupnya.

~ gambar hiasan ~

Kasih sayang yang salah boleh merosakkan

Menurut Kaunselor Berdaftar Universiti Malaya, Hushim Salleh pula, berdasarkan penelitian perkara ini boleh menimbulkan masalah dengan isteri apabila si anak mula membandingkan perkara dilakukan isteri dengan ibunya, seperti cara memasak, cara mengemas rumah dan sebagainya yang berlebihan hingga menimbulkan kecil hati isteri.

"Kalau memuji dan membandingkan dengan berlebihan, si isteri akan rasa kekurangan dan apabila berlaku, keadaan ini boleh menggugat keharmonian rumah tangga kerana isteri mungkin berasa dirinya tidak berperanan dalam rumah tangga," katanya yang mengatakan beliau ada mengendalikan purata tiga kes sebulan membabitkan isu berkenaan.

Katanya, anak emak berlaku dalam semua lapisan masyarakat dan lazimnya dikaitkan dengan lelaki kerana anak lelaki dikatakan lebih pandai mengambil hati ibu menyebabkan seorang ibu cenderung mengasihi anak lelaki.

Malangnya kasih sayang itu boleh merosakkan kerana anak lelaki dilayan bagaikan raja, sedangkan anak perempuan dibebankan tugas yang berat. Malah ada kalanya, kehendak anak lelaki diberikan sedangkan anak perempuan terpaksa berusaha sendiri untuk mendapatkan apa yang dihajati.

Sedangkan perkara itu boleh mengundang masalah pada kemudian hari termasuk generasi lelaki seterusnya yang tidak tahu tanggungjawab dan hidup bergantung kepada orang lain.

"Anak emak tidak begitu menimbulkan masalah kalau bujang, yang menjadi masalah ialah bila dia sudah berkahwin. Menangani anak emak ini, saya lihat anak lelaki dan ibu berkenaan perlu berubah. Kalau si anak berlebihan seperti terlalu bergantung kepada ibu dalam serba perkara, si ibu itu perlu menegur dan menasihati anak berkenaan bahawa dia kini punyai keluarga baru yang perlu diberikan perhatian, sementara anak itu pula perlu tahu membahagikan kasih sayang itu dengan adil," katanya.

Bagaimanapun, beliau akui ada segelintir ibu yang 'tidak sedar atau sengaja' mengambil kesempatan kerana kepentingan sendiri terutama apabila anak menjadi sumber kewangan. Malah, dalam keadaan tertentu keakraban itu boleh menggugat perkahwinan anaknya.

"Banyak juga kes saya kendalikan hingga membawa perceraian. Ada satu kes, lelaki ini seorang anak emak. Disayangi kerana bijak sejak daripada sekolah rendah hinggalah masuk universiti dan selalu mendapat keputusan yang cemerlang. Apabila dia hendak berkahwin, namun si ibu memberi syarat supaya kekal tinggal di rumah ibunya. Bagaimanapun isterinya enggan, lalu timbul pergaduhan dan keengganan itu membawa kepada perceraian. Malangnya perceraian itu menyebabkan anak lelakinya itu terus membujang dan serik berkahwin lagi," katanya.

Mengulas mengenai peranan bapa, Hushim tidak menafikan segelintir bapa bersikap lepas tangan, malah langsung tidak menegur tabiat isteri dan anak dengan kata lain isteri mendominasi sesebuah keluarga.

"Bapa seharusnya perlu tegas, terangkan bahawa anak lelakinya itu lambat laun akan berkeluarga sendiri dan tidak akan menjadi seperti ketika masih kanak-kanak lagi. Ibu boleh beri kasih sayang, tetapi biarlah berpada-pada. Usah sampai terjadi anak perempuan terasa hati, memanjakan anak lelaki tidak bertempat hinggalah membasuh sebiji cawan pun dilarang yang mana kelak dia akan menjadi seorang suami atau ayah yang mungkin tidak tahu memberi nafkah kepada anak dan isteri," katanya.

INFO - Anda anak emak?

  • Rapat dengan ibu berbanding bapa.
  • Berkongsi segala masalah daripada perkara kecil hingga ke yang besar dengan ibu.
  • Terlalu bergantung kepada ibu, malah ada yang inginkan bakal isteri 100 peratus sama dengan ibu.
  • Sensitif dalam banyak perkara, malah kadangkala dilihat kurang ada keyakinan diri sekiranya perlu membuat sebarang keputusan.
  • Tidak terburu-buru mendirikan rumah tangga kerana ada ibu yang menjaga makan pakai.
  • Melebihkan ibu hingga menyebabkan kekasih atau isteri makan hati.

Bagi golongan isteri yang sukar menghadapi suami 'anak emak', beberapa tip untuk memperbaiki keadaan dan menangani masalah agar tidak menggugat kebahagiaan rumahtangga.

Tips # 1 - Kenali personaliti jejaka

Sebelum menjalin hubungan lebih serius kenali kekasih anda terlebih dahulu. Seseorang wanita boleh memahami personaliti dan latar belakang lelaki itu sewaktu bercinta lagi. Pada waktu itu, anda boleh melihat cara perbualan atau kekerapan teman lelaki anda bercerita mengenai ibu atau ahli keluarganya.

Jika anda boleh menerima situasi dia sebagai lelaki 'anak emak', maka anda seharusnya belajar menerima situasi itu dari awal. Jika anda wanita yang tidak dapat bertolak ansur dengan situasi tersebut, sebaiknya anda sudah menamatkan hubungan itu daripada pergi terlalu jauh. Apabila anda memahami lebih awal sifat tersebut, setelah berkahwin anda lebih mudah menyesuaikan diri dengan situasi itu.

Tips # 2 - Memberitahu perasaan

Elakkan naik berang atau pun cemburu tatkala suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya. Ini akan membuatkan dia berasa tertekan dan mendorong kepada keretakan hubungan indah suami isteri.

Cuba beritahu suami apa yang boleh dia lakukan untuk menunjukkan kejujuran, kasih sayang dan keikhlasan dirinya kepada anda. Misalnya, anda berkecil hati apabila terdengar kata-kata sinis dan aduan ibu mertua kepada suami tentang diri anda. Jangan merajuk sebaliknya beritahu kepada suami supaya meminta ibunya berterus-terang dengan anda. Bercakap secara berhadapan boleh mengelakkan syak wasangka. Dengan ini, suami tidak perlu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah.

Tips # 3 - Terbuka dan positif

Apabila anda berfikiran terbuka dan positif, segala tindakan sama ada suami mahupun ibu mertua tidak menjadi masalah besar. Amalkan sikap lebih bersabar dan berdoa agar dapat mengharungi segala masalah dengan tenang. Ibu mertua juga semakin lanjut usia, sudah tentu dia juga inginkan perhatian dan berhak ke atas anak lelakinya. Apabila anda berfikiran begitu, soal kepentingan dan kasih sayang yang utama jarang timbul dalam diari kehidupan yang indah ini.

Tips # 4 - Jalin hubungan baik

Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri anda. Sungguhpun teguran dia kadangkala menyinggung perasaan tetapi jangan lupa tanpa didikan serta pengorbanan wanita tersebut mungkin tiada suami yang tercinta itu.

Berusaha mengambil hati ibu mertua dengan menghadiahkan aksesori barangan kemas pada hari jadinya atau pun merancang majlis untuk hari istimewanya. Lebih manis lagi, berikan sedikit duit saku setiap bulan atau membawa ibu mertua ke pusat beli-belah dan ke spa supaya dia tahu anda menghargai dirinya.

Jika ada sesiapa yang mempunyai tips hebat, jangan lupa kongsikan tips anda di Laman-Seri.

Semoga bermanafaat!


 

0 comments:

buah hati saya

 

* ADIK*

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers


1.10.2011 - Lahir seorang puteri Nur Aisyah Syafiyah dgn tali pusat terbeli 2 kali dgn berat 3kg dan pjg 49cm. lilit kepala 32.5cm. biru semua muka kesan terbelit, jaundise 2 hari dah ok ada bg ubat,

10 hari timbang masih 3kg

16.10.2011 - start batuk jangkit drpd Along/ ayah

20 hari - berat naik 3.5kg

30 hari - berat 3.7kg, pjg 52.5cm, BMI 13.6

31.10.2011 - masuk ICU sebab batuk sampai biru muka tahan nafas.

16.12.2011 - 2 bln berat 5.8kg, pjg 60cm, BMI 16

26.1.2012 - 3 bln berat 6.7kg, pjg 62, BMI 17.4 lilit kepala 41cm

20.2.2012 - 4bln berat 7kg, pjg 63cm, BMI 18.3, UK 44cm, masuk walker boleh gerak keblkg dan depan

20.3.2012 - 5 bln berat 7.5kg, pjg 65cm, BMI 18.5 UK 44cm

20.4.2012 - 6 bln berat 8kg, pjg 65cm, BMI 18.3 UK 44.5cm, boleh meniarap, melentang, angkat dada, faham bile org marah, bla sebut bai-bai cepat2 nk ikut, pandai cari ibu apbila naik walker

7 1/2 bln - boleh duduk

8 bln - demam campak kecik2, boleh merangkak, tumbuh 2 btg gigi bawah

10.6.2012 - tumbuh gigi bawah 2 btg

8.7.2012 - bersunat di Klinik Latifah

11.7.2012 - 8 bln, boleh berdiri sendiri, sudah boleh mkn mcm2,

19.8.2012 - boleh berjalan byk tapak masa raya,dan boleh bunyi 'angah' 'mama' 'ayah'

1.9.2012 - 11 bulan cekap berjalan dan suka pergi ke pintu nk kuar, ke CH dan Hat yai masa raya

Sample Text

Sample Text

BERSIHKANLAH HATI KAMI
KUATKANLAH IMAN KAMI

MURAHKANLAH REZEKI KAMI
JAUHILAH KAMI DARI BENCANA
There was an error in this gadget

* ALONG *

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers 09.03.2004 - Lahir puteraku, berat 3.05kg, pjg 51cm. 09.06.2004 (3 bln) - First time meniarap... sekali jer pastu 4 bulan baru meniarap terus... 09.10.2004 (7 bln) - start tumbuh gigi... xx.12.2004 - dpt demam sekam(tompok merah2 seluruh bdn)... xx.02.2005 - First time naik flight ke Langkawi... 09.03.2005 (1 th) - First time jln lepas tgn di rumah Asoka, masa tue aku tgh lipas baju terus terlepas baju2 nk sambut dia jln ke arah aku... xx.06.2005 - Pindah ke Blok Mawar 28.08.2005 - Berjalan ke Kelantan n Terengganu - kenduri Suria... xx.03.2006 (2 thn) - Start bercakap.. walaupun bahasa Perancis... xx.03.2006 (2 thn) - Start x pakai pampers.. 2006 - dah 5 kali ke Cameron Highland sebab dok kat Tapah xx.08.2006 - dapat Basikal pertama... 09.03.2007 - Hepi besday yang ke 3 tahun sayang... 01.06.2007 - Pindah ke Putrajaya... Ibu dpt kerja kat sana.. 24.10.2007 - kena demam campak (chicken pox) Umur 3 tahun dah pandai tulis nama sendiri (AMMAR, hafal ABC, 123-> 20, hari, waktu solat, alif ba ta.., doa mkn, doa tidor Umur 3 tahun setengah - sgt pandai cakap sejak tengok 611, boleh hafal warna dlm bahasa melayu dan translate ke English Umur 4 thn - mengenal semua huruf A-Z, a-z, kira 1-100, Umur 4 thn 2 bln - boleh baca 2 suku kata, BUKU, SAYA BOLA, suka main game hp/ computer Umur 5 thn - wakil tadika pertandingan silat dan persembahan menari, dpt anugerah Pelajar Cemerlang Tabika KEMAS dan dapat No.1 Umur 6 thn - Wakil Pidato Peringkat TABIKA KEMAS dapat No 1, Wakil Pidato Peringkat Parlimen Putrajaya dapat No 3 (Negara Malaysia Yang ku Cintai), masuk pertandingan membaca, pertandingan mewarna, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang, start buat Math 28+32...41-29... Darjah 1 di Sek. Keb Minden Height.. 1 Zamrud Umur 7 tahun - sdg memahirkan diri in English, suka baca word English.. kalau salah pun tetap akan sebut dan akan tanya kita... balik sekolah ptg main basikal dan terus nk wat homework... kalau x dak homework tetap akan baca/tulis/lukis/warna...x sempat nk mandi dah... dah pandai berdikari di rumah sorang2 kalau ayah ada kelas... mandi, makan, pakai baju sekolah sendiri... basuh kasut sekolah sendiri... hari2 nk mandikan adik... suka main buih sabun tiup buat belon ngan adik.. dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A Umur 8 Tahun - SKMH 2 Zamrud, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A juga.. lancar baca JAwi.. baca IQRA 4 pd bln 9, boleh baca Al Quran agak lancar...

* ANGAH *

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers 26.09.2008 - Lahir Puteriku berat 2.50kg, 49cm pjg.. Jam 12.40tghari, Jumaat, di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra, Kedah... Hari ke-6 - Kena tahan Wad 2 hari sebab jaundise tinggi 350 bacaan.. dibawah lampu biru 3 biji... hari ke-10 - Timbang berat turun 2.3kg... Hari ke-14 - Kena amik darah banyak utk experimen sebab kuning... Hari ke-20 - Timbang berat naik 2.4kg... 24 hari masih kena kuning... prolong jaundise Hari ke-30 - Badan start naik 2.8kg... 2 bln - Berat naik 3.5kg... pandai senyum, pandang bola merah, 3 bln - Berat 5.5kg.. pandai ckp haaa... gigigigi..., hantar pengasuh kak su 2 minggu je badan susut sebab kurang jagaan dan susu... terus minta Acu tolong jaga.. 4 bln - Berat 7.5kg... boleh meniarap, first time tido di Hotel Sri Malaysia, mandi kolam, sudah mula angkat badan nk duduk..start mkn nestum, bubur nasi... 5 bln - First time picnic kat Bagan Lalang dr 8am - 5pm, bergambar ngan kuda.... 6 bln - Berat 8.0kg, boleh golek2, bercuti di Marina Cove ikut ibu berkursus.. 7 bln - Berat 8.5kg, boleh duduk, kenal orang terutama ibu, ayah, along, acu, nk main x mau tido, suka org agah2 akan gelak besar.. 8 bln - berat naik byk 8.9kg.. boleh angkat badan utk merangkak, x mau mkn...hanya minum susu saja...kalau mkn akan muntah sehabisnya... 8 bln 14 hari - Pandai angkat tangan kalau org ckp "babai".. mak tuk ajar.. 9 bln - Start pegang botol sendiri, tumbuh gigi 4 btg terus,tumbuh gigi bawah dulu, bangun sediri dan meniti tepi sofa, berani jln pegang tangan sebelah 10 bln - Faham arahan, berjalan 2-3 tapak tanpa bantuan, suka buli Irin... 11 bln - Dah pandai berjalan tanpa bantuan... 26.09.2010 - Genap umur 1 tahun.. sambut besday di rumah Presint 9, Putrajaya.. 03.12.2010 - Start hantar sekolah kat taska PERMATA... 2bln asyik menangis.. x serasi... mak tok tolong jaga 2 minggu baru ok ke sekolah... 1 thn 2bln - rapat ngan cikgu Bella, mkn sikit2 kat sekolah, masih belum berkawan.. hari2 duduk atas cikgu time nk amik balik sekolah.. sgt manja ngan cikgu... 1 thn 5 bln - baru mula berkawan..nama kwn kiki, baby muiz... dlm buku laporan harian, menari, dgr cerita, tengok tv, main bola, menyanyi... 1 thn setengah - ckp mik yg hujung2 ja IBU-> bu, AYAH -> yah, ALONG -> yong... xx.07.2010 - Bercuti di Bagan Lalang terjatuh dan gigi atas patah... xx.10.2010 - gigi start buruk 1 tahun 8 bulan - First time naik flight ke Sabah... 2 thn - Hapi besday...sambut kat Presint 11, Putrajaya...suka baby.. pantang jumpa baby akan lari dan sentuh baby tersebut x kira dimana2 saja... 3.1.2011 - Start sekolah baru kat Taska Cahaya Mata, Penang, first time pergi ok jer... cuma x faham cikgu ckp loghat Penang.. diam jer kat sekolah... tapi balik umah akan pot pet2 sampai tertido... 3.2.2011 - sebulan dah sekolah kalau tanya mkn apa kat sekolah... hari2 akan jawab nasi goreng, nasi lemak, telur, ayam, sayur... sambil buat mimik muka/mata... 28.02.2011 - boleh ckp agak lancar ada sebutan yang masih kurang jelas, huruf 'L' bunyi 'Y', 'k'k bunyi 'T', 'R' bunyi 'y'..., membahasakan diri 'adik', pandai buat lawak/main2 ngan org cth (sayang ayah jer x sayang ibu)... suka main air mandi basuh tangan... dah start nk kencing di bilik air... sangat manja... suka nyanyi dan dgr lagu 'insyaallah'... tadika di Cahayamata Minden Height dgn Cikgu Zah.. 3 tahun - masuk tadika Hadanah, pandai baca ABC, 123 dan doa2, suka ckp diri sendiri cantik dan sgt marah kalau org ckp 'Angah x cantik'...sudah pandai berdikari, berak kencing x pakai pampers, sudah mula mkn nasi dan sayur, 3 1/2 thn - boleh tulis nama sendiri, kenal dan boleh tulis abc dan 123, x pakai pampers tido mlm..