Info
Lebih sopan untuk anda menyebut thank you atau sorry sebelum anda menolak sesuatu pelawaan atau permintaan. Jangan mulakan ayat anda dengan no kerana perkara ini dianggap biadab dan tidak berhemah.
Contoh pembinaan ayat
1. I'm afraid I can't join you for lunch today. I have some urgent work to complete.
Saya rasa saya tak boleh sertai awak untuk makan tengah hari. Saya ada kerja penting yang perlu disiapkan.
2. I'm sorry, but I really am busy right now.
Maafkan saya, saya memang sibuk sekarang ini.
Maafkan saya, saya betul-betul sibuk sekarang ini.
3. Thank you for the offer, but I need/have to go home early.
Terima kasih atas pelawaan/tawaran itu, tapi saya kena/terpaksa balik awal hari ini.
4. Sorry, but I don't particularly like watching wrestling.
Maaf, tapi saya tak berapa suka/gemar menonton gusti.
5. I'd really/rather not go shopping today. I am very tired after the game.
Kalau boleh, saya tak nak/mahu membeli-belah hari ini. Saya amat letih selepas permainan itu.
6. Thank you, but it's not my idea of resting.
Terima kasih, tapi bukan idea yang baik untuk berehat.
7. Sorry, I'm not really fond of camping.
Maaf, tapi saya tak gemar/tak berapa suka berkhemah.
8. That's very kind of you, but I really have to decline your offer.
Baik hati betul awak ni, tapi saya terpaksa menolak permintaan awak.
0 comments:
Post a Comment