Social Icons

Pages

Wednesday, September 19, 2012

info: Analisis fungsi otak


dipetik dari berita harian 



Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my


LIHAT...(berdiri dari kiri) Efnie dan Wong melihat kanak-kanak yang  melakukan analisa cap jari.
LIHAT...(berdiri dari kiri) Efnie dan Wong melihat kanak-kanak yang melakukan analisa cap jari.
SEJAK dilahirkan, kanak-kanak memiliki bakat semula jadi yang secara lazimnya dapat diperhatikan ketika mereka masih kecil lagi.

Bakat semula jadi ini bukan dibina melalui proses penyesuaian luar atau dilatih tetapi potensi diri mereka berdasarkan kecenderungan atau cara minda bertindak balas terhadap lingkungan stimulasi. 




   

  • Foto
    TUNJUK...Alya Izzati Zainal Abidin, 11, menunjukkan keputusan analisis cap jarinya.
  • Foto
    EFNIE...kaji selidik pemikiran dan fungsi otak yang sangat menarik.
Ia boleh dikenal pasti sejak awal melalui analisa cap jari anak yang bertujuan untuk memberi idea kepada ibu bapa berusaha menyokong si kecil menerusi bakat dimiliki. 

Justeru, satu program analisis cap jari diperkenalkan melalui kempen Kenali Potensi Si Manja Dutch Lady bagi mengesan bakat semula jadi si kecil.

Menerusi analisis berkenaan, jari yang paling dominan dianalisis menerusi ukuran biometrik untuk mengkaji profil fungsi otak.

Analisis 10 jari tangan yang dilakukan selama 15 minit itu akan memberikan keputusan mengenai potensi sebenar anak untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa. 

Menurut Ketua Pembangunan Bahagian Psikologi Universiti Maranatha Christian, Indonesia, Efnie Indrianie, menggunakan analisis cap jari bagi mengenali perbezaan susunan formasi saraf otak adalah untuk membantu mengesan potensi kanak-kanak. 

Meneroka potensi si kecil dianggap satu kaji selidik yang sangat menarik dari segi penyelidikan pemikiran (kognitif) dan fungsi otak. 

Penyelidikan berkenaan berjaya membuktikan corak cap jari terbentuk di dalam janin di antara minggu 13 hingga 19 semasa dalam kandungan. 

"Setiap kanak-kanak adalah individu yang unik kerana mempunyai profil fungsi otak berbeza antara satu sama lain yang terbentuk sejak dilahirkan. 

"Analisis cap jari adalah salah satu kaedah yang boleh membantu ibu bapa mengenal pasti potensi bakat yang paling hebat di dalam diri si anak. 

"Ia boleh membantu ibu bapa menentukan rangsangan yang betul untuk memupuk potensi anak dengan lebih giat. Misalnya, seorang kanak-kanak yang berbakat dalam muzik tetapi lemah matematik boleh menggunakan bakatnya sebagai penyokong dalam pembelajaran," kata Efnie.

Dia percaya kajiannya dapat membantu si kecil membina kemahiran muzik serta matematik pada masa sama.

Jelasnya, analisa berkenaan juga dapat membantu ibu bapa yang mempunyai zuriat daripada kalangan orang kelainan upaya (OKU) bagi mengesan potensi dimiliki untuk mereka berjaya. 

Tinjauan penelitian yang dijalankan di Indonesia oleh Makmal Psychobiometric (Spectrum Synergy Biometric) mendapati 75 peratus kanak-kanak biasanya menunjukkan sifat yang selari dengan keputusan analisa cap jari manakala 25 peratus lebih cenderung kepada pengaruh dan pendidikan daripada alam sekitar serta budaya. 

Analisa cap jari yang dikendalikan melalui kempen berkenaan membolehkan ibu bapa mengenal pasti lima cabang luas bakat semula jadi anak mengikut kumpulan yang ditentukan oleh corak cap jari.

Antara kategori potensi anak yang dapat ditentukan melalui cap jari adalah Si Kreatif, Si Berani, Si Mahir, Si Fasih dan Si Pemerhati. 

Sementara itu, menurut Pengarah Kanan Jenama, Dutch Lady Malaysia, Wong Vai Chi, analisa cap jari adalah kaedah inovatif untuk mengenal pasti potensi bakat dan cara pembelajaran anak bagi membantu ibu bapa mengoptimumkan rangsangan dan bimbingan mengikut bakat dimiliki.

"Di Dutch Lady Malaysia, amat penting bagi kami untuk memainkan peranan sebagai rakan seperjuangan kepada ibu bapa bagi memenuhi keperluan rangsangan dan pemakanan anak untuk perkembangan otak yang lebih baik. 

"Justeru, kami memperluaskan skop ini dengan memperkenalkan inovasi analisa cap jari yang terbaru untuk ibu bapa mencari cara memberikan yang terbaik kepada anak mereka," jelasnya ketika memperkenalkan program berkenaan, baru-baru ini. 

Tambahnya, untuk memperkenalkan teknologi analisa cap jari dan mendidik ibu bapa mengenai cara memupuk potensi anak mereka, jenama berkenaan akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bermula 5 Oktober hingga 25 November ini. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.smartmoments.com.my atau lawati laman Facebook Kelab Ibu Dutch Lady di www.facebook.com/DutchLady.SmartMoments. 



Fakta: 

Analisa jari untuk menentukan potensi kanak-kanak apabila mereka dewasa: 

1. Si Kreatif. Bakat semula jadi yang mewakili ibu jari mempunyai ciri unik kreatif iaitu keupayaan mengenal pasti, mencari dan mengembangkan idea baru. Ia terdiri daripada dua jenis iaitu Si Kreatif Sistem dan Si Kreatif Pengantara. 

Si Kreatif Sistem dapat dikesan melalui ibu jari kanan. Seorang kanak-kanak dengan bakat semula jadi dalam bidang ini mempunyai potensi menjadi pereka bentuk dan membangunkan sistem organisasi yang kecil ataupun besar. Kerjaya yang sesuai oleh Si Kreatif Sistem adalah ahli psikologi dalam bidang sumber manusia dan pengarah syarikat jika terbabit dalam sektor perniagaan. 

Si Kreatif Pengantara diwakili oleh ibu jari kiri. Biasanya kanak-kanak ini mempunyai potensi menjadi seorang pengantara dalam pelbagai jenis perhubungan secara rasmi atau tidak rasmi. Jika anak memilih kerjaya di bidang politik, dia berupaya menjadi diplomat berjaya atau berkeupayaan bekerja sebagai kaunselor dan ahli terapi. 


2. Si Berani boleh dikenal pasti melalui analisa pada jari telunjuk yang berkeupayaan dalam penyelesaian masalah. Ia mempunyai dua kategori berbeza iaitu Si Berani Berinisiatif dan Si Berani Yang Inovatif.

Si Berani Beinisiatif diwakili oleh jari telunjuk kanan. Kanak-kanak yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang ini lazimnya mempamerkan keupayaan yang menyokong pilihan kerjaya dalam bidang sains. Kerjaya sesuai dengan mereka adalah bidang teknologi maklumat, saintis, ahli antropologi atau penganalisa perniagaan. 

Si Berani Yang Inovatif pula boleh dikenal pasti menggunakan jari telunjuk kiri. Mereka mempunyai keupayaan bekerja dalam satu kumpulan kreatif yang bebas melahirkan idea menarik. Kerjaya yang sesuai dengan mereka adalah bidang pembinaan seperti arkitek atau pereka hiasan dalaman, pengarah di dalam industri perfileman dan komposer.


3. Si Mahir boleh diwakili melalui analisa jari tengah. Ciri unik Si Mahir adalah berkeupayaan mengendali sistem atau program dengan cekap. Ia mempunyai dua kategori iaitu Si Mahir Teknikal dan Si Mahir Artistik.

Si Mahir Teknikal diwakili melalui jari tengah kanan yang dapat menjelaskan kejayaan mereka di dalam kerjaya sebagai pengurus operasi, juruteknik atau juruterbang. 

Si Mahir Artistik mempunyai keupayaan bekerja dalam apa juga jenis kerjaya berhubung seni pergerakan badan dan membabitkan ketangkasan. Ia dapat ditentukan melalui imbasan jari tengah sebelah kiri dan pilihan kerjaya yang sesuai adalah atlet profesional, jurulatih, pereka seni tari, pelukis, doktor gigi, pakar bedah dan pakar estetik. 


4. Si Fasih boleh dikenal pasti melalui imbasan jari manis yang berkeupayaan menyampaikan maklumat secara lisan mahupun bertulis dengan baik. Bidang kerjaya yang sesuai dengan mereka boleh dipastikan melalui imbasan jari manis di sebelah kiri dan kanan. 

Si Fasih Bersistematik boleh dikesan menerusi jari manis kanan. Mereka mempunyai keupayaan mencapai kejayaan sebagai penyampai secara lisan, bertulis dalam cara berstruktur. Misalnya, kanak-kanak yang mempunyai mempunyai bakat semula jadi ini berpotensi dalam bidang politik, wartawan atau pembaca berita. 

Si Fasih Yang Kreatif pula diketahui dengan menganalisa jari manis kiri. Mereka berpotensi menjadi pereka grafik, pengarah muzik atau cemerlang sebagai ejen publisiti bagi kumpulan pemasaran. 


5. Si Pemerhati boleh dilihat menerusi analisa jari kelengkeng. Ciri unik kanak-kanak di dalam kategori ini adalah mempunyai keupayaan memerhati fenomena sosial atau peristiwa di sekitarnya. 

Si Pemerhati Rujukan diwakili oleh jari kelengkeng kanan. Seorang kanak-kanak dengan bakat semula jadi ini mempunyai keupayaan memerhati perubahan dalam trend atau inovasi yang berlaku di sekitarnya. Kerjaya yang sesuai dengan mereka adalah penganalisa fesyen. 

Si Pemerhati Fenomena ini diwakili oleh jari kelengkeng kiri. Kanak-kanak ini mempunyai keupayaan memerhati fenomena sosial atau peristiwa di sekitarnya. 
Potensi mereka dapat digilap dalam bidang sosiologi, boleh menjadi penganalisa atau pemerhati sosial. Sekiranya menceburi bidang penjagaan kesihatan, kanak-kanak ini akan menunjukkan prestasi baik dalam bidang perkhidmatan kesihatan awam sebagai penganalisis.




0 comments:

buah hati saya

 

* ADIK*

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers


1.10.2011 - Lahir seorang puteri Nur Aisyah Syafiyah dgn tali pusat terbeli 2 kali dgn berat 3kg dan pjg 49cm. lilit kepala 32.5cm. biru semua muka kesan terbelit, jaundise 2 hari dah ok ada bg ubat,

10 hari timbang masih 3kg

16.10.2011 - start batuk jangkit drpd Along/ ayah

20 hari - berat naik 3.5kg

30 hari - berat 3.7kg, pjg 52.5cm, BMI 13.6

31.10.2011 - masuk ICU sebab batuk sampai biru muka tahan nafas.

16.12.2011 - 2 bln berat 5.8kg, pjg 60cm, BMI 16

26.1.2012 - 3 bln berat 6.7kg, pjg 62, BMI 17.4 lilit kepala 41cm

20.2.2012 - 4bln berat 7kg, pjg 63cm, BMI 18.3, UK 44cm, masuk walker boleh gerak keblkg dan depan

20.3.2012 - 5 bln berat 7.5kg, pjg 65cm, BMI 18.5 UK 44cm

20.4.2012 - 6 bln berat 8kg, pjg 65cm, BMI 18.3 UK 44.5cm, boleh meniarap, melentang, angkat dada, faham bile org marah, bla sebut bai-bai cepat2 nk ikut, pandai cari ibu apbila naik walker

7 1/2 bln - boleh duduk

8 bln - demam campak kecik2, boleh merangkak, tumbuh 2 btg gigi bawah

10.6.2012 - tumbuh gigi bawah 2 btg

8.7.2012 - bersunat di Klinik Latifah

11.7.2012 - 8 bln, boleh berdiri sendiri, sudah boleh mkn mcm2,

19.8.2012 - boleh berjalan byk tapak masa raya,dan boleh bunyi 'angah' 'mama' 'ayah'

1.9.2012 - 11 bulan cekap berjalan dan suka pergi ke pintu nk kuar, ke CH dan Hat yai masa raya

Sample Text

Sample Text

BERSIHKANLAH HATI KAMI
KUATKANLAH IMAN KAMI

MURAHKANLAH REZEKI KAMI
JAUHILAH KAMI DARI BENCANA

* ALONG *

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers 09.03.2004 - Lahir puteraku, berat 3.05kg, pjg 51cm. 09.06.2004 (3 bln) - First time meniarap... sekali jer pastu 4 bulan baru meniarap terus... 09.10.2004 (7 bln) - start tumbuh gigi... xx.12.2004 - dpt demam sekam(tompok merah2 seluruh bdn)... xx.02.2005 - First time naik flight ke Langkawi... 09.03.2005 (1 th) - First time jln lepas tgn di rumah Asoka, masa tue aku tgh lipas baju terus terlepas baju2 nk sambut dia jln ke arah aku... xx.06.2005 - Pindah ke Blok Mawar 28.08.2005 - Berjalan ke Kelantan n Terengganu - kenduri Suria... xx.03.2006 (2 thn) - Start bercakap.. walaupun bahasa Perancis... xx.03.2006 (2 thn) - Start x pakai pampers.. 2006 - dah 5 kali ke Cameron Highland sebab dok kat Tapah xx.08.2006 - dapat Basikal pertama... 09.03.2007 - Hepi besday yang ke 3 tahun sayang... 01.06.2007 - Pindah ke Putrajaya... Ibu dpt kerja kat sana.. 24.10.2007 - kena demam campak (chicken pox) Umur 3 tahun dah pandai tulis nama sendiri (AMMAR, hafal ABC, 123-> 20, hari, waktu solat, alif ba ta.., doa mkn, doa tidor Umur 3 tahun setengah - sgt pandai cakap sejak tengok 611, boleh hafal warna dlm bahasa melayu dan translate ke English Umur 4 thn - mengenal semua huruf A-Z, a-z, kira 1-100, Umur 4 thn 2 bln - boleh baca 2 suku kata, BUKU, SAYA BOLA, suka main game hp/ computer Umur 5 thn - wakil tadika pertandingan silat dan persembahan menari, dpt anugerah Pelajar Cemerlang Tabika KEMAS dan dapat No.1 Umur 6 thn - Wakil Pidato Peringkat TABIKA KEMAS dapat No 1, Wakil Pidato Peringkat Parlimen Putrajaya dapat No 3 (Negara Malaysia Yang ku Cintai), masuk pertandingan membaca, pertandingan mewarna, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang, start buat Math 28+32...41-29... Darjah 1 di Sek. Keb Minden Height.. 1 Zamrud Umur 7 tahun - sdg memahirkan diri in English, suka baca word English.. kalau salah pun tetap akan sebut dan akan tanya kita... balik sekolah ptg main basikal dan terus nk wat homework... kalau x dak homework tetap akan baca/tulis/lukis/warna...x sempat nk mandi dah... dah pandai berdikari di rumah sorang2 kalau ayah ada kelas... mandi, makan, pakai baju sekolah sendiri... basuh kasut sekolah sendiri... hari2 nk mandikan adik... suka main buih sabun tiup buat belon ngan adik.. dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A Umur 8 Tahun - SKMH 2 Zamrud, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A juga.. lancar baca JAwi.. baca IQRA 4 pd bln 9, boleh baca Al Quran agak lancar...

* ANGAH *

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers 26.09.2008 - Lahir Puteriku berat 2.50kg, 49cm pjg.. Jam 12.40tghari, Jumaat, di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra, Kedah... Hari ke-6 - Kena tahan Wad 2 hari sebab jaundise tinggi 350 bacaan.. dibawah lampu biru 3 biji... hari ke-10 - Timbang berat turun 2.3kg... Hari ke-14 - Kena amik darah banyak utk experimen sebab kuning... Hari ke-20 - Timbang berat naik 2.4kg... 24 hari masih kena kuning... prolong jaundise Hari ke-30 - Badan start naik 2.8kg... 2 bln - Berat naik 3.5kg... pandai senyum, pandang bola merah, 3 bln - Berat 5.5kg.. pandai ckp haaa... gigigigi..., hantar pengasuh kak su 2 minggu je badan susut sebab kurang jagaan dan susu... terus minta Acu tolong jaga.. 4 bln - Berat 7.5kg... boleh meniarap, first time tido di Hotel Sri Malaysia, mandi kolam, sudah mula angkat badan nk duduk..start mkn nestum, bubur nasi... 5 bln - First time picnic kat Bagan Lalang dr 8am - 5pm, bergambar ngan kuda.... 6 bln - Berat 8.0kg, boleh golek2, bercuti di Marina Cove ikut ibu berkursus.. 7 bln - Berat 8.5kg, boleh duduk, kenal orang terutama ibu, ayah, along, acu, nk main x mau tido, suka org agah2 akan gelak besar.. 8 bln - berat naik byk 8.9kg.. boleh angkat badan utk merangkak, x mau mkn...hanya minum susu saja...kalau mkn akan muntah sehabisnya... 8 bln 14 hari - Pandai angkat tangan kalau org ckp "babai".. mak tuk ajar.. 9 bln - Start pegang botol sendiri, tumbuh gigi 4 btg terus,tumbuh gigi bawah dulu, bangun sediri dan meniti tepi sofa, berani jln pegang tangan sebelah 10 bln - Faham arahan, berjalan 2-3 tapak tanpa bantuan, suka buli Irin... 11 bln - Dah pandai berjalan tanpa bantuan... 26.09.2010 - Genap umur 1 tahun.. sambut besday di rumah Presint 9, Putrajaya.. 03.12.2010 - Start hantar sekolah kat taska PERMATA... 2bln asyik menangis.. x serasi... mak tok tolong jaga 2 minggu baru ok ke sekolah... 1 thn 2bln - rapat ngan cikgu Bella, mkn sikit2 kat sekolah, masih belum berkawan.. hari2 duduk atas cikgu time nk amik balik sekolah.. sgt manja ngan cikgu... 1 thn 5 bln - baru mula berkawan..nama kwn kiki, baby muiz... dlm buku laporan harian, menari, dgr cerita, tengok tv, main bola, menyanyi... 1 thn setengah - ckp mik yg hujung2 ja IBU-> bu, AYAH -> yah, ALONG -> yong... xx.07.2010 - Bercuti di Bagan Lalang terjatuh dan gigi atas patah... xx.10.2010 - gigi start buruk 1 tahun 8 bulan - First time naik flight ke Sabah... 2 thn - Hapi besday...sambut kat Presint 11, Putrajaya...suka baby.. pantang jumpa baby akan lari dan sentuh baby tersebut x kira dimana2 saja... 3.1.2011 - Start sekolah baru kat Taska Cahaya Mata, Penang, first time pergi ok jer... cuma x faham cikgu ckp loghat Penang.. diam jer kat sekolah... tapi balik umah akan pot pet2 sampai tertido... 3.2.2011 - sebulan dah sekolah kalau tanya mkn apa kat sekolah... hari2 akan jawab nasi goreng, nasi lemak, telur, ayam, sayur... sambil buat mimik muka/mata... 28.02.2011 - boleh ckp agak lancar ada sebutan yang masih kurang jelas, huruf 'L' bunyi 'Y', 'k'k bunyi 'T', 'R' bunyi 'y'..., membahasakan diri 'adik', pandai buat lawak/main2 ngan org cth (sayang ayah jer x sayang ibu)... suka main air mandi basuh tangan... dah start nk kencing di bilik air... sangat manja... suka nyanyi dan dgr lagu 'insyaallah'... tadika di Cahayamata Minden Height dgn Cikgu Zah.. 3 tahun - masuk tadika Hadanah, pandai baca ABC, 123 dan doa2, suka ckp diri sendiri cantik dan sgt marah kalau org ckp 'Angah x cantik'...sudah pandai berdikari, berak kencing x pakai pampers, sudah mula mkn nasi dan sayur, 3 1/2 thn - boleh tulis nama sendiri, kenal dan boleh tulis abc dan 123, x pakai pampers tido mlm..