Social Icons

Pages

Wednesday, June 29, 2011

INFO : Khasiat pisang


Khasiat pisang

 
 
Pisang bantu elak morning sickness
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,Pokok pisang yang tergolong dalam keluarga Musaceae ini sememangnya ditanam untuk buahnya yang dijadikan makanan. Selain itu, pokok pisang juga ditanam untuk penghasilan serat untuk digunakan dalam industri tekstil dan juga tujuan hiasan.Pada mulanya, pokok pisang merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara. Kini ia telah dikomersialkan kerana ia mudah untuk ditanam. Ði Malaysia, kultivar seperti pisang emas, berangan, Cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Manakala kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.
 
 
pokok pisang merah
 
 
 
pokok pisang hijau
Terdapat beberapa jenis pisang yang terdapat di pasaran di seluruh dunia. Jenis yang biasa ditemui adalah pisang berwarna kuning. Jenis yang lain pula adalah seperti pisang merah iaitu pisang yang mempunyai kulit berwarna hijau merah dan buah berwarna merah jambu. Rasanya amat manis seperti pisang kuning. Semakin merah buahnya, semakin banyak kandungan karotenanya. Malah ada yang berpendapat pisang merah ini lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan pisang kuning.Pisang daripada jenis 'apple' adalah lebih kecil dan berukuran kira-kira 8 hingga 10 sentimeter. Buah jenis inilebih cepat matang dan ia berwarna kuning. Pisang daripada jenis 'baby' pula adalah jenis yang kecil dan berukuran kira-kira 6 hingga 8 sentimeter. Isinya berwarna kuning dan dikatakan jenis yang paling manis dalam keluarga pisang.
 
 
 
pisang hijau / kuning
 
 
 
 
pisang merah dari sumber irl-lis
 
 
 
pisang merah
 
 
Buah pisang yang berwarna kuning banyak dimakan oleh penggemar pisang. Ia adalah cantuman antara pokok pisang hijau dan merah daripada spesies Musa acuminate atau hibrid Musa x paradisiacal.Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa pisang mempunyai khasiat dan kebaikan kepada kesihatan manusia. Pisang mengandungi gula sperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Kandunga serat yang terdapat di dalamnya juga telah menjadikan pisangn amat ideal sebagai sumber tenaga segera. Oleh sebab itulah, pisang sering menjadi pilihan para atlet untuk dimakan bagi menambahkan tenaga sewaktu menjalani latihan.
 
Pisang mampu buat anda gembira
 
Buah pisang mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin. Ðengan memakan pisang dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan. Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.Buah pisang juga amat tinggi kandungan unsur besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin tubuh. Mereka yang mengalami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang untuk menambah unsur besi dalam tubuh.
 
 
Melegakan sembelit
 
Berikutan dengan kandungan serat yang terdapat di dalam buah pisang , ia dikatakan mampu membantu mengembalikan semula fungsi usus kepada keadaan normal. Pisang juga turut mengandungi kalium (potassium) yang tinggi serta pektin (serat mudah larut) yang dikatakan mampu membantu menormalkan pergerakan melalui saluran pencernaan. Mereka yang sering mengalami masalah sembelit boleh memakan pisang untuk memudahkan proses pencernaan.Kajian yang telah diterbitkan dalam Arkib Ophthalmology telah membuktikan bahawa orang dewasa yang mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan buah sehari mampu mengurangkan risiko (kira-kira 36%) pembentukan kemerosotan makular berkaitan dengan usia (ARMÐ) yang juga merupakan penyebab kehilangan penglihatan pada orang dewasa.
 
Menguatkan tulang
 
Buah pisang juga kaya dengan sumber fruktooligosakarid, iaitu sejenis sebatian yang memberi khasiat bakteria probiotik dalam usus besar. Bakteria baik ini menghasilkan enzim yang meningkatkan kebolehan pencernaan dan melindungi diri daripada jangkitan bakteria tidak sihat. Bakteria probiotik ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap kalsium. Ini juga bermakna pisang berguna untuk menguatkan tulang manusia.
 
Mengurangkan risiko pembentukan penyakit
 
Satu kajian yang telah diterbitkan dalam International Journal of Cancer, telah menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya pisang, setiap hari mampu melindungi kesihatan buah pinggang.Wanita yang memakan buah pisang sebanyak empat hingga enam kali seminggu dikatakan mengurangkan risiko pembentukan penyakit jika dibandingkan dengan mereka yang tidak memakan buah ini. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya pisang, kubis dan sayuran berubi mampu mengurangkan risiko kanser buah pinggang. Ini adalah disebabkan pisang dan kebanyakan sayuran berubi mengandungi sejumlah tinggi sebatian fenolik antioksidan.
 
Melegakan pedih ulu hati dan 'morning sickness'
 
Pisang juga mempunyai kesan antiasid semulajadi kepada tubuh. Oleh itu, jika anda menderita masalah pedih ulu hati, cubalah memakan pisang untuk melegakannya. Bagi ibu hamil pula, dengan memakan buah pisang dikatakan mampu memastikan tahap gula dalam darah meningkat dan keadaan ini mampu mengelakkan anda daripada mengalami masalah 'morning sickness'.Buah pisang juga mampu membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ini adalah kerana ia mengandungi vitamin B6 dan B12, kalium dan magnesium yang mampu membantu tubuh sembuh daripada kesan penarikan nikotin.
 
Merangsang otak
 
Pisang membantu merangsang fungsi otak yang disebabkan oleh potassium yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan mendapati potassium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati-hati. Cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. Ia mungkin membantu.
 
Penampilan menawan
 
Sejak zaman nenek moyang kita, pisang telah digunakan sebagai bahan untuk topeng kecantikan wajah. Ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat di dalam pisang. Cuba resipi ini untuk mendapatkan kulit menawan. Kisar pisang dengan madu dan beberapa titik oren. Sapukan pada muka, biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah pisang, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.Sumber : MW#1429 dan SihatSelaluCapaian entry berkaitan :Cantik, bijak dengan pisang?Kedaulatan Pulau PisangKebaikan makan pisang

buah hati saya

 

* ADIK*

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers


1.10.2011 - Lahir seorang puteri Nur Aisyah Syafiyah dgn tali pusat terbeli 2 kali dgn berat 3kg dan pjg 49cm. lilit kepala 32.5cm. biru semua muka kesan terbelit, jaundise 2 hari dah ok ada bg ubat,

10 hari timbang masih 3kg

16.10.2011 - start batuk jangkit drpd Along/ ayah

20 hari - berat naik 3.5kg

30 hari - berat 3.7kg, pjg 52.5cm, BMI 13.6

31.10.2011 - masuk ICU sebab batuk sampai biru muka tahan nafas.

16.12.2011 - 2 bln berat 5.8kg, pjg 60cm, BMI 16

26.1.2012 - 3 bln berat 6.7kg, pjg 62, BMI 17.4 lilit kepala 41cm

20.2.2012 - 4bln berat 7kg, pjg 63cm, BMI 18.3, UK 44cm, masuk walker boleh gerak keblkg dan depan

20.3.2012 - 5 bln berat 7.5kg, pjg 65cm, BMI 18.5 UK 44cm

20.4.2012 - 6 bln berat 8kg, pjg 65cm, BMI 18.3 UK 44.5cm, boleh meniarap, melentang, angkat dada, faham bile org marah, bla sebut bai-bai cepat2 nk ikut, pandai cari ibu apbila naik walker

7 1/2 bln - boleh duduk

8 bln - demam campak kecik2, boleh merangkak, tumbuh 2 btg gigi bawah

10.6.2012 - tumbuh gigi bawah 2 btg

8.7.2012 - bersunat di Klinik Latifah

11.7.2012 - 8 bln, boleh berdiri sendiri, sudah boleh mkn mcm2,

19.8.2012 - boleh berjalan byk tapak masa raya,dan boleh bunyi 'angah' 'mama' 'ayah'

1.9.2012 - 11 bulan cekap berjalan dan suka pergi ke pintu nk kuar, ke CH dan Hat yai masa raya

Sample Text

Sample Text

BERSIHKANLAH HATI KAMI
KUATKANLAH IMAN KAMI

MURAHKANLAH REZEKI KAMI
JAUHILAH KAMI DARI BENCANA

* ALONG *

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers 09.03.2004 - Lahir puteraku, berat 3.05kg, pjg 51cm. 09.06.2004 (3 bln) - First time meniarap... sekali jer pastu 4 bulan baru meniarap terus... 09.10.2004 (7 bln) - start tumbuh gigi... xx.12.2004 - dpt demam sekam(tompok merah2 seluruh bdn)... xx.02.2005 - First time naik flight ke Langkawi... 09.03.2005 (1 th) - First time jln lepas tgn di rumah Asoka, masa tue aku tgh lipas baju terus terlepas baju2 nk sambut dia jln ke arah aku... xx.06.2005 - Pindah ke Blok Mawar 28.08.2005 - Berjalan ke Kelantan n Terengganu - kenduri Suria... xx.03.2006 (2 thn) - Start bercakap.. walaupun bahasa Perancis... xx.03.2006 (2 thn) - Start x pakai pampers.. 2006 - dah 5 kali ke Cameron Highland sebab dok kat Tapah xx.08.2006 - dapat Basikal pertama... 09.03.2007 - Hepi besday yang ke 3 tahun sayang... 01.06.2007 - Pindah ke Putrajaya... Ibu dpt kerja kat sana.. 24.10.2007 - kena demam campak (chicken pox) Umur 3 tahun dah pandai tulis nama sendiri (AMMAR, hafal ABC, 123-> 20, hari, waktu solat, alif ba ta.., doa mkn, doa tidor Umur 3 tahun setengah - sgt pandai cakap sejak tengok 611, boleh hafal warna dlm bahasa melayu dan translate ke English Umur 4 thn - mengenal semua huruf A-Z, a-z, kira 1-100, Umur 4 thn 2 bln - boleh baca 2 suku kata, BUKU, SAYA BOLA, suka main game hp/ computer Umur 5 thn - wakil tadika pertandingan silat dan persembahan menari, dpt anugerah Pelajar Cemerlang Tabika KEMAS dan dapat No.1 Umur 6 thn - Wakil Pidato Peringkat TABIKA KEMAS dapat No 1, Wakil Pidato Peringkat Parlimen Putrajaya dapat No 3 (Negara Malaysia Yang ku Cintai), masuk pertandingan membaca, pertandingan mewarna, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang, start buat Math 28+32...41-29... Darjah 1 di Sek. Keb Minden Height.. 1 Zamrud Umur 7 tahun - sdg memahirkan diri in English, suka baca word English.. kalau salah pun tetap akan sebut dan akan tanya kita... balik sekolah ptg main basikal dan terus nk wat homework... kalau x dak homework tetap akan baca/tulis/lukis/warna...x sempat nk mandi dah... dah pandai berdikari di rumah sorang2 kalau ayah ada kelas... mandi, makan, pakai baju sekolah sendiri... basuh kasut sekolah sendiri... hari2 nk mandikan adik... suka main buih sabun tiup buat belon ngan adik.. dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A Umur 8 Tahun - SKMH 2 Zamrud, dapat Anugerah Pelajar Cemerlang sebab dapat 5A juga.. lancar baca JAwi.. baca IQRA 4 pd bln 9, boleh baca Al Quran agak lancar...

* ANGAH *

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers 26.09.2008 - Lahir Puteriku berat 2.50kg, 49cm pjg.. Jam 12.40tghari, Jumaat, di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra, Kedah... Hari ke-6 - Kena tahan Wad 2 hari sebab jaundise tinggi 350 bacaan.. dibawah lampu biru 3 biji... hari ke-10 - Timbang berat turun 2.3kg... Hari ke-14 - Kena amik darah banyak utk experimen sebab kuning... Hari ke-20 - Timbang berat naik 2.4kg... 24 hari masih kena kuning... prolong jaundise Hari ke-30 - Badan start naik 2.8kg... 2 bln - Berat naik 3.5kg... pandai senyum, pandang bola merah, 3 bln - Berat 5.5kg.. pandai ckp haaa... gigigigi..., hantar pengasuh kak su 2 minggu je badan susut sebab kurang jagaan dan susu... terus minta Acu tolong jaga.. 4 bln - Berat 7.5kg... boleh meniarap, first time tido di Hotel Sri Malaysia, mandi kolam, sudah mula angkat badan nk duduk..start mkn nestum, bubur nasi... 5 bln - First time picnic kat Bagan Lalang dr 8am - 5pm, bergambar ngan kuda.... 6 bln - Berat 8.0kg, boleh golek2, bercuti di Marina Cove ikut ibu berkursus.. 7 bln - Berat 8.5kg, boleh duduk, kenal orang terutama ibu, ayah, along, acu, nk main x mau tido, suka org agah2 akan gelak besar.. 8 bln - berat naik byk 8.9kg.. boleh angkat badan utk merangkak, x mau mkn...hanya minum susu saja...kalau mkn akan muntah sehabisnya... 8 bln 14 hari - Pandai angkat tangan kalau org ckp "babai".. mak tuk ajar.. 9 bln - Start pegang botol sendiri, tumbuh gigi 4 btg terus,tumbuh gigi bawah dulu, bangun sediri dan meniti tepi sofa, berani jln pegang tangan sebelah 10 bln - Faham arahan, berjalan 2-3 tapak tanpa bantuan, suka buli Irin... 11 bln - Dah pandai berjalan tanpa bantuan... 26.09.2010 - Genap umur 1 tahun.. sambut besday di rumah Presint 9, Putrajaya.. 03.12.2010 - Start hantar sekolah kat taska PERMATA... 2bln asyik menangis.. x serasi... mak tok tolong jaga 2 minggu baru ok ke sekolah... 1 thn 2bln - rapat ngan cikgu Bella, mkn sikit2 kat sekolah, masih belum berkawan.. hari2 duduk atas cikgu time nk amik balik sekolah.. sgt manja ngan cikgu... 1 thn 5 bln - baru mula berkawan..nama kwn kiki, baby muiz... dlm buku laporan harian, menari, dgr cerita, tengok tv, main bola, menyanyi... 1 thn setengah - ckp mik yg hujung2 ja IBU-> bu, AYAH -> yah, ALONG -> yong... xx.07.2010 - Bercuti di Bagan Lalang terjatuh dan gigi atas patah... xx.10.2010 - gigi start buruk 1 tahun 8 bulan - First time naik flight ke Sabah... 2 thn - Hapi besday...sambut kat Presint 11, Putrajaya...suka baby.. pantang jumpa baby akan lari dan sentuh baby tersebut x kira dimana2 saja... 3.1.2011 - Start sekolah baru kat Taska Cahaya Mata, Penang, first time pergi ok jer... cuma x faham cikgu ckp loghat Penang.. diam jer kat sekolah... tapi balik umah akan pot pet2 sampai tertido... 3.2.2011 - sebulan dah sekolah kalau tanya mkn apa kat sekolah... hari2 akan jawab nasi goreng, nasi lemak, telur, ayam, sayur... sambil buat mimik muka/mata... 28.02.2011 - boleh ckp agak lancar ada sebutan yang masih kurang jelas, huruf 'L' bunyi 'Y', 'k'k bunyi 'T', 'R' bunyi 'y'..., membahasakan diri 'adik', pandai buat lawak/main2 ngan org cth (sayang ayah jer x sayang ibu)... suka main air mandi basuh tangan... dah start nk kencing di bilik air... sangat manja... suka nyanyi dan dgr lagu 'insyaallah'... tadika di Cahayamata Minden Height dgn Cikgu Zah.. 3 tahun - masuk tadika Hadanah, pandai baca ABC, 123 dan doa2, suka ckp diri sendiri cantik dan sgt marah kalau org ckp 'Angah x cantik'...sudah pandai berdikari, berak kencing x pakai pampers, sudah mula mkn nasi dan sayur, 3 1/2 thn - boleh tulis nama sendiri, kenal dan boleh tulis abc dan 123, x pakai pampers tido mlm..