SETIAP KALI BANGUN TIDUR DAN SEBELUM TIDUR
Oleh : Master Hadzrin
Ini adalah amalan yang sangat mudah tapi tak ramai yang sanggup buat atau buat-buat tak nak
buat. Pasal ia mudah lah orang tak yakin keberkesanannya. Padahal ia adalah amalan yang sangat hebat jika dilakukan.
Bagaimana amalannya? Setiap kali selepas anda bangun dari tidur, anda ucapkan dalam hati “
TERIMA KASIH ALLAH” 21X
Jika Bukan Islam, boleh ucapkan “TERIMA KASIH” 21X
Mudah bukan ? Kalau anda boleh lakukan berterusan selama 30 hari , saya jamin anda akan lihat satu perubahan besar pada diri anda.
Tak percaya amalan ini sangat hebat ?
Menurut kajian, setiap kali kita bangun dari tidur, minda kita pada waktu itu dalam keadaan segar dan apa yang kita lihat atau bayangkan ia akan memprogramkan dalam minda untuk
menghantarkan gelombang tenaga ke alam semester. Bila ditambahkan dengan ucapan Terima
kasih, ia akan menghantar gelombang minda dengan lebih pantas dan lebih kuat.
Ucapan Terima Kasih sendiri mempunyai Gelombang Tenaga yang sangat kuat. Kajian sudah
dibuktikan dengan mengucapkan terima kasih pada secawan air putih, molekul air tersebut bertukar menjadi Kristal dan cantik.
Sebab itu ada setengah pengamal perubatan Alternatif mengamalkan mengucapkan terima kasih pada air biasa untuk diberi minum pada pesakit dan secara luar biasa pesakit itu boleh sembuh.
Teknik yang mudah dan anda juga boleh jadi Doktor.
Saya lihat sendiri anak didik saya yang gunakan cara ini untuk mengubah kehidupan mereka
menjadi bagus dan telah terbukti segala hajat mereka dapat dicapai. Daripada mengeluh tak tentu pasal, atau merungut lebih baik buat amalan mudah ini , hanya ucap terima kasih 21 kali dalam hati.
Tahukah anda, bila anda merungut, mengeluh, mengadu nasib pada orang lain , bukan sahaja
masalah anda tidak boleh diselesaikan malah anda akan jadi lebih teruk kerana anda menghantar gelombang tenaga negatif dan ia akan menarik lagi banyak unsur negatif.
Orang yang anda mengadu nasib atau mengeluh itu bukan sahaja membuang masa mereka malah mereka juga rasa rimas. Memang benar anda mungkin dapat merasa lega lepas meluahkan masalah anda tetapi sebenarnya itu sifat sementara. Lebih baik anda buang masalah anda dengan menarik unsur positif dan membersihkan unsur negative dari dalam diri dengan cara berterima kasih ini.
Semua orang ada masalah selagi dia hidup tak kira lah sama ada orang itu kaya, miskin, sihat,
kuat, cantik , buruk, pemimpin….asalkan namanya orang. Masalah tak akan selesai selagi hidup di muka bumi ini. Kalau pindah ke planet lain pun ada masalah lain pula.
Atasi masalah anda dengan Kuasa yang Tuhan anugerahkan ini. Jika orang putih namakan ia
“Gratitude”, kita orang Islam “Bersyukur”.
Ucapkan TERIMA KASIH sambil pegang dada kiri kita dan anda sedang menghantar gelombangn tenaga yang dasyat. Gelombang yang boleh menarik apa sahaja termasuklah gelombang Kekayaan.
Anda perlu bayar ke untuk ucapkan terima kasih ? Tak perlu dan ianya FREE dan mudah dilakukan!!
Amalkan lah selama 30 hari dan lihat perubahan diri anda!
Begitu juga dengan ucapkan terima kasih sebelum tidur. Kerana minda juga akan deprogram
semula 30 minit sebelum tidur. Hantarlah tenaga Terima Kasih anda sebanyak 21 kali sambil
pegang dada di hati anda sebelum tidur.
Lagi bagus anda hantar tenaga memaafkan setiap orang yang anda kenal. Kerana bila lakukan
demikian, anda sudah memutuskan tenaga negatif seperti benci dendam kepada sesiapa sahaja.
Ini akan membuatkan diri anda menjadi orang yang sihat, umur panjang dan bahagia. Ketenangan milik anda. Mahukan anda mempunyai umur panjang dan sentiasa sihat ?
Sekarang , ramai orang menghidap sakit jantung, kanser dalam usia muda. Kerana mereka
menyimpan unsur negatif dalam diri mereka. Kaya banyak duit tapi berpenyakit juga tak guna.
Bukan saya pandai-pandai tunjuk ajar dari kepala saya tetapi ilmu ini saya belajar dan banyak
kajian sudah membuktikan jangka hayat orang yang memaafkan orang lain lebih tinggi.
Selain jangka hayat mereka tinggi, mereka sentiasa nampak muda. Tidak kah anda ingin sentiasaNampak muda?
Buanglah segera unsur negatif dalam diri dengan menghantar gelombang tenaga memaafkan orang lain sebelum tidur kemudian ucapkan terima kasih 21 kali. Bila buang unsur negatif, hantar pula energi positif untuk menarik unsur positif.
0 comments:
Post a Comment