coklat
Pernahkah anda terfikir mengapa coklat boleh menaikkan mood anda? Ini semuanya berikutan dengan kandungan phenylethylamine yang mempunyai kesan menaikkan mood yang terdapat dalam koko. Walaupun kesan ini amat positif kepada mereka yang berada dalam keadaan murung atau tertekan, tetapi ia dikatakan boleh menjadi negatif kepada mereka yang mudah mengalami kegelisahan atau serangan panik.Walaupun coklat dan serbuk koko tidak mempunyai tahap kafein yang tinggi, namun keduanya memiliki kuantiti xanthines yang signifikan yang dikatakan amat toksik kepada kucing dan anjing. Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk memberi haiwan peliharaan anda memakan coklat. Theobromine dalam koko pula dikatakan mampu merehatkan otot yang melapisi saluran pencernaan. Ðikatakan dengan meminum coklat selepas makan mampu merehatkan perut anda.Apabila anda memakan coklat dan bukannya meminum serbuk koko asli tanpa pengawet, pastikan anda mempertimbangkan bahan-bahan yang perlu ditambah ke dalamnya. Kebanyakan kepingan coklat mengandungi gula yang mampu memberi kesan buruk kepada tahap insulin. Melainkan anda mengambil kepingan coklat yang bebas gula dan tanpa ditambah bahan-bahan lain seperti gula atau susu, anda boleh mendapat kebaikan khasiat koko.Jika anda mahukan kebaikan koko, adalah baik jika anda mengambil koko yang telah diproses dengan kandungan kalori yang serendah mungkin. Kesimpulannya, serbuk koko yang tidak diproses dan coklat hitam mampu menjadi tambahan kepada pemakanan sihat jika dipilih dan digunakan dengan sebaik mungkin.
Kombinasi coklat dan anggur tajamkan otak
Patinya, ramai yang gemar memakan coklat. Tahukah anda, memakan coklat bersama dengan anggur merah merupakan kombinasi yang baik untuk membantu anda menajamkan fikiran serta waspada?Terdapat polifenol, iaitu sebatian kimia yang banyak di dalam coklat dan anggur merah yang mampu membantu melebarkan pembuluh darah sehingga mempercepatkan pengaliran darah ke otak.Pelebaran pembuluh darah membantu oksigen dan gula ke dalam darah mengalir dengan lebih cepat ke otak. Cara ini menjadikan otak lebih tajam sehingga pengiraan yang sukar menjadi lebih mudah dan cepat. Selain itu, polifenol akan lebih efektif apabila dikombinasikan berbanding sekiranya ia bekerja sendirian.Teori ini menyokong dua kajian lain yang dilakukan oleh Universiti Northumbria sebelumnya yang mengkaji kesan polifenol pada fikirannya. Pertamanya, orang dewasa yang sihat diminta menjalani serangkaian ujian darah setelah meminum kapsul resveratol, iaitu bahan yang bermanafaat yang terdapat di dalam buah anggur.Hasil kajian tersebut menunjukkan terpdat peningkatan aliran darah ke otak setelah responden meminum suplemen tersebut. Malah, kesannya dilihat lebih bagus dan lebih besar di kalangan responden yang lebih tua. Ia berlaku kerana aliran darah ke otak akan menurun secara semulajadi sesuai dengan penambahan usia.Resveratrol juga mampu membantu tubuh membakar makanan-makanan ringan (junk food). Kajian menunjukkan terdapat cukup banyak manfaat kesihatan di dalam kombinasi kedua-dua makanan ini dan ia tidak dilihat mempunyai kesan-kesan sampingan yang memudaratkan.Walaupun coklat menawarkan khasiat dan kebaikan kepada kesihatan tubuh, namun begitu pengambilannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
Sumber : MW#1434, MW#1438 dan En.Wikipedia ~ theobroma cacao
son dernier blog Hermes Dolabuy visitez le site ce formulaire de contact cliquez pour plus d'informations Hermes Dolabuy
ReplyDelete