Thursday, January 19, 2012
Durian 2012
Aisyah & Ammirah
Tuesday, January 17, 2012
Selesai sudah 1 sem
pejam celik pejam celik dah habis 1 sem...
alhamdullillah....
mmg penat juga la nk arrange masa utk semua ( sbg isteri, ibu, pekerja, pelajar)
credit to Big Boss sebab banyak membantu...
dalam segala hal.... hal kerja2 rumah dan hal jaga anak2...
rasanya kalau dia x dak mmg x smbg study la saya...
mmg serius ckp x cukup masa punya la...
apapun last week last exam utk sem 1..
ada lagi 2 sem.... fuhhhhh kena bertungkus lumus lagi utk beberapa bulan nie..
aku kira bulan la senang...
sebab next sem start kelas hujung bln 2.. habis awal bln 6..
so kira2 dlm 3 bln jer kelas... pastu exam lagi...
pastu smbg lagi bln 9 smpai bln 12... pastu finish....
harap2 kesampaian la impian nk pegang master pula..
skang nie kepala sgt jem dok projek utk master....
huhuhuhu.....
pk jgn x pk.....
Wednesday, January 11, 2012
BUAH LABU -BISA
Tajuk dah ngeri kan..
alkisahnya... aku kan baru habis pantang.. walaupun x la pntang yg amat sgt pun..
sebab aku tak mau la nanti semua dah x leh mkn pula..
apa mkanan akan aku cuba mkan skit2 kalau x ok mmg lmbat lagi la nk boleh mkn kan..
semalam alkisah member opis buat kek labu...'Pumpkin cake'... sedapnya..
walaupun dlm kepala dah set labu nie sejuk x leh mkn byk2..
tapi setakat rasa skit jer.. 2 jari jer besarnya... terus sejuk panas badan...
dan terus demam kooo amik koooo...
oooo maknanya lmbt lagi la nk boleh mkn labu....
seingat aku tok bidan pesan.....
"kalau sakit urat jgn la ko sentuh 4 benda nie"
1) jambu batu... air ker buah ker....
2)nangka... jus ker apa2 yg berasas nangka...
3) rebung yg besar2 tue..
4) x ingat dah kui3... nanti i counter check yer...
so, org yg akan berpantang.. sdg berpantang... dan plan nk berpantang ingat pesanan ini yer...
it's depend on your body actually....
if your body can accept that food it's ok for u...
cauuuuuuuu
Asal usul kalendar
Objek astronomi seperti matahari atau bulan jadi penentu tarikh
SETIAP tahun, apabila Disember ditinggalkan, muncul Januari yang menandakan bermulanya tahun baru. Semua ini sudah ditempuhi manusia sejak beratus-ratus tahun lalu iaitu apabila kalendar pertama wujud.
Namun, sebelum memahami mengenai kalendar atau takwim ini, definisi kalendar itu perlu diketahui. Secara umumnya, kalendar atau takwim adalah satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan.
Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objek astronomi seperti matahari atau bulan. Takwim juga adalah satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu.
Takwim atau kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi Kalendar Suria (Solar), Kalendar Qamari atau Lunar (Bulan) serta Kalendar Lunisolar (bulan dan matahari). Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya, Kalendar Gregorian dan Kalendar Julian.
Kalendar Lunar atau Qamari berpandukan bulan semata-mata iaitu mengikut fasa bulan. Contohnya ialah Takwim Hijrah manakala Kalendar Lunisolar pula mengikut kedua-dua bulan dan matahari - contohnya Kalendar Cina.
Dilaporkan, kalendar pertama yang wujud di dunia ini adalah kira-kira 4,000 tahun Sebelum Masihi oleh masyarakat Mesir purba. Orang-orang Mesir purba menggunakan kalendar dengan 12 bulan 30 hari, untuk jumlah 360 hari untuk setiap tahun dicampur lima hari tambahan pada akhir tahun. Manakala minggu bagi setiap bulan adalah tiga minggu sepuluh hari.
Penentuan kalendar Mesir ini berdasarkan kiraan tahun solar iaitu 3,651/4 hari, namun tidak mempunyai hari lompat setiap empat tahun untuk mengambil kira hari pecahan (cara yang kita lakukan sekarang dalam kalendar Gregorian), mereka membiarkan hari satu perempat terkumpul.
Bermaksud, ada tahun yang mempunyai hari yang lebih berbanding tahun yang lain mengikut pilihan mereka. Mereka tidak meletakkan Hari Lompat pada bulan tertentu, sebaliknya dipilih dalam mana-mana bulan yang disukai dengan syarat setiap empat tahun sekali.
Dalam sistem kalendar kini, hampir semua negara mengikut kaedah sama iaitu merujuk kepada kalendar Gregorian yang diubah berdasarkan kalendar Julian yang mana 97 tahun daripada setiap 400 tahun menyelitkan 29 hari pada Februari.
Jika ditanya kaedah atau kalendar mana paling sempurna, setiap satu mempunyai perbezaan mengikut saat, minit, jam atau hari. Malah dikatakan Gregorian yang digunakan secara meluas memerlukan perubahan dalam tempoh beberapa ratus tahun akan datang.
Kalendar Gregorian
TAHUN Gregorian bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember. Tahun Gregorian ada 365 hari pada tahun biasa dan 366 hari dalam tahun lompat yang memberi panjang purata 365,2425 hari.
Ini adalah sangat dekat dengan purata 76 tahun kalendar Islam (berdasarkan masa purata antara ekuinoks musim bunga berturut-turut yang kini 365,2424 hari dan meningkat sedikit).
Kalendar Gregorian ini dicadangkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan kemudian mula digunakan Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582. Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, berikutan permulaan musim bunga lebih awal bukan lagi 21 Mac seperti yang dipraktikkan.
Pada awalnya, tidak semua negara mahu menggunakan kalendar ini. Britain mula menerima pakai kalendar ini pada 25 Mac 1752 manakala Russia menggunakannya pada 1918.
Kalendar Islam
KALENDAR Islam atau dikenali sebagai takwim Hijrah atau Takwim Islam pula adalah Kalendar Lunar digunakan di kebanyakan negara Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam.
Kalendar ini berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.
Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula selepas anak bulan (hilal) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan itu, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari itu dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah itu haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya di hadapan pemimpin negara.
Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Kab ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah SAW. Peristiwa ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab adalah titik tolak perubahan takwim hijrah yang mana Khalifah Umar mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.
Dalam perbincangan itu, pendapat 'Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.
Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha' dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang, menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.
Kalendar Cina
KALENDAR Cina pula mengikut kalendar lunisolar, iaitu sama jenis dengan takwim Ibrani dan kalendar Hindu, yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar.
Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu dan Perayaan Kuih Bulan.
Sesetengah masyarakat Cina di seluruh dunia percaya dalam bidang astrologi. Mereka menggunakan kalendar ini untuk memilih tarikh sesuai melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru.
Oleh kerana setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan. Di China, kalendar tradisional ini dikenali sebagai 'kalendar pertanian' manakala kalendar Gregorian dikenali sebagai 'kalendar umum' atau 'kalendar Barat'.
Kalendar Julian
KALENDAR Julian diperkenalkan pada tahun 46 SM oleh Julius Caesar dan mula digunakan pada tahun 45 SM. Kalendar ini dipilih selepas perundingan dengan ahli astronomi Sosigenes dari Iskandariah. Ia direka bentuk hampir menyamai tahun tropika yang digunakan sejak zaman Hipparchus lagi.
Tahun Julian merangkumi 365 hari yang dibahagikan kepada 12 bulan dengan satu hari lompat ditambah pada bulan Februari setiap empat tahun. Oleh itu, tahun Julian mempunyai 365.25 hari setiap tahun pada puratanya.
Kalendar ini masih digunakan dalam abad ke-20 di sesetengah negara dan masih terus digunakan oleh kebanyakan gereja Ortodoks hingga hari ini. Kalendar ini digantikan dengan kalendar Gregorian kerana terlalu banyak tarikh lompat yang menyebabkan kekeliruan.
INFO
- Orang Arab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun ia tidak lagi tepat seperti dialami sekarang. Contohnya, Ramadan yang berasal daripada al-Ramada' bermaksud sangat panas, tidak selalunya jatuh pada musim panas. Begitu juga dua Jamad (Jamadilula/Jamadilawal dan Jamadilakhir) tidak selalunya jatuh pada musim sejuk walaupun Jamad bermaksud beku.
Muharam pula dinamakan demikian kerana salah satu bulan yang diharamkan berperang. Manakala Safar pula ertinya kosong, kerana isi negeri menjadi kosong disebabkan penduduknya keluar berperang selepas Muharam.
Rabiulawal dan Rabiulakhir dinamakan demikian kerana kedua-duanya jatuh pada musim bunga (Rabi') waktu nama itu diberikan. Rejab pula ertinya bulan yang dihormati kerana mereka menghormatinya dengan meninggalkan peperangan. Sehubungan itu, ia termasuk di dalam salah satu bulan haram.
Syaaban (bercabang) pula mendapat namanya kerana kabilah-kabilah Arab berpecah dan bercabang untuk berperang selepas duduk diam pada bulan Rejab. Dinamakan bulan Syawal kerana pada bulan itu unta mengangkat ekornya kerana hendak mengawan, berasal daripada akar kata syala (mengangkat).
Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bulan yang mereka duduk di rumah tanpa peperangan. Zulhijjah pula diambil namanya daripada perkataan hajj (bulan Haji).
- Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat. Sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya tahun kabisah. Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali.
Kalendar sudah pupus
- Kalendar Aztec
- Takwim Maya
- Takwim Positivist
- Kalendar Gregorian pertama kali digunakan di Itali, Poland, Portugal dan Sepanyol pada 1582.
- Kalendar Gregorian mempunyai pusingan 400 tahun dan menariknya 29 Februari 2008 jatuh pada Jumaat, hari sama pada 29 Februari 2408.
- Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dulu. Namun, mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa itu. Umpamanya, tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim dan Isma'il pada 1855 SM. Manakala tahun Gajah iaitu tahun yang paling masyhur bersamaan dengan tahun 571 M.
- Selepas wujudnya negara Islam, tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu, kaum muslimin memberi nama tahun-tahun itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi. Antaranya ialah tahun pertama (Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun al-Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin. Akhirnya tahun kesepuluh yang dikenali sebagai tahun al-Wada' iaitu tahun haji al-Wada' atau haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Monday, January 9, 2012
Fw: [sim] INFO : Khasiat koko
RENUNGAN : Iktibar daripada sebatang pensel
Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"
"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.
"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"
"Iya, ibu."
Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.
Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berheti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.
Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.
Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.
Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.
Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan membawa bekas dalam jiwa mereka, insya Allah...
Ulang-ulangkanlah!
Sumber : Solusi Isu#35
Thursday, January 5, 2012
Baby AIsyah 3 Bln
Tahun Baru Tempat Baru
Assalamualaikum semua...
mula2 upload gambo tahun baru..
saja pakai baju yg dipakai awai tahun lepas..untuk mengimbau kembali kenangan dah setahun aku di sini...(penang)....
cuma muka agak belomoih skit.. almaklumlah 100 hari lebih duduk di rumah tak sempat nk proses muka... almaklumlah anak dah masuk 3...
semua dah x sempat weih... nanti la kalau baby dah besaq skit mungkin dpt kembali vouge.. eheheeee...... sebetulnya baby x byk meragam... asyik tidoq sajor..
sampai kami pula yg angkat dia peluk2 walaupun dia tgh tido...
sebab??? sgt2 geram.. terutaman skali kat pipi montel dia...
nanti aku upload gambo terbaru dia.. pipi mcm pau dah...
pastu kalau tido suka buat muka ayu... muka comel... muka suci.... heheheeee
mmg baby suci lagi kan....
sgt2 suka ada baby... boleh peluk2 boleh peluk2.. boleh penyet2...
mmg sgt best...
terubat semua kesakitan dan kesulitan dan keresahan...
alhamdullillah...
harapan aku di tahun baru nie...
agar kami sekeluarga sentiasa sihat.. bahagia.. dimurahkan lagi rezeki dan sentiasa dirahmati ALLAH
tolong AMIN kan yer kawan2...
ok masuk cerita opis baru....
masuk jer keja opis baru dah buka..
so, aku still di seksyen yg sama... IKS... so, masuk ruang pejabat yg baru.. so, semua baru la... meja lemari dans egala perabot...
seronok la tempat baru nie.. lebih privacy....
seksyen IKS pun ok. x sibuk sgt...
harapan kerja tahun nie agar dpt APC la tahun depan..
almaklumlah dah masuk 5 tahun kerja kan...
nk juga rasa APC...
tolong AMINNNN kan yer kawan2......
kan aku tgh smbg study.. jadi amat sesuai.... projek aku nanti pun aku nk buat related ngan IKS juga...
cerita pasai study pula....
dah nk final exam dah weekend nie... dah habis 1 sem.... terasa sgt cepat kan...
takutnya nk exam.. buka x baca habis lagi.... mcmana tue..
ok harapan aku belajar kali nk score "A" utk semua subjek....
tolong AMinnnn kan yer kawan2....
cerita pasai si Ammar pula...
tahun nie Ammar dah start kelas KAFA di Pusat Pengajian Islam dlm USM juga..
kat sekolah Ammar x dak lagi KAFA.. so, aku register kat USM nie la..
senang dlm USM juga kan..
tapi kami amik transport utk balik umah tghari sebab takut clash ngan kelas Big Boss nanti..
(skang dia pun tgh exam week juga...)
sgt la happy si Ammar nie dpt naik VAN...
almaklumlah x pernah naik VAN.... ada kawan2 pula...
mmg sgt excited... KAFA nie best juga sebab 1 1/2 jam belajar fardu Ain..
lagi 1 1/2 jam belajar baca Quran
minum disediakan.. mkn kena bw sendiri...
kelas start 8.00am - 11.00 am..
kelas isnin - jumaat...
yuran RM20 sebulan..
ok la kan ada juga pengisian anak aku tue....
cerita Ammirah pula..
ke Taska HADANAH.. sama ngan baby AISYAH...
hari mula dah bagi kerja kat cikgu lap muntah dia...
nangis masa kitaorg nk balik sampai muntah2... siap kena mandi sebab habis rambut2 kena..
hari kedua ok... x dak masalah siap masuk kelas sendiri..
hari ketiga x nk pergi sekolah... nk pergi jln2...
FUHHHHH sgt2 la menguji keimanan...
hari nie x tau la mcmana laks...
Aisyah cikgu ckp ok...
sebab baby2 no hal cikgu ckp..
aku hantar terus bagi dia tidor balik kat sekolah..
sebab pagi2 angkat dia tgh tido.. pastu terus sambung tido kat sekolah la..
balik pun sama.. tgh tido angkat balik terus smbg tido dlm buai lak kat umah..
setakat nie ok lagi la...
penat la menaip.. sebab lama x menaip..
chupppp rehat jap...
Sunday, January 1, 2012
Selamat Tahun 2012
Assalamualaikum... selamat tahun baru...
apa target utk tahun baru korang..
aku??? ada la 2-3 benda yg x tercapai thn lepas..
so, kena continue la th nie.
mungkin the method need to be change...
eerrmmmm...
harap2 semua impian kita menjadi kenyataan, tahun nie kan..
AMINNNN sama2 kita berdoa....