Pages

Friday, April 27, 2012

Aisyah 6 bln

setelah 6 bln... membesar dgn jayanya....

pantang tengok pen...mesti habis diconteng mukanya.... tgok hasil makeup nya...

mcm boy pun ada.... sebab x mo pakai hairben

kalau tido.. mmg sgt geram tengok pipinya.... berat dah masuk 8 kg yer..

bad habit... isa ibu jari weih anak aku yg nie...
buang botol susu... isap jari kalau mau tido....


sgt suka dukung sebab dah keras.. dan dah montel.....




cerita kami

disebabkan aku malas sgt2 nk wat assignment... aku tulis blog...
dah bersawang rupanya.....
so, di kesempatan ini aku rajinkan diri upload la gambo terkini kami...

amik gambo punya la byk..
nk upload sgt2 malas...
yer la kan nk wat entry nie mkn masa..
lebih baik buat yg wajib dulu kan.... (assg...assg...assigment)
sem agak penat sikit sebab byk sgt2 assg... nk termuntah dah rasanya..
sem depan kembali reda skit...
x byk subjek sgt...
sem nie adalah sem kritikal.... huhuuhuuuu...
x sabar nk lepasi sem ni.....

ok since dah lama x updated blog..
moh kita ceita skit aktvt org Penang....

selalunya hari Sabtu aku ada kelas...
Ahad balik kg.... so, minggu nie x balik kg...
sebab nk rehat2 kat Penang jer....


So, hari Ahad lepas... kami anak beranak jln2 ke Taman Botani Penang..
lama dah x jejak kaki ke sana...

mula2 nk tanyang gambo aku yg masih lagi debab skit2....
x dpt lagi berat yg diidamkan.....
hehheeee.....


gambo ngan si kecik yg sudah pun 6 bln...



ngan anak3.. (sebab 3 org anak.. kena sebut 3 kali.... cheeehh)


kami berlima... sorang dlm stroller...



taman bunga apa ntah kat belakang tue.....
sebenornya tujuan ke sini nk berkelah.... nk mkn2...
tapi x dak org mkn la pula....
semua sibuk jogging...
terus x jadi mkn...
so, Big Boss galas jer la mknanan tue....



cantek bunga tue.. orennnn.. aisyah tanpa pandangan...



ngan ayah tercenta....


dah jln peloh2... naik train lak.... best sebab kami anak-beranak sajo yg charted train nie..(lawak jer... sebenornya x org naik pun.. semua org sibuk jogging... kami??


org fotoshoot pun ado... ada 3 org model lain2 company la....



 dah bercelaru blog aku..
x leh enter pula...
itu namanya dah lupa..
sebab lama x updated....

anak manja ngan ayahnya...





si kecik.... along gambo sorang x dok.. asyik berjalan ke sana sini...
nk amik gambo pun susah...




Tuesday, April 10, 2012

TIPS : Elak Bahaya Ketika Bayi Tidur

 
Sumber - Majalah PAMA
 

Kematian bayi secara mengejut atau dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome – SIDS banyak berlaku kepada bayi berusia di bawah setahun. Mengikut statistik di negara Barat,lebih 90 peratus kes SIDS berlaku kepada bayi berusia di bawah tujuh bulan.

Lazimnya, setiap kes SIDS berlaku kepada bayi yang sebelumnya sihat dan tanpa disangka, mereka ditemui mati di tempat tidur. Selain masalah kesihatan yang dialami oleh bayi, kelalaian ibu bapa antara penyumbang kemalangan ini.

Sudah tentu kes ini sangat menyedihkan ibu bapa. Jadi, sebelum sesuatu berlaku, lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga. Bagi ibu yang tidur bersama bayi, berhati-hati kerana si kecil ini boleh lemas ketika anda menyusukan mereka, terhimpit atau muka mereka ditutupi bantal atau selimut.

FAHAMI SI KECIL :
• Si kecil tidak berupaya mengawal situasi tidur mereka sendiri
• Si kecil tidak memahami erti bahaya
• Tidak berupaya untuk mengelak situasi bahaya
• Bayi suka ambil sesuatu dan memasukkan ke dalam mulut mereka

17 Langkah Bagi Mewujudkan Suasana Tidur Lebih Selamat :

1. Pastikan tempat tidur anak anda selamat. Si kecil tidak peduli betapa cantiknya kot mereka, tapi apa yang lebih penting, ia selamat.

2. Tidurkan anak secara menelentang, bukan secara meniarap atau mengiring. Jika anda dapati bayi anda dalam keadaan meniarap atau mengiring, alihkan posisinya segera.

3. Pastikan muka bayi anda tidak ditutupi sesuatu misalnya selimut, bantal atau alat mainan lembut.

4. Elakkan bayi terdedah dengan asap rokok sejak dalam kandungan dan selepas lahir.

5. Tidurkan bayi di bilik anda atau tidur bersama anda pada usia enam hingga 12 bulan pertama.

6. Jika bayi tidur dalam kot bayi, pastikan kakinya berada di hujung kot. Anda boleh selimutkannya, tapi pastikan selimut diselitkan pada bawah tilam (kiri dan kanan serta di hujung). Ini lebih selamat kerana bayi tidak boleh menggeliang-geliut ke bawah.

7. Pilih kot yang bidainya agak tinggi bagi mengelakkan si kecil memanjat keluar. Letakkan kot di tempat yang jauh dari tingkap dan sinaran matahari.

8. Jika bayi anda sudah pandai berdiri, alihkan semua mainan yang digantung pada kot.

9. Pastikan tilam bayi tidak terlalu lembut kerana apabila bayi dalam keadaan tertiarap, mereka mudah lemas. Sebaik-baiknya biarlah permukaan tilam tersebut mantap dan datar.

10. Sebaik-baiknya, bayi hanya tidur di atas tilam dan tidak memerlukan bantal.

11. Pastikan anda tidak membiarkan bayi menghisap susu botol dan anda meneruskan tidur. Ini boleh mengundang risiko bayi tersedak dan sukar bernafas.


12. Ketika menyusukan bayi anda dengan susu badan, pastikan anda sentiasa peka dengan keadaan anak.

13. Jika anda menggunakan sleeping bag, pastikan ia tidak mempunyai hood. Cukup sekadar ia menutupi tangan hingga bahagian leher (pastikan tidak ketat).

14. Pastikan hiasan-hiasan pada katil bayi anda tidak berlebihan. Pastikan semua tali diikat kemas dan tidak berjuntaian bagi mengelak risiko terbelit pada bayi.

15. Gunakan selimut yang ringan yang boleh dikemas dengan mudah.

16. Pakaikan bayi anda pakaian malam yang sesuai, jadi dia tidak lagi memerlukan selimut.

17. Pastikan pakaian anak anda itu tidak bereben atau seluar yang terlalu panjang. Ini boleh membahayakan bayi anda.

 

Tuesday, April 3, 2012

Kembali Berblog


lately I sgt2 busy... so, tak terblog la I.... apa yg dibusykan sgt tue?,,,

  1. sgt byk assignment... so, masa utk berblog dah ke assignment... insyaalah dah habis ngaji nanti kita aktif mcm biasa balik la kan.... insyaallah tahun depan habis.... lagi 1 sem....
  2. masa dah byk ke anak3... almaklumlah dah ada baby nie bertambah 120% masa utk melayan depa2 nie.... nak suap makan dah semua nk jadi baby.. semua nk disuap mcm baby....  kalau boleh semua nk suh dimandikan mcm baby juga... especially si Ammirah... apa yg aku buat kat baby kena buat kat dia juga... even pakai bedak or lotion baby pun kena pakaikan kat dia juga... mau masa dah byk kesitu.....
  3. kerja umah pun dah bertambah lagi.. kalau dulu lipat baju utk 4 org.. skang dah utk 5 org.... jadinya semua kerja masa didarab utk 5....  nasib baik Big Boss byk juga membantu... kalau aku srang2 mau tunggang langgang habis.....
  4.  kerja kat opis pun x menentu... kdg2 tak cukup masa juga..... SKT nk dikejar juga kan... stakat nie SKT aku utk Seksyen IKS nie agak tinggi la... capai utk setiap bln... alhamdullillah....
  5. hujung minggu pula aktiviti sekluarga berjalan2... balik kg... melawat saudara-mara.... kan duduk kat kg... jadi kena la selalu balik tengok mak... ayah... adik beradik kat kg.... utk eratkan silaturahim anak2 dan keluarga.....
so.... bila la nk update blog nyer.... ateee dah sibukkkk sgt kan...
kalau aku x update kat sini.. insyaallah ada kat FB....

so jumpa lagi..

pssssstttt: Aisyah dah masuk 6 bln weih.... cepat jer kan....masa berlalu... dah besar dah anak aku... dah boleh meniarap... berjalan dlm walker....